Tubuhnta dibaringkan sambil memandang siling biliknya. Tangan kirinya diletakkan di atas dahinya. Dia hanya memerhati kipas yang berputar itu.

Dia teringatkan tentang Antalya. Sejak Antalya sudah pergi, fikirannya sering menerawang tentang kenangannya dan Antalya. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.

Ting! Tong!

Hazel mengeluh. Dibiarkan sahaja. Dia malas hendak bangun. Dia ingin bersendirian saat ini.

Tangannya mencapai telefonnya yang berdering nyaring. Panggilan daripada Lucas itu dijawab.

"Buka pintu ini Hazel. Kita orang tahu kau ada dekat dalam."

"Balik sajalah."

"Hazel! Open the door right now!"

Hazel mengeluh lalu bangkit berdiri. Dia berjalan menuju ke pintu rumah. Dikuak pintu itu. Terpacullah wajah empat orang sahabatnya itu.

"Kau orang nak apa?" Hazel berpaling lalu berjalan masuk ke dalam rumah diikuti empat jejaka itu.

"Kau menangis lagi?" tanya Theo.

Hazel berpaling ke belakang.

"Sampai bila kau nak macam ini? Antalya dah tak ada tahu tak. Kau itu teruskan sajalah hidup kau. Sampai bila kau nak sedih macam ini?" tanya Theo.
Wajahnya kelihatan serius.

"Sepanjang hidup aku! Sebab semuanya salah aku!"

"Stop it, Hazel! Bukan salah kau!" marah Theo.

"Ya, salah aku! Kalau bukan sebab aku, Antalya tak akan mati! Kau orang pula tak akan sampai kena gantung sekolah!" balas Hazel. Wajahnya kelihatan merah kerana marah.

"Tak ada kena mengena Hazel dengan semua ini!" ujar Lucas.

"Ada kena mengena!"

"What is it? Tell us. Apa yang kita orang tak tahu." ujar Jayden. Dia memandang Hazel dengan wajah dinginnya.

"Nevermind. Just go. Leave me alone." Hazel berpaling ingin melangkah pergi dari ruang tamu itu.

"What is this, Hazel?" marah Lucas sambil menunjuk skrin telefonnya. Di skrin telefon Lucas terdapat video Hazel yang dibuli.

Hazel berpaling semula melihat apa yang ditunjukkan jejaka itu. Riak wajahnya kosong.

"Tak ada apa-apa." ujar Hazel.

"Hazel. Kau kena buli, Hazel. Kau faham, tak? Kau kena buli. Kenapa kau tak bagitahu kita orang pasal ini?" ujar Ethan. Wajah itu kelihatan sangat dingin walaupun nada suaranya tidak naik seoktaf.

"Aku cuma tak nak kau orang gaduh lagi. Aku tak nak kau orang kena gantung sekolah lagi."

"Apa yang kau fikir, Hazel? Kita orang kawan kau." balas Jayden.

Hazel menunduk.

"Kita orang nak protect kau Hazel!" marah Theo. Mata Hazel berkaca.

"Kau orang tak faham, ke? Aku tak nak sebab aku kau orang gaduh! Kau orang kena gantung sekolah! Cukup sekali saja!"

"Tapi kita orang kawan kau!" Suara Jayden sudah naik seoktaf. Bahu Hazel dipegang.

Hazel menepis tangan Jayden. Dia melangkah setapak ke belakang. Wajah empat jejaka itu dipandang.

"Aku boleh hadap seorang-seorang lah! Biar aku selesaikan masalah aku!"

Cukuplah hanya sekali. Semuanya kerana Lucy dan dia takkan beritahu perkara yang sebenar.

Katakanlah Hazel pentingkan diri sekalipun, dia tidak akan berpaling dengan pendiriannya. Dia tidak mahu mereka berempat terbabit sekali buat sekali lagi. Cukup Antalya yang menjadi mangsa kerana kebencian Lucy terhadapnya.

Bagaimana jika dendam Lucy terhadapnya dibalas menggunakan empat orang sahabatnya pula? Seperti mana Antalya dijadikan mangsa? Tidak. Dia tidak mahu kehilangan sesiapa lagi.

"Kenapa kau selfish sangat ini? Apa yang dalam kepala otak kau! Kau anggap kita orang apa selama ini!" tanya Lucas. Wajahnya kelihatan merah.

"Apa yang kau orang tak faham lagi? Aku tak nak kau orang masuk campur hal aku! Jangan menyibuk hal aku!"

"Aku tak sangka kau selfish macam ini!" ujar Theo. Wajah yang sentiasa dengan senyuman ini sudah tidak kelihatan senyumannya. Hanya wajah dingin yang terpapar.

"Aku tak faham, Hazel. Kau anggap kita orang ini kawan kau ke, tak? Selama berbulan-bulan kita berkawan, aku ingat kita orang dah cukup rapat untuk jadi best friend kau tapi rupanya tak. Tak sangka." Lucas memandang Hazel buat kali terakhir sebelum melangkah pergi.

"Aku tak sangka kau selfish macam ini. Kita orang saja yang beria anggap kau best friend kita orang." Theo turut berlalu pergi. Wajah itu kelihatan kecewa.

"Aku tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin kita orang tak cukup bagus untuk jadi kawan kau. Aku nak kau tahu. You are the part of us. Aku anggap kau dah macam adik aku."

Jayden mengusap kepala Hazel sebelum berlalu pergi. Buat pertama kalinya dia melihat mata Jayden yang dingin itu berkaca-kaca.

"Hazel. I don't know. Aku kecewa dengan kau." Ethan mendongak agar air matanya tidak mengalir. Pergaduhan mereka berlima betul-betul memberi impak kepadanya.

"Ethan aku...aku..."

"Aku faham. Mungkin kita orang tak layak jadi kawan kau."

"No." Hazel mengalirkan air matanya. Apabila emosi bercelaru, habis semuanya dilepaskan kepada empat jejaka itu.

Hazel cuma ingin empat jejaka itu tidak masuk campur halnya. Namun, mereka salah faham dengan menganggap Hazel tidak menganggap mereka sebagai sahabat. Dia tersepit.

"Jangan menangis. Ini yang kau nak, Hazel. Kita orang takkan sibuk hal kau lagi." Ethan menarik senyuman nipis sebelum melangkah pergi. Pintu rumah ditutup rapat.

"Bukan itu maksud aku." gumam Hazel. Dia menangis teresak-esak. Hazel mencangkung lalu menekup wajahnya ke lutut.

Sakit. Terlalu sakit. Kehilangan sahabat sangat sakit. Semuanya sudah hancur berkecai. Sekali lagi semuanya adalah salahnya.

Hazel mengangkat wajahnya apabila telefonnya berbunyi nyaring. Air mata diseka apabila panggilan itu daripada Puan Rozy.

"Yes, ma." ujar Hazel apabila telefonnya dilekapkan ke telinga.

"What? Sekejap lagi Hazel datang." Hazel berlari menuju ke biliknya. Beg duitnya dicapai lalu dia berlari keluar dari rumah.

Iz dah update! Confirm kau orang meroyan kan😂 Tapi macam cliche lah part ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Iz dah update! Confirm kau orang meroyan kan😂 Tapi macam cliche lah part ini.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now