"Kau kenapa ini? Ada masalah, ke?" tanya Hailey. Tangan Hazel dipegang dan digenggam.

Hazel menunduk lalu menggeleng kepalanya. Dia menarik senyuman nipis untuk kakaknya itu.

"Jangan tipu aku. Bagitahu aku. Aku kenal kau dari lahir lagi." ujar Hailey. Hazel menunduk lalu dia menangis teresak-esak.

"Hazel. Kenapa ini?" Hailey menarik Hazel ke dalam pelukannya. Hailey mengusap kepala adiknya itu.

"Cerita dekat aku." Hailey memandang Hazel apabila pelukan dileraikan. Bahu adiknya dipegang. Hazel mengangguk.

Hailey tersenyum nipis lalu menyeka air mata Hazel. Adiknya itu berhenti menangis. Air matanya diseka.

"Janji jangan bagitahu mama dengan papa, eh?" Hazel mengeluarkan jari kelingkingnya.

Jari kelingking Hailey bertaut dengan jari kelingking Hazel bermakna dia berjanji. Hailey mengangguk kepala sambil tersenyum nipis.

"Aku ada kawan lelaki. Nama dia orang Lucas, Theo, Ethan dengan Jayden. Dia orang baik dengan aku." Hailey mengangguk. Hazel meneruskan ceritanya.

"Semuanya baik-baik saja. Dia orang baik, kelakar dan faham aku. Sebulan yang lepas, aku ternampak ada seorang perempuan kena pukul dekat satu lorong. Jadi, aku tolonglah dia. Nama dia Antalya. Kita orang jadi kawan."

"Tapi minggu lepas kawan lelaki aku itu kena gantung sebab bergaduh. Semuanya sebab nak tolong aku. Sebelum itu, Antalya jauhkan diri dari aku. Aku tak tahu kenapa. Esoknya hari yang sama kawan lelaki aku itu kena gantung, Antalya dia...dia bunuh diri."

Hazel menyeka air matanya. Hailey mengusap bahu Hazel memberi kekuatan. Wajahnya sayu mendengar cerita Hazel.

"Semuanya sebab aku. Ada seorang budak kelas aku tak suka aku. Dia buli Antalya. Dia yang rancang sampai kawan lelaki aku kena gantung sekolah. Semuanya salah aku. Sekarang Antalya dah tak ada. Aku pula dah putus kawan dengan dia orang berempat."

"Macam mana boleh sampai putus kawan?" tanya Hailey.

"Dia orang dapat tahu aku kena buli dekat sekolah. Aku langsung tak bagitahu dia orang. Dia orang marah sebab aku tak kasih masuk campur hal aku. Dia orang salah faham. Dia orang ingat aku tak anggap dia orang kawan aku." terang Hazel.

Hailey menggelengkan kepala.

"Kau kena buli, Hazel. Apa yang kau cuba buat ini? Kenapa kau tak nak bagitahu mama dengan papa sekali? Hazel kau boleh depression macam ini. Apa yang kau buat ini salah. Memang patut dia orang marah kau."

"Aku tahu. Semuanya salah aku." Hazel menekup wajahnya.

Hailey memeluk Hazel. Diusap belakang tubuh adiknya.

"Hazel? Hailey?" Hailey melepaskan pelukan. Hazel menyeka air matanya. Dia menarik senyuman.

"Sekejapnya." ujar Hailey kepada Encik Zachary dan Puan Rozy yang baru tiba.

"Jumpa bos papa sekejap dengan ambil surat saja." balas Encik Zachary.

"Kenapa Hazel menangis?" tanya Puan Rozy. Hazel tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"Rindu sangat dekat kakak Hazel ini. Menangis sebab terharu saja."

Hailey memandang Hazel. Hazel menggelengkan kepalanya dengan wajah sayu. Hailey menggeleng kesal.

"Papa ada nak bagitahu satu benda penting." ujar Encik Zachary. Sempat dia memandang isterinya. Puan Rozy mengangguk.

"Apa dia, pa?" tanya Hailey. Encik Zachary memandang anak perempuannya itu.

 Encik Zachary memandang anak perempuannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hazel." Hazel yang membaringkan kepalanya di birai katil itu beralaskan lengannya memandang Hailey.

"Hm." Wad itu sudah gelap. Hanya diterangi lampu yang berada berdekatan dengan pintu wad sahaja.

Hazel yang ingin menemani Hailey di hospital malam itu. Esok dia akan pergi ke sekolah dari hospital. Puan Rozy sudah membawakan beg sekolah dan uniform sekolahnya.

"Mana Anna, Cora dengan Mia? Dia orang tak lawat aku, ke?" tanya Hailey. Hazel duduk dengan tegak. Hailey yang berbaring itu memandang adiknya.

"Aku dah putus kawan dengan Anna dan Cora." balas Hazel. Hailey memandang Hazel meinginkan penjelasan.

"Dia orang bukan yang baik untuk kita Hailey. Dua bulan lepas, aku gaduh teruk dengan dia orang berdua. Aku tak bodoh Hailey nak bezakan dia orang ikhlas atau tak nak minta maaf atas apa yang dah terjadi. Anna siap kata kau layak mati. Aku sebagai adik kau ini mesti sakit hati."

Hazel menyeka air mata Hailey. Dia tahu Hailey sedih. Anna dan Cora sangat rapat dengan Hailey. Lagi pula mereka bertiga adalah sebaya.

"Mia pula dia ada saja dekat Paris."

"Maksud kau?"

"Selepas kau kemalangan, kita sekeluarga pindah dekat London."

"Maksudnya sekarang kita dekat London?" Hazel mengangguk mengiyakan.

"Dah tidur. Kau kena banyak rehat. Muka kau pun pucat." ujar Hazel. Dipakaikan semula alat bantuan pernafasan. Hailey masih memerlukan alat bantuan pernafasan itu kerana jantungnya masih lemah.

"Jangan sedih-sedih. The best will stay, the worth will leave you." ujar Hazel.

Hailey mengangguk lalu memejamkan matanya.

Hazel tersenyum memandang Hailey. Selimut dibetulkan. Hazel memegang tangan Hailey. Dia teringatkan Lucas, Theo, Ethan dan Jayden.

"Semua yang terjadi adalah yang terbaik untuk aku dan kau orang. Biar masa yang menentukan segalanya."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now