"Kau nak apa?" tanya Hazel. Dia takut jika dia terjatuh ke dalam kolam itu. Nafasnya bagai tersekat.

"Hm senang saja. Blah dari sekolah ini. Aku pun tak tahu kenapa aku tak suka kau dari first day kau dekat sekolah ini. Rasa meluat. Tak tahu lah kenapa." ujar Lucy.

Hazel mengemam bibirnya.

"Oh ya. Confirm nanti hero-hero kau datang tolong kau. Jadi aku dah tolong panggilkan budak-budak ini untuk halang dia orang. Tada!"

Lucy menunjuk ke arah enam lagi pelajar lelaki yang baru masuk. Dia kenal mereka berenam itu. Budak-budak yang bermasalah di sekolah itu.

"Dengar sini eh. Jangan bagitahu dia orang yang aku dengan geng aku yang buat semua ini. Nanti aku akan pastikan kawan kau dekat Victory itu M. A. T. I." bisik Lucy lalu tersenyum sinis.

Hazel tergamam. Lidahnya kelu untuk berbicara.

"Kita akan main game, okey?"

"Jom, Lucy. Sekejap lagi dia orang datang." ajak Natalie. Lucy menganggukkan kepalanya.

"Bye, Hazel. Have the good moments." Lucy menolak Hazel jatuh ke dalam kolam tanpa sempat Hazel bersedia. Empat pelajar perempuan itu berlalu pergi.

Splash!

Hazel cuba naik ke permukaan kolam. Nafasnya sudah tersekat. Air menerjah masuk ke dalam mulutnya. Dia berusaha cuba naik ke permukaan kolam itu.

"Hazel!" Lucas, Theo, Ethan dan Jayden baru sahaja tiba di kolam renang itu. Baru sahaja Lucas ingin melangkah mendekati kolam, salah seorang pelajar lelaki menghalang jalannya.

"Senang saja game ini. Kau menang kau boleh selamatkan perempuan itu. Kau kalah, mungkin mati perempuan itu."

"Jangan banyak cakaplah!" Lucas menumbuk kuat muka pelajar lelaki itu. Pergaduhan bermula. Enam menentang empat. Hazel masih sedaya upaya untuk naik ke permukaan air.

"Seorang selamatkan Hazel!" jerit Ethan.

Theo yang berdekatan dengan kolam cuba ingin menuju ke kolam tetapi belakang badannya ditendang dan dipijak kuat.

"Theo! Cepat Theo! Bangun!" jerit Lucas pula.

Jayden terus berlari ke arah lelaki yang memijak Theo lalu ditendang kuat. Jayden dan lelaki itu mula bergaduh.

Theo bangkit berdiri lalu melompat ke dalam kolam. Ditarik Hazel naik ke permukaan kolam lalu dibawa naik tubuh itu ke tepi kolam.

"Hazel bangun." Theo menekan dada Hazel beberapa kali.

"Hazel." Theo menepuk-nepuk pipi Hazel. Theo memandang sahabat-sahabatnya yang lain.

Ethan sudah tumpas kerana sekaligus empat orang menyerangnya. Lucas pula cuba membantu Ethan. Jayden pula masih lagi berlawan.

"Hazel bangun, please." Ditekan-tekan lagi dada Hazel.

Hazel terbatuk-batuk. Theo membantu gadis itu menukar posisi baringnya kepada duduk.

Ditepuk-tepuk belakang badan Hazel agar Hazel memuntahkan semua air kolam yang sudah ditelannya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now