Bab 1 ✨

442 25 1
                                        

PLEASED VOTE DULU? THANKYOU! ♡






"Jimin?? makanlah. kenapa? dah kenyang sangat ke asik termenung dari tadi? makan apa? makan angin?" kata teahyung. Dia menolak makanan kearah jimin. Jimin terus memegang sudu dihadapannya.

"Kau boleh terima kalau aku masuk islam taehyung? kau boleh terima aku sebagai kawan kau lagi? ataupun kau akan tinggalkan aku..." Kata jimin. terimakah sahabatnya itu nanti?

"Siapa aku nak halang kau jimin. Yang penting kau tahu apa yang kau buat. aku akan sentiasa support kau dari belakang. Walau apa pun yang terjadi.. kau akan tetap jadi kawan baik aku. forever! " luah teahyung lagi.

"Kau tak nak ikut aku ke?. what I mean is.. convert sama-sama dengan aku? " tanya jimin kepada sahabatnya.

"tak akanlah tiba-tiba aku nak convert sama dengan kau kot! aku pun belum kenal apa itu agama Islam. kau lain lah bro! " tempelak teahyung. Tapi dalam fikirannya terbayang wajah ibubapanya. Jika betul dia juga akan convert agama islam suatu hari nanti...

Terimakah ibubapanya nanti?

"Aku pun belum bersedialah. Nanti-nanti lah aku fikir " ujar jimin. Keluhan dilepaskan.

"Jimin.. just be yourself. Jangan fikirkan aku. Aku tahu dari kecil lagi kau dah tahu pasal agama islam kan??." kata teahyung. Jimin hanya tersenyum.




◇◇◇

Di cafe..

"Nurin kau nak apa??.." kata Erwina.

"Aku takut lah.. aku tak tahu benda ni semua halal ke tak??.. kau beli jelah. Yang penting nak yang halal dan toyiban!" kata Nurin. Dia pun baru sampai ke negara orang. Ini pun kerana dia mendapat biasiswa. Kalau tidak dia tak akan datang.

"ambil ni. kau jangan risau sebab ni cuma air. aku tahulah mana halal Dan haram. tapi.. ni kan air je. kau tak payah risau lah! aku dah dekat 2 tahun dekat sini. kau tu pelajar tumpang jek! " tempelak Erwina.

Nurin menjeling

"Air apa ni?.. boleh minum ke?. lagi satu.. pandai kau nak memerli aku yer.." Bengang Nurin . Dia teragak agak untuk minum air tersebut. Tapi dah kawannya cakap halal. Ahh!!  rembat ajelah!

"Boleh minumlah.. air oren tu.." kata Erwina. Nurin terus menyedut air tersebut.

"Dah jom lah.. kelas Sir Han dah nak mula. Aku dah lah nak belajar bahasa korea. Lepastu nanti boleh lah aku cakap dengan pelajar-pelajar dekat Busan ni. Sudah lah bahasa hanguk aku ni kelaut! " kata Nurin.

"Okeylah jom.." kata Erwina.

Kelas Sir Han pun tamat (Sekejap betul ye). Nurin dan Erwina pun membuka pintu. Tiba-tiba dirinya dilanggar oleh seorang lelaki.

"Saya minta maaf.." kata Nurin. Yelah baru belajar sikit-sikit. Nak lah tunjuk sikit..

"It's okey.. " kata lelaki tersebut. Nurin tiba-tiba terus membuat muka lalu pergi.

"Kau dah kenapa Rin.. orang cakap tak apa pun kau buat muka. kalau aku tampar kau dekat sini sia-sia jek! " marah Erwina.

"Memanglah aku buat muka. Baru nak acah-acah cakap korea. Dia boleh cakap orang putih. menyesal aku minta maaf tadi!" Bengang Nurin.

"Kau kan bertudung. Tahulah dia yang kau tak pandai cakap korea. lagipun wajah kau tu tak familiar kat sini. lain lah macam aku! " Bangga Erwina lalu ketawa.

Nampaklah kembang di situ.

"Dah lah jom. Lagipun aku tak minat sangat nak cakap dengan dia tadi. saja aje aku acah tadi. kau macam tak kenal aku.." Bohong Nurin.

"Habistu tadi kau buat muka sebab dia tak cakap korea? yang tu apa pulak?" soal Erwina.

"Kisah lama janganlah kau ungkit lagi. Dah lah jom. Aku nak makan lah. Kau bawalah aku pergi kedai makan yang halal. perut aku ni kalau dibiarkan.. alamatnya mati kebulur lah aku! " kata Nurin.

"Nak cover malu lah tu. Dah jom!" ajak Erwina. Mereka pun berjalan menuju ke kereta.






◇◇◇




Kini Nurin dan Erwina sudah berada di depan kedai makan.. Nurin terkaku dihadapan restaurant tersebut. Fikirannya terus melayang ke langit keenam.

"Halal ke ni?" Soal Nurin. Dia mula teragak agak lagi. Nak masuk ke tak? ramai dah pandang ni. malu pulak!

"Nampak tak tanda halal dekat pintu ni.. maknanya halal lah! kau ni cubalah peka sikit!" Bengang Erwina. Mereka masih lagi berada di depan pintu.

"Annyeohaseyo... " kata pemilik kedai tersebut.

"This restaurant is Halal??.." tanya Nurin.

"Yess.." kata seorang lelaki di belakang.

Nurin dan Erwina memaling kearah lelaki tersebut. Kelihatan dua orang jejaka sedang elok berdiri di belakang mereka. nampak handsome!. tapi sayang..

not Islam!

"Boleh tak cakap melayu. Tak faham lah.." bengang Nurin. Dah lah bahasa Korea aku tak fasih sangat!

"Kedai ni halal.." kata jimin. Nurin terkaku. Ingatkan tak faham tadi. Dia faham ke? ke acah-acah faham? tapi tak mungkin!  dia jawab soalan aku tadi kot!

"Tapi bukan ke korang ni korea.." tanya Erwina.

"Saya dengan dia belajar banyak tentang bahasa malayu.." kata teahyung dengan pelatnya.

"Ada aku Tanya? dah wina..jom melantak! perut aku dah tak boleh tahan ni.." keluh Nurin. Dia terus menarik lengan kawannya sambil masuk ke dalam kedai tersebut.

"Kau nak makan apa??." Kata Nurin dia terus memaling kearah kawannya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Erwina masih di depan pintu lagi..

"Kenapa sentuh saya ni.." kata Nurin. Jimin membuat muka pelik.

"Bukan kah awak yang tarik tangan saya.." kata jimin. Dia yang tarik tangan orang tanpa usul periksa nak salahkan kita!

"Erwina sini!!.. awak boleh jauh-jauh.." kata Nurin. Nurin terus duduk di meja. Mukanya yang putih itu kelihatan merah seperti kena lempang. Jimin dan teahyung duduk di belakang mereka seperti tiada apa yang berlaku.




#bersambung

aku buat penambahan sikit. kalau sudi bacalah.. vote sekali okey! ♡

suamiku Mualaff ⓒStories to obsess over. Discover now