Hazel memandang Ethan. Ethan mengangkat tangan melambai sahaja. Hazel membalas lambaian. Dia memandang figura empat jejaka itu berlalu pergi.

"Dah lama tak jumpa Lya." gumam Hazel perlahan. Telefonnya dikeluarkan. Sejak semalam dia tidak bermain dengan telefonnya.

Dia menekan lama sedikit punat on. Ambil masa beberapa saat barulah terpacul skrin kunci di skrin telefonnya.

Terdapat panggilan terlepas daripada Antalya sebanyak dua kali. Beberapa mesej juga dihantar dari semalam. Semuanya mengatakan Antalya ingin berjumpa dengannya.

"Lya. Kenapa ini?" tanya Hazel kepada diri sendiri. Dia cuba membuat panggilan tetapi telefon Antalya mati.

Hazel berjalan menuju ke perkarangan sekolah. Sempat dia melihat ke tempat letak motor. Motor berkuasa tinggi milik sahabat-sahabatnya itu sudah tiada. Mereka sudah pulang.

Hazel berlari menuju ke rumah Antalya. Dia risaukan Antalya. Mereka sudah jarang berjumpa. Dia pasti ada sesuatu yang disorokkan Antalya. Dia pasti Antalya ingin berkongsi sesuatu dengannya.

"Aunty." tegur Hazel apabila dia terserempak dengan Puan Amy di hadapan rumah Antalya.

"Hazel nak jumpa Lya, ke?" tanya Puan Amy.

Hazel mengangguk. Puan Amy memandang tingkat atas rumah teres itu. Hazel turut memandang. Bilik Antalya gelap.

"Dari semalam sejak balik sekolah dia tak keluar bilik. Dia tak kasih aunty masuk bilik dia. Aunty ada juga dengar dia menjerit tapi bila aunty suruh Lya buka pintu dia tak buka." ujar Puan Amy dengan sayu.

"Aunty jangan risau, okey? Biar Hazel cakap dengan Lya." Tangan Puan Amy diusap. Puan Amy mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Aunty nak pergi kedai sekejap. Nak beli barang dapur." Hazel mengangguk.

"Hati-hati" pesan Hazel. Dia memandang figura Puan Amy. Hazel masuk ke dalam rumah Antalya.

Dia menuju ke tingkat atas. Gelap sahaja tingkat atas itu. Pasti Puan Amy terlupa untuk menyelak langsir di tingkat 2 itu.

Diselak langsir agar cahaya menerjah masuk ke dalam rumah itu. Hazel berjalan ke pintu bilik Antalya.

"Lya." Diketuk beberapa kali tetapi tiada jawapan.

"Lya." Masih tiada jawapan. Dia teringat kata-kata Puan Amy. Antalya tidak keluar dari bilik sejak semalam.

"Kau okey tak, Lya?" tanya Hazel. Sunyi. Tiada jawapan. Hazel sudah risau.

"Jawab, Lya. Jangan buat aku risau." kata Hazel lagi. Tetap tiada jawapan. Hanya terdengar bunyi burung yang berkicauan di luar rumah sahaja.

Hazel teringat sesuatu. Begnya disandarkan di dinding. Dia menunduk lalu tikar getah di bahagian tepi pintu berdekatan dinding diselak. Terdapat satu kunci di situ.

Itu adalah kunci bilik Antalya. Tidak ada sesiapa tahu termasuk Puan Amy. Antalya juga tidak tahu bahawa Hazel tahu dia menyorokkan kunci di situ.

Dimasukkan kunci di tombol pintu lalu diputar ke kanan. Bunyi pintu yang terkunci terbuka. Dia memulas tombol pintu.

"Lya." Hazel tergamam. Tangannya menggigil perlahan. Kunci jatuh dari dalam pegangannya.

"Lya! No!" Air matanya laju mengalir memandang Antalya.

"Lya! No!" Air matanya laju mengalir memandang Antalya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now