PJ. II

1.7K 307 106
                                    

Riwon berlari masuk ke dalam bilik ceramah. Tadinya dia dari tandas. Rambut dirapikan, ceramah kali ini adalah gabungan dengan pelajar jurusan astronomi dari dua universiti lain. Kyunghee University dan Yonsei University.

"Oi! Lambatnya kau melaburkah apa?" Tanya Yuqi yang duduk disebelahnya.

"Aku sesatlah tadi cari tandas, dahlah aku tak tahu tempat ni." Jawab Riwon perlahan.

"Wait wait- " Riwon memandang ke arah di depan, Prof. yang menyampaikan ceramah itu tidak asing baginya.

Walaupun pernah bertemu sekali, Riwon cam akan ia. Lelaki hari itu... Gumam hati Riwon.

Tak semena-mena pensyarah di hadapan itu memandang ke arahnya. Cepat-cepat Riwon menundukkan kepala ke meja. Awaslah dia kalau dicam.

"Shht- Yuqi, prof dekat depan tu— "

" —Itu Prof. Na, dia yang ganti Prof. Heesun, dari kemarin lagi kau tak perasan dia masuk kelas?" Pintas Yuqi sambil menyalin rumus-rumus penting dalam kertasnya.

Habislah, Riwon rasa dirinya patut nyah dari bumi ini. Sesiapa ada passport untuk tinggal di planet exo?

- flashback mode on -

"Papa! I don't want." Riwon menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.

Encik. Park hanya diam tak pedulikan anak gadisnya itu. Tangan anaknya ditarik dan diletak di antara pelipat lengannya. Malam itu, ada majlis rasmi.

Sempena meraikan kejayaan seorang sainstis- rakan ayahnya. Yang berjaya melaksanakan misi ke Marikh, untuk cubaan membumikan Marikh.

Chimpanzee bernama Goofy dijadikan bahan ujikaji. Dan berjaya, Goofy berjaya bertahan hidup selama tiga hari di Marikh. Bermakna, manusia juga boleh. Manusia dengan chimpanzee-kan berkongsi gen?

Riwon terpaksa menemani ayahnya, kerana ibunya sibuk di makmal. Puan Park bertugas sepenuh masa di makmal Haeundae, Agency for Toxic Substance and Disease Registry. Ibunya adalah seorang juruteknologi Kimia.

Riwon minta diri untuk keluar sebentar, ke kawasan main entrance Hotel Bongdae itu.

bbuk!

Habis! Habis basah bertompok baju dress warna navy blue itu. Cocktail buah tumpah di atasnya. Tepat di dada gadis kecil itu.

"Sorry. Tak sengaja." Lelaki itu mengeluarkan sapu tangan putih dari kocek suitnya, cuba dilap sisa buah-buahan atas dress Riwon.

Riwon tak sangka, berani sekali lelaki itu menyentuhnya. Lagi-lagi dekat kawasan argh! Susah nak cakap. Tepatnya atas dada gadis itu.

"HEY YOU PERVERT! DONT YOU DARE TO TOUCH ME!" Marah Riwon. Serta merta ayahnya datang entah dari mana.

"Apa yang dah jadi— eh, kamu anak Jaehan kan?" Ayah Riwon malah mengabaikan anaknya. Dan beralih ke arah lelaki gila yang tadi. Ditepuk bahu lelaki itu oleh ayahnya.

"Papa, orang gi- "

"Jangan cakap macam tulah, dia ni anak kawan ayah. Ayah dia yang anjurkan majlis malam ni." Ucap ayahnya.

Riwon mendecit kecil. Bermakna, lelaki gila itu anak kepada Prof. Dr. Na Jaehan. Yang menjayakan misi membumikan Marikh.

➳❥ tbc

abaikan kemerepekan diriku 😂 tapi betul apa, misi membumikan marikh memang sedang berjalan sekarang, itu semua kerja NASA lah 😆

vomments tau! nanti prof nana rotan baru tau rasa

vomments tau! nanti prof nana rotan baru tau rasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now