"Seriuslah?"

"Ya, tapi dia tak puas hati. Then, dia baling buku dekat Lucas. Tepat-tepat dekat muka pula itu."

"Ee menyampahnya. Dia ingat dia siapa?"

"Annoying gila dia. Orang lain pun kena reject tapi tak ada lah sampai macam itu sekali gayanya."

"Ha padan muka kau kena kutuk." kutuk Lucas perlahan. Ethan hanya menggelengkan kepala sahaja.

Hazel dari jauh melihat Lucas dan Ethan. Gadis itu tersenyum lebar. Terus dia berlari mengejar langkah dua lelaki itu. Dia menyelit di tengah dan memeluk lengan Lucas dan Ethan.

"Kau tengok itu."

"Eh perempuan itu lagi."

"Dia orang dah jadi best friends sekarang."

"Haah. Aku pun perasan. Rapat gila."

"Dulu perempuan itu bukan main sombong. Sekarang berkawan dengan dia orang. Rapat pula itu."

"Apa saja lah yang ada dekat perempuan itu kan?"

"Kau tengok itu. Siap pegang tangan dia orang lagi."

"Gedik betul dia."

"Biasalah itu. Nakkan attention."

Hazel menunduk mendengar kata-kata pelajar-pelajar perempuan di situ. Senyuman di bibirnya pudar. Tangannya diturunkan dari memeluk lengan Lucas dan Ethan.

Majoriti pelajar di sekolah itu membencinya. Sejak dia berpindah ke sekolah itu sehinggalah sekarang. Makin bertambah dibenci ada lah.

Lucas dan Ethan perasan dengan perubahan pada riak wajah Hazel. Kedua-duanya memandang tajam ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang mengata Hazel itu.

Berlalu pergi semuanya apabila mendapat pandangan tajam daripada Lucas dan Ethan.

"Hazel."

"Ya." Hazel mendongak memandang Ethan dengan senyuman.

"Kau okey?"

"Okey."

"No. You are not." Lucas memeluk leher Hazel.

"Aku okeylah." Hazel tergelak kecil cuba menutup rasa terkilannya.

'Kenapa kau nak terasa Hazel? Kau kan dah biasa kena kutuk dengan students dekat sini.' bisik Hazel di dalam hati.

"Tadi kau orang cerita apa saja?"

"Sibuklah si pendek ini." bidas Lucas Ditolak pipi Hazel sehingga tertoleh ke arah Ethan.

Hazel mencebik.

"Ada ubi ada batas, ada hari aku tampar muka kau pakai kaki aku." balas Hazel dengan nada bergurau.

Ethan tertawa kerana dia pernah menggunakan ayat itu semasa ulangkaji untuk ujian sebelum ini.

"Wuu takutnya! Sampai ke kaki pendek kau nak tampar muka aku!" ejek Lucas. Dijelirkan lidahnya ke arah Hazel. Hazel memandang Lucas tajam.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now