Aku merenung Jungkook tajam.

"Aku tak faham. Aku betul betul tak faham dengan tindakan kau sekarang ni , Jeon. Walaupun aku ni juga lelaki , tapi aku langsung tak boleh nak fikir apa apa yang kau sedang fikirkan sekarang ni"

Sebaik sahaja aku selesai berkata , dia perlahan lahan mengukirkan nipisnya kepada aku.

"Tak pernah sesaat pun dalam hidup aku , aku tak sayangkan Jang Yiseo , Jimin"

Riak wajah aku mula berubah tatkala mendengar apa yang baru sahaja diluahkan Jungkook. Dia tersenyum nipis.

"Dan tak pernah sekalipun dalam hidup aku , aku tak fikirkan dia , Jimin"

Jungkook menundukkan kepalanya ke bawah dan kemam bibirnya rapat. Seperti sedang menahan dirinya daripada menangis.

"Aku terlalu sayangkan dia. Aku sayangkan dia sangat sangat"

"Tapi kenapa kau buat macam tu ? Kenapa kau sakitkan hati dia ? Kenapa kau buat dia menangis ? Kenapa kau buat dia jadi macam perempuan bodoh disebabkan lelaki macam kau , Jeon ?"

Jungkook tersenyum nipis. Wajahnya diangkat. Matanya yang sudah berair menatap lama ke dalam anak mata aku sendiri.

"Sebab aku dah janji"

Dahi aku berkerut mendengar apa yang dia baru sahaja katakan. Langsung tak faham dan tak dapat fikirkan apa apa langsung tentang apa yang dia katakan.

Jungkook perlahan lahan bangun daripada duduknya di atas katil pesakit tersebut dan melangkah menghampiri aku.

"Boleh aku mintak tolong kau ?"

Aku mengangkat sebelah kening dan memberikan pandangan 'apa' kepadanya.

"Benda yang Yiseo paling takutkan dalam dunia ni , adalah 'ditinggalkan oleh seseorang yang dia sayang' ..." Jungkook menundukkan pandangannya.

Perlahan dia menepuk bahu kanan aku dan mengukirkan senyuman tawar kepada aku.

"Jadi aku harap , kau boleh stay di sisi Yiseo sampai dia sedar" senyuman tawar Jungkook berikan.

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa bukan kau yang berada di sisi dia kalau kau sayangkan dia ?"

Dia tersenyum nipis. "Kalau aku buat macam tu , aku bakal sakitkan hati dia lagi"

Aku langsung tak faham apa yang Jungkook cuba sampaikan kepada aku ketika ini. Tapi apa yang aku tahu , lelaki ini masih sayangkan bekas teman wanitanya.

"Kau sukakan Yiseo , bukan ?"

Mata aku membulat. "Nae ?"

"Mintak dia berikan kau peluang. Aku yakin , kau hanyalah satu satu harapan yang takkan tinggalkan dia. Jadi , tolong jaga dia , demi aku ?"

"Jungkook , apa yang kau—"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku , dia menepuk bahu aku dua kali membuatkan aku serta merta terdiam.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now