Harini hari Ahad.
Which means...
Sekolah.
Hidung aku yang kembang akibat menguap sambil tutup mulut cuba dikempiskan sedaya upaya.
"Weh! " bahu Laila, budak kelas sebelah ditolak kasar dari belakang. "Apa dia? "
"Kaki aku cramp siaa.. Lambat lagi ke? " Diana merungut dalam barisan sambil mengurut kaki yang dikatakan cramp tu tadi.
Eh wait.. Tu bukan ke lutut?
Aku bodoh ke aku yang bodoh?
"Mana aku tau! Aduh.. Dah nak masuk waktu pj nih. Alahai pengetua ni pun, bukannya tak jumpa langsung. Esok hadap muka dia ju--"
"Hah! Yang dua orang kelas 3 Berry tu sembang apa?!" pengetua yang tadi dengan penuh perasaannya bagi ucapan dah bersiap sedia nak baling mic yang dipegang.
"Pengetua ni tak rilek.." aku whispered under neath my breath...
Apa? Jangan judge aku! Ni first time aku tulis cerita melayu. So aku tak tau apa translation dia ke melayu.
Pengetua berdehem kecil sambil membetulkan tudung di kepala. Ya, pengetua kitorang gugurll.
"Okay berbalik kepada apa yang saya cakap tadi,, saya perasan anak-anak Amethyst high ni makin dah kurang beradab ya.. "
Okehh.. Topik ni berjaya menarik perhatian aku.
"Saya perasan, mulut korang semua makin melampau ye. Mencarut di sini di sana.. Di sini di sa--"
Asal benda tu bernyanyi-nyanyi dalam kepala aku nihhh?
"Mulai harini,, saya melancarkan ops nasi lemak.. Iaitu pelajar mestilah bawak nasi lemak dalam bekas makanan. No more plastic, save the turkey! "
Ehh? Tiber. Tadi bukan cakap pasal carut ke?
"SAVE THE TURTLE Cikgu! SKSKSKSKSKS " ahh sudah.. Kebangkitan budak vsco.
"BERANI AWAK BETUL KAN SAYA EH?! SAPA CIKGU? SAYA KE AWAK?! " Pengetua tak rilek pt. 2. Mulut budak yang aku agak pengerusi kelab vsco tu sudah terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
Santau?
Wuishhhh! Astaughfirullahhal'azim.
"Nampak tak apa yang saya maksudkan pasal adab tadi? Mulai harini juga saya dah tak nak dengar perkataan 'aku-kau' dalam sekolah ni. "
Dengan itu, tercetuslah rungutan daripada warga-warga Amethyst High.
Danny dengan muka toyanya berkata "what the f--"
"Hah! " pengetua mengalihkan pandangannya ke arah Danny. Sumpah aku cakap, aku rasa pengetua ni keturunan Naruto.
"fffUYOO ANTE bawak Milo ke sekolah? "Danny dengan pantasnya menarik keluar kotak milo daripada beg Izzat yang tidak berdosa di hadapannya.
Pengetua berdehem sebelum mengangkat microphone.
"Perhimpunan bersurai."
"Danny Bahenol! Apasal kau tarik milo aku?!" Izzat dengan bersungguh-sungguhnya meluku kepala Danny di luar library.
"Weh korang! Tempat duduk depan tu tempat kitorang tau! " Hafizah seperti biasanya meng'cop' tempat duduk dalam library.
Leo gelak jengkel. "Duduk ahh. Kitorang tak hingin pun nak duduk depan. "
"Benci douh.. Kita tak tanya pun dia nak duduk mana kan? "MB dengan jengkelnya bisik ke telinga aku.
Ehemmm! Seperti yang diketahui ramai.. Kelas kitorang ni feymes dengan kehadiran Hafizah and the gang HUEHUEHUE
aku mengaku.. Diorang ni sebenarnya baik.. Dan pandai. Yeah sebab diorang memang pandai la kalau dibandingkan dengan aku yang bodoh ni tapi tula--.
"Ha! Apasal tak masuk library lagi ni? Nak saya bentangkan red carpet ke wahai YB, Dato', Datin 3A semua?! " Ngauman Cikgu paling garang di Amethyst High kedengaran.
Hakimy yang dengan tenangnya makan coki-coki sudah bergerak secara slow-mo.
Danny dan Izzat yang tadi tengah bergusti di depan dah berlintang-pukang ke belakang barisan.
Cikgu Hasliza memberikan jelingan maut triple kill legendary ML sebelum masuk ke dalam library, diikuti kami warga-warga apple.
Welcome to 3 APPLE, 2019!
Kelas nombor satu dalam tingkatan 3 dan dikatakan kelas yang paling bermasalah dalam Amethyst High School.
ANDA SEDANG MEMBACA
Amethyst High School
Teen Fiction> inspired by my highschool life < Kelas 3 Apple tahun 2019... "Budak kelas 3A semua pasif" "Kenapa budak 3A tahun ni tak macam tahun yang lepas lepas eh? " Ini apa yang dilihat oleh cikgu-cikgu Amethyst High di mata kasar.. Tetapi,, "Asal douh cik...
