13

381 8 0
                                    

Haikal berkerut sambil mengemas baju-bajunya. Sebab apa? Sebab Nurane!

"Kau buat aku gilalah Nurane!" Katanya sambil menyumbat segala bajunya ke dalam bagasi itu.

Pulang sahaja dari sekolah dengan keadaan basah,dia terus mengemas baju-bajunya hari ini walaupun mereka akan ke Selangor lusa.

Siapa tak cemburu? Melihat gadis yang ditaruh hatinya bersama musuh ketat!

" Masa untuk aku tiada! Call tak angkat,Mesej lagilah!" Omel Haikal sendirian.

"Ke dia sudah official dengan Shah tu?" Haikal memberhentikan perbuatannya lalu berfikir. Seketika kemudian barang yang dipegang remuk akibat digenggam kuat.

"Menyesal aku kenal kau! Kenapa kau perlu beri aku harapan kalau pengakhirannya kau dengan dia!" 

Haikal terduduk di atas katil. Cadar biru laut digenggam erat.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan dipulas.

"Kau ni dah siap belum?"

Haikal mendongak memandang ayahnya. Lalu dia hanya mengangguk perlahan.

"Kau tu tak ada mulut ke sampai tak mampu nak cakap huh?" Ditunjalnya kepala Haikal.

Haikal mengetap bibir. Geramnya. Haikal hanya diam,dia malas mahu bertekak dengan ayahnya sorang ini.

" Kalau kau tidak buat perangai di sekolah,dan sekolah tak akan buang engkaulah!  kau ni sama sahajalah dengan mak kau yang tak guna tu!"

Haikal bengun secara drastik. " apa masalah abah nak babitkan mama dalam hal ni ha!"

"Lantak aku lah,kau tu kenapa? " Encik Izlan berura-ura untuk keluar.

"Eh abah,kalai bukan mama yang kasi duit setiap bulan. Abah takkan hidup dekat rumh mewah macam ni lah! Betul kan apa mama cakap semalam? Abah pindah sebab bisnes abah yang bankrup"

Encik Izlan menampar anaknya sekilas.

Haikal memegang pipinya yang kebas. Kuat juga.

"Aku dah cakap berapa kali! Jangan ambil duit  dari dia! Itu duit haramlah! Bila kau jumpa dia!"

"Tak ada masalah nak cakap dengan abah ni! Duit mama ke duit rasuah abah yang haram?"  Kata Haikal sambil keluar dari biliknya sendiri lalu dia mencapai kunci motornya.





"Abang okey ke?"

Haikal memdongak. Kelihatan seprang wanita 40-an yang sangat jelita. Cara pemakaiannya dah tahu,dia seorang yang kaya.

Haikal tidak menjawab. Dia juga tidak mahu berjumpa wanita ini lagi. Tetapi sebab terpaksa.

"Kalau Izlan ada buat apa-apa dekat abang,bagitau mama."

Haikal memandang mamanya. Dia hanya memandang tingkap kedai makan itu.

"Abang..adik okey ke? Pembelajaran abang pula macam mana? Adik? Adik tak rindu mama ke?"

"Dia...dia tak tahu siapa mama dia"

Wajah Emelia berubah. Takkan anaknya sendiri tak tahu?

"Tak mungkin, abang tak beritahu?"

"Macam mana dia nak tahu kalau mak dia sendiri tinggalkan anak-anak dia untuk ikut lelaki lain!" Bentak Haikal sambil meninggalkan kadai mkan itu.

Emilia tergamam. Dia hanya memandang pemergian Haikal dengan tenang.

"Tak guna Izlan. Apa yang kau hasut budak budak ni ha" katanya perlahan.









Aku menyedut perlahan air Starbuck aku. Sekarang aku keseorangan di Aeon mall kerana aku ingin  memulangkan beberapa buku yang aku pinjam di perpustakaan dalam mall ini. Rajin bukan?

classmate crushWhere stories live. Discover now