PJ. VIII

1.3K 251 58
                                    

"Riwon-ah..." Panggil papanya Riwon, lelaki separuh umur itu duduk di makmalnya.

Riwon yang datang membawakan minuman panas untuk papanya, sekadar minum petang. Jangan hairan, rumah mereka memang disediakan khas-- dibina mempunyai makmal peribadi.

Maklumlah, rumah orang konglomerat. Keluarga saintis!

"Ya papa?" Jawab Riwon.

Kerusi sebelah papanya ditarik, mempersilakan Riwon untuk duduk. "Duduk dulu, papa ada nak cakap." Arahnya Encik Park Youngdoo.

Riwon akur. Dia duduk bersebelahan papanya. "Papa nak cakap pasal apa?" Tanya Riwon pula.

"Papa dapat tahu, ada pensyarah baru dekat kolej kamu, betul?" Tanya papanya.

Refleks Riwon mengangguk, dan kemudian berfikir semula. Dari mana papa tahu? Gumam hati kecilnya.

Riwon menyuarakan persoalannya tadi. "Papa tahu dari mana? Riwon belum cerita lagi."

"Kamu dah lupa, pensyarah baru tu anak kawan papa. Na Jaemin kan?"

Riwon mengangguk, lagipun betul juga.

"Hari tu, Riwon balik dengan Jaemin?"

"Dari mana lagi papa tahu lagi ni?"

"Dari orangnyalah."

Riwon menggumam. Mesti Prof. Jaemin cerita dengan papanya, jangan sampai Prof cerita pasal misi gila dia tu, habis ak-

"Macam mana dengan misi tu? Dah start?"

—Apa yang Riwon takutkan sudahpun terjadi. Papanya tahu! Tiada lain, tiada bukan. Professor Jaemin yang reportlah!

------

Riwon sengaja buang masa di library, selepas ini ada kelas. Kelas astronomi. Namun, dia tak masuk kelas itu. Buku yang diambil tadi— Great Feuds in Science karya terjemahan Hall Hellman itu dijadikan bantal.

Ah! Aku tidak kisah, kalau sahaja jatuh liur aku atas buku itu. Akan disemat menjadi 'masterpiece'. Batin setan Riwon menguasai.

Kelopak mata yang semakin berat itu memaksa dirinya untuk tidur, sudah awal diberitahu. Riwon si sloth pemalas itu tidak akan lengkap hidupnya jika tidak tidur siang.

Semakin lama, gadis pemalas itu diulit mimpi.

------

Mata Jaemin meliar, mencari Riwon. Gadis itu selalunya duduk tepi tingkap, paling belakang, bawah aircond spot yang paling sesuai untuk tidur.

Namun, nihil. Tiada.

"Mana Park Riwon?" Tanya Prof. Jaemin pada semua pelajar. Refleks semua mereka terdiam, tiada satupun yang menjawab.

"Saya tanya sekali lagi, mana Park Riwon?"

"Li- library prof! Riwon tidur dekat library." Jawab Mark. Dia merasa ada sesuatu di antara mereka ini. Betul juga kata Dino, gumam Mark dalam hati.

Prof. Jaemin berjalan keluar dari dewan kuliah, meninggalkan pelajar yang terpinga-pinga. Sebaik sahaja, kelibat Prof. Jaemin tiada, semua pelajar berkerumun mengelilingi meja Mark.

"Apa hubungan Prof dengan Riwon?" Rata-rata itulah soalan mereka semua. Mark pula, hanya mampu garu kepala. Sedangkan dia sendiri masih keliru ada apa sebenarnya dengan Riwon dan Prof. Jaemin?

➳❥ tbc

chill dulu, sabar!
part chessy dan sweet tak lama lagi 😆

chill dulu, sabar! part chessy dan sweet tak lama lagi 😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now