-FINAL-

499 56 33
                                    


- Only you and me -

Jungwoo pov-

Pendakwa raya, peguam bela, Jurubahasa dan hadirin mengambil tempat masing-masing. Polis mengiring tertuduh ke kandang tertuduh berhadapan dengan para majistret.

Sedang aku duduk pada kerusi hadirin, aku melihat sosok tubuh lee mino yang memakai baju banduan oren berdiri tepat menghadap para majistret

Setelah selesai pembicaraan. Ketua hakim akan memberikan keputusan akhir yang muktamad

"LEE MINO"

defenden bingkas bangun dari kerusi dalam kandang tertuduh selepas mendengar seruan namanya disebut oleh hakim

"Mahkamah dengan ini mendapati kamu bersalah dan disabitkan di bawah pertuduhan seksyen 375 rogol,
seksyen 302 pembunuhan kanun keseksaan dan akta 56 seksyen 177 penipuan identiti. Kini tertuduh akan di jatuhkan hukaman penjara seumur hidup"

"Tok..tok..tok.."

Keputusan mahkamah adalah muktamad bahawa yang bersalah Lee Mino dipenjarakan seumur hidup

Semua para hadirin yang menyertai sidang mahkamah bertepuk tangan memberi sorakan. Syukurlah pembunuh ini dipenjarakan sepanjang hidupnya

"Huh, selesai pun kes ni"
Aku membuka langkah menuju ke pintu keluar dewan mahkamah usai sahaja melihat tertuduh di iringi oleh polis keluar dari dewan.

"Jungwoo ya!" Jerit taeyong sedang bediri di hadapan kereta nya

"Ah, hyung..waeo?"

"Nice job! Tanpa kau dan ahreum mungkin pihak polis takkan dapat selesaikan kes ni"

"Aku nak terima kasih jugak dengan semua pihak polis yang turun bantu cari pembunuh tu, mungkin adik aku dah tenang kat sana" aku tersenyum

"Aku memang dah agak perangai minsoo macam pelik sikit lepas dia tau yang adik dia dah mati. Tetapi sebaliknya pulak terjadi"

"Ya, mino tukar identiti lepas dia bunuh minsoo, lagipun aku dah cek hospital psikiatri dan memang dia pernah ambil rawatan kat sana, sehingga lah dia semakin memulih. Sebab tulah dia senang je belakon jadi minsoo"

"Aku memang dah lama curiga dengan dia. Tapi syukurlah kes ni selesai akhirnya"

"Ya"

"Lepasni kau nak kemana? Nak tak join kitorang pegi minum" pelawa taeyong

"Mian, lepasni aku nak lawat ahreum dekat hospital. Ahreum masih trauma dengan kejadian hari tu"

"Ouh takpelah, next time okay! Btw kirim salam dengan ahreum"

"Nae, nanti aku sampaikan"

Skip-

Ahreum duduk melunjur diatas katil sambil menyandarkan badannya pada dinding di bilik wadnya tatkala mata tidak lari melirik ke tingkap melihat pemandangan sewaktu hujan mula merintis perlahan

"Huh.. mana jungwoo ni, aku lapar"
Ahreum memuncungkan bibirnya.

"Toktoktok" pintu di ketuk lalu di buka

"Jungwoo??"

"Aniyo.. renjun imnida"
Renjun meletakkan sebakul buah-buahan pada meja bersebelahan katil pesakit

"Ah..renjun..hmm"

"Aik kenapa monyok? Tak suka aku datang eh?"

"Aniyo.. aku sangka jungwoo tadi. Dia kata nak bawa makanan tapi tak muncul-muncul pun dah lah tengah lapar ni"

Save Me! My Savior +KJW+Where stories live. Discover now