Teen Fiction ' Humor | Completed
Season 1 || The Stupidos Series
[ Dibukukan ]
•••
Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan.
Hanya disebabkan kisah s...
"Okey. You knowwhat, hari ini Luke bergaduh lagi." Lucas mengangkat wajahnya. Lily memandang Lucas.
"Why?"
"Dia cari masalah. Saja nak cari pasal dengan orang. I saw it. Orang itu tak buat apa-apa tapi dia saja langgar. Then, dia orang bertumbuk." cerita Lily. Lucas mengeluh.
"Then?"
"Luke kena denda. Cuci tandas dua minggu." balas Lily.
"Kenapa dia macam itu." Lucas meraup rambutnya ke belakang. Luke memang selalu mencari masalah. Luke memburukkan nama keluarga mereka.
"Pengaruh rakan sebaya. Kawan-kawan dia semuabadboys." Lucas mengangguk. Luke menjadi begitu kerana pengaruh rakan sebaya.
"I don't know but I think Luke patut pindah sekolah." Lucas memandang Lily.
"Lucas dah bincang dengan mama dan papa. Mama dengan papa dah uruskan hal perpindahan."
Lily mengangguk faham. Kedua ibu bapa mereka sudah mengambil tindakan kerana perangai Luke yang agak teruk.
Mungkin perangai Lucas yang selalu main-main membuatkan orang merasakan yang dia agak kebudak-budakan tetapi kalau melibatkan Luke, tiada lagi perangai kebudak-budakan dia.
Lucas ialah abang yang terbaik. Lucas sanggup buat apa sahaja untuk keluarga dia sendiri. Dia sanggup tutup kesalahan Luke kerana tidak mahu mama dan papa mereka tahu.
Setakat ini kedua ibu bapa mereka cuma tahu yang Luke seorang kaki gaduh sahaja. Masalah Luke yang lain awal-awal Lucas sudah menutupnya dengan baik.
Sekarang Lucas cuba mengubah semula perangai Luke yang agak teruk itu. Dia mahukan Luke yang dahulu.