Hey awak ! Ye awak yang tengah baca ni . Nak mintak tolong boleh ? Tolong follow acc Wattpad ni and tak lupa jugak tolong vote and comment . Tolong tau awak ! Sis tamak kan ? Hahahahaha I know . Btw Happy Reading Again ! ❤️
I still waiting for you ,
Because I love you no matter
What will happen next ! ")
" Iz ! Sampai hati Iz nak tinggalkan El sensorang ! Iz memang tak sayangkan El kan ? " ujar seorang budak perempuan yang berusia 9 tahun itu sambil menangis .
" El , Iz tak tinggalkan El sensorang la . El kan ada tokpa dengan tokma . Iz sayangkan El jugak " balas seorang budak lelaki bermata biru sebaya budak perempuan tadi . Dia tahu budak perempuan itu menetap di rumah tokpa a.k.a datuk kepada budak perempuan itu . Hampir setiap hari dia bermain di rumah Tokpa El kerana rumah mereka cuma bersebelahan . El tidak mahu tinggal dengan mama dan papanya . Dia juga tahu mengapa mama dan papa budak perempuan itu meninggalkannya bersama tokpa dan tokmanya .
" Tapi El nak Iz ! " .
" Iz janji dengan El yang Iz takkan lupakan El dan lepas Iz balik Malaysia semula , Iz akan terus cari El . Ok ? "
" El pun janji yang El takkan lupakan Iz dan El harap Iz tak akan mungkir janji kita " ujar budak perempuan itu sambil mengangkat jari kelingkingnya .
" Ye , Iz janji " balas budak lelaki bernama Iz itu . Dia harus mengikut ibu bapanya berpindah ke Ireland atas urusan kerja . Beberapa kali dia memujuk ibu dan ayahnya untuk membenarkannya tinggal di Malaysia bersama Tokpa dan Tokma El tetapi malangnya ibu bapanya tidak membenarkan atas alasan tidak mahu menyusahkan keluarga El .
Mereka tahu bahawa keluarga El lebih daripada mampu untuk menanggung kehidupan anaknya . Namun , mereka tetap dengan prinsip tidak mahu menyusahkan orang .
" Iz , itu panggilan terakhir untuk pesawat kita . Mari kita pergi " ujar Encik Hamid a.k.a ayah kepada Iz .
Iz seraya mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga El yang menghantar keluarganya ke airport .
" Iz pergi dulu El "
" Iz "
" Iz "
" Iz ! "
" Argh ! " Bella terjaga apabila terasa seperti seseorang mengoncang bahunya . Kuat ! Dia mengerdipkan matanya beberapa kali . Mimpi itu , mimpi tentang masa lalunya bersama seorang budak lelaki yang sangat - sangat dirinduinya .
Dia bagaikan tidak percaya . Dia sudah berumur 19 tahun sekarang dan peristiwa tentang 10 tahun lepas masih terngiang - ngiang di otaknya . Sampai sekarang dia masih belum menemukan budak lelaki yang bernama Iz itu .
" Sedar pun Cik Bella " ujar seorang wanita yang berumur lingkungan 50 - 60 tahun itu .
Sekali lagi ...
" Arghhhhhhhhhhh ! "
Bella menjerit . Wanita yang berada di tepi katil saiz Queen milik Bella menutup telinga apabila mendengar nyaringnya jeritan anak majikannya itu . Dia pelik dengan anak majikannya itu . Setahunya anak majikannya itu tidak cepat melatah apabila ' disergah ' begitu .
" Seronoknya menjerit di pagi yang mulia ni" ujar wanita itu sambil tersenyum selepas berhentinya jeritan maha kuat milik Bella .
" Cik Nab ni suka buat Bella terkejut tau . Nasib Bella ni takde penyakit jantung " ujar Bella sambil memegang dadanya menunjukkan bertapa terkejutnya dia .
" Hehehe . Sorry la Cik Bella . Cik Nab tak sengaja nak buat Bella macam tu . Selalunya Bella tak terkejut langsung maklumlah Bella kan hati keras " balas Mak Cik Nab a.k.a pembantu rumah keluarga Bella .
Sengaja dia menambahkan ayat dihujung itu . Bukan dia tidak tahu , Bella seorang yang cepat terasa hati tetapi selalu berlagak seperti kuat . Bella tidak suka menunjukkan emosi sebenarnya kepada sesiapa kecuali dirinya dan Tokpa .
Bella hanya mendiamkan diri .
" Puan Syaf panggil Cik Bella turun breakfast " sambung Mak Cik Nab apabila merasa suasana yang hening di bilik anak majikannya itu .
Bella hanya menggumam kecil sambil berjalan ke arah bilik air .
" Kalau tak ada apa lagi , Cik Nab keluar dulu "
Sekali lagi .
Hanya gumaman kecil yang keluar dari mulut Bella .
Mak Cik Nab berlalu pergi meninggalkan Bella . Salah dia kah Bella menjadi begitu ? Dia menampar perlahan mulutnya dengan tangan kanannya . Dia memang tidak patut mengeluarkan perkataan sebegitu tadi . Dia pasti Bella teringat akan peristiwa lama itu . Walaupun sudah 9 tahun peristiwa itu berlalu namun ia terasa bagaikan baru semalam terjadi .
~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~
Bella keluar dari bilik air selepas hampir satu jam mandi . Dia perlukan masa untuk menerima semua yang terjadi dalam hidupnya . Dia tidak pernah berhenti berharap agar semua yang terjadi hanyalah mimpi semata - mata . Apa yang dia mahukan ialah kegembiraannya semasa dia menetap di rumah banglo milik Tokpanya .
Salahkah dia untuk berharap ?
Bella mengeluh perlahan sambil memegang rantai cincin yang pernah diberikan Iz sebelum meninggalkannya . Hanya itulah satu - satunya harta berharga yang paling dia sayang . Tidak pernah sekali pun dia menanggalkan rantai cincin ini .
" Hahahahaha " gelak Bella . Dia merasa lawak dengan perangainya itu . Dia takut untuk menerima kenyataan andai ' budak ' lelaki itu sudah melupakannya . Melupakan janji mereka .
Kadang - kadang dia juga ragu dengan 'budak' lelaki itu . Dan setiap kali perasaan ragu - ragu itu datang , cepat - cepat dia membuang perasaan itu .
Kerana apa ?
Kerana cinta Bella Arissa kepada Tengku Ryan Hadriz melebihi rasa ragu itu .
Dia juga meletakkan keseluruhan kepercayaannya kepada Iz .
Bella mengeluh sekali lagi .
" El harap Iz tak lupa janji kita " ujar Bella seorang diri sambil tangan kanannya menyentuh rantai cincin di lehernya .
~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~ •
" Cik Nab ? Ayah dengan mama dekat mana ? Dah breakfast ke ? " tanya Bella apabila melihat Mak Cik Nab yang sedang membasuh pinggan di singki .
" Opocot mak kau bagi kucing makan lepastu jumpa ikan ! Eh " latah Mak Cik Nab .
Bella ketap bibir . Sebab apa ? Sebab tahan gelak daripada keluar . Ada ke bagi kucing makan lepastu jumpa ikan ? Selalu jumpa ikan baru bagi kucing makan .
" Cik Bella nak gelak tu gelak je lah . Takut berdarah je bibir tu " ujar Mak Cik Nab sambil memuncungkan bibir apabila melihat Bella mengetap bibir . Kuat pulak tu . Ish !
" Hahahahaha " gelak Bella tanpa sempat ditahan . Lawak sungguh muka Mak Cik Nab apabila memuncungkan mulutnya . Sekali tengok macam donald duck .
Bertambah muncung mulut Mak Cik Nab apabila mendengar gelak Bella masih tidak berhenti daripada tadi . Namun jauh di sudut hatinya , dia bersyukur mood Bella sudah bertukar . Dia suka apabila melihat Bella versi periang .
She's back
p/s : please vote and comment below ⬇️⬇️
as you know I " budak baru nak up "
yang need your support . Ada support
I up , takde support I blah . Chau ! 😂❤️
Btw comment kalau nak I update lagi .
I think I akan update 1 atau 2 kali
seminggu . But ... But kalau your guys
support I , insyaallah maybe 3 atau 4
kali i akan update dalam seminggu .
Who knows right ? 🤧❤️
CZYTASZ
Bad Boy You're Mine !
RomansDia ibarat putera raja , Aku hambanya , Dia ada segalanya , Aku hanya ada aku , Dia ada cahaya , Dan aku adalah kegelapan . " Don't call me bad girl if I can't do more than this " - Bella Arissa " Don't play with me or I will make you regret for w...
