Bab1

93 4 0
                                    

" this road is beautiful, because I have you walking beside me. "

AKU terpisat-pisat bangun pada pagi itu. Sekarang dah pukul berapa?

Lepas menunaikan solat subuh pagi tadi, aku berasa sakit kepala yang teramat lalu aku membuat keputusan untuk tidur sebentar. Alhamdulillah, sakit kepala yang menyengat semakin berkurangan.

Aku melihat jam di dinding, sudah pukul 7.30 pagi. Dengan malas aku bangun dan mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air.

Setelah selesai mandi, aku turun ke dapur. Mama mesti membebel kalau aku tak tolong di dapur.

Mama kata anak dara kene biasakan diri masuk dapur, atleast basic di dapur dah kena kuasai sejak di bangku sekolah lagi.

"Good morning maaa!" Sapaku pada mama sebelum mencium pipinya.

Aku ni memang anak manja mama. Ingat lagi ketika adik-adikku lahir, aku tak beri peluang langsung kepada mereka untuk bermanja dengan mama. Sebab itu lah hanya aku seorang geng mama, adik-beradik yang lain geng baba. Hikhik

"Gedik, dah besar panjang pun mengada-ngada lagi." Selamba kakakku, Ilani mengutuk. Dengki je tu.

Ouh ya, aku lupa nak kenalkan. Aku anak kedua daripada lima orang adik-beradik. Ilani, aku, kemudian Syaza dan dua orang lagi merupakan kembar, Arif dan Ariz.

"Meena, lukisan yang tengah jemur kat luar tu kau punya ke?" pertanyaan Arif memecahkan kesunyian pada pagi itu.

Semua ahli keluargaku bersarapan bersama-sama seperti kebiasaan.

"Haah kenapa?"

"Ouh, buruk." Aku tersentak.

Pantas pandangan dihalakan kepada Arif. Aku cuba menahan rasa amarah yang mula menguasai diri, tidak mahu mengucar-kacirkan keadaan.

"Arif!" Baba mengherdik Arif di meja makan itu.

Baginya, setiap hasil seni itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Hanya orang yang betul-betul berjiwa seni dapat memahami maksud di sebalik setiap lukisan. Itulah dirinya, penggemar seni. Dan minatnya terhadap seni telah diwarisi oleh anak perempuan keduanya, Nur Farra Ameena Binti Zakaria. Dia amat berbangga terhadap perkara itu.

Hasil lukisan Ameena yang terbaru tidak lah terlalu teruk. Masih ada nilai di matanya sebagai seorang penggemar seni.

Arif sudah melampau, tidak perlulah mengutuk hasil kerja orang lain. Belum tentu dirinya boleh menghasilkan lukisan yang cantik dan menarik.

"Sudahlah. Arif, minta maaf pada kakak kamu. Biarlah, itu minat dia. Kalau buruk, boleh dibaiki. Practice kan makes perfect." Aku hanya tersenyum tawar kepada kedua orang tuaku.

Jujurlah, aku memang terasa dengan adik lelakiku itu. Tetapi aku juga akui, walaupun aku minat melukis, tetapi aku tidak dapat menghasilkan lukisan yang setanding lukisan baba.

"Alah, Arif cakap yang betul je. Kalau lukisan cantik macam baba takpe juga. Ni buruk, buang masa je."

Dush. Hati yang tadinya telah koyak kini menjadi lebih teruk, rasa seperti dilumat-lumatkan. Hasil kerjaku dihina, oleh adik sendiri pulak tu.

Aku hanya merenung sarapan di atas meja. Menahan rasa hati. Dapat dilihat dari ekor mata, Ariz menyiku abang kembarnya.

Suasana menjadi sepi semula. Aku tak boleh, rasa sakit hatiku semakin teruk jika aku terus berada di situ. Pantas aku berdiri, ingin berlalu.

"Ameena minta maaf tak dapat breakfast dengan mama and baba. Ameena keluar dulu." Pantas aku masuk ke bilik mencapai tudung bawal dan handbag yang terletak di sisi katil.

Kerana KauWhere stories live. Discover now