Part 20 ♥

369 75 5
                                    

Ahreum pov-

Sedang kami sibuk menyiapkan lukisan di dalam kelas.  Aku melihat kelibat jungwoo yang berdiri di hadapan pintu kelas sambil melirik ku.

kakaotalk
Jungwoo-

'dah siap ke? Aku nak jumpa kejap'

'kenapa kau ada kat sini..tunggu lah kat kafeteria nnti aku datang sana'

'Kejap lagi siap lah ni'

'Okay see ya'

Setelah menyiapkan lukisan. Aku lantas berdiri dari kerusi bulat lalu menghulurkan sehelai kertas tebal yang terlakar lukisan aliran surelisme kepada Puan Lim

'Nah Puan. Ottae?? Cantik kan'

'Em.. okay but not too perfect but i'll give you some A'

'Uwahh gomabseumida.. oh boleh saya keluar awal sikit? Sebab ada hal'

'Okay you can'

'Hamsaminda..'

-

Aku menjejakkan telapak kaki ku diatas lantai kafeteria dan melihat meja di penuhi oleh pelajar-pelajar di universiti ini. Mata ku liar mencari di mana keberadaan jungwoo

Aigoo mana lah budak ni aku suruh dia tunggu kat sini tapi batang hidung pun tak nampak

'Oi'

Seseorang menyentuh bahu ku lalu aku menoleh kebelakang dan melihat wajah jungwoo benar-benar berada di hadapan ku. Dia membongkokkan sikit lututnya untuk merapatkan wajahnya ke wajahku

'Kamjagiya!' Aku perlahan-lahan mengundurkan langkah kebelakang. Muka ku merah bagaikan sos cili. Apasal budak ni tetibe je jadi sweet?

'Dah..jom lah duduk. Nak makan ape?'

'Dompet aku tinggal kat kelas. Kau je lah makan'

'Takpe biar aku belanja. Aku tau yang kau tu lapar'

'Hehe gomawo..'

Dia membuka langkah menuju kearah meja kosong yang bersebelahan dengan dinding aku hanya mengiringi langkahnya di tepi

'Haa knapa tetibe nak jumpa aku ni?'
Kata ku sambil menyuapkan nasi goreng kimchi ke dalam mulutku

'Aku nak dengar cerita pasal ingatan kau tu'

Aku terdiam. Perlahan-lahan aku mengunyah nasi yang sudah penuh dalam mulut ini lalu meletakkan kembali sudu di tepi piring

'Hmm...bila ingat balik tentang ingatan ni aku rasa takut. Entahlah'

'Wae?'

'Aku pernah eksiden setahun lalu dan.. itu semua angkara bekas teman lelaki aku. Tapi aku still tak ingat rupa, wajah, suara diaa. Siapa sebenarnya lelaki tu'

'Macam mana kau boleh eksiden disebabkan ex boyfriend kau?' Tanya jungwoo yang semakin keliru

'Dia ajak aku buat hubungan intim. Tapi time aku masih sekolah and tak ready lagi.. aku takut benda buruk jadi kat aku..' aku menundukkan wajah ku melihat nasi goreng kimchi yang sudah tinggal separuh

Save Me! My Savior +KJW+Where stories live. Discover now