🔥 BAB 18 🔥

7.5K 743 69
                                    

SETELAH mendapatkan keterangan daripada Eve, Hana mengekori DSP Haireen ke kereta. Sejujurnya, dia sangat tertanya-tanya tentang identiti Rayyan. Sejak kes malam itu lagi dia nak tahu identiti lelaki lampai itu tetapi sampai sekarang dia tiada jawapannya.

“Siapa sebenarnya Rayyan, puan?” tanya Hana.

DSP Haireen memberhentikan langkah lalu berpaling menghadap Hana. Dia sudah menjangkakan soalan tersebut akan ditanya juga oleh anak buahnya itu memandangkan layanan dan perhatian yang diberi olehnya kepada Rayyan dilihat agak istimewa.

“Puan kenal ke dia? Maksud saya, kenal rapat. Saya nampak puan ambil berat pasal dia. Apa hubungan puan dengan dia?” Berderet-deret Hana menanyakan soalan.

“Dia seorang criminal profiler. Kau tahu kan profiler tu apa? Kalau kau tak tahu, mari sini aku sekeh sikit.” DSP Haireen acah-acah ingin menyekeh Hana.

“Ya, tahu. Tugasnya menganalisis hal jenayah.” Cepat-cepat Hana menjawab.

Saat itu, Hana teringat kembali bagaimana criminal profiler bekerja. Mereka menggunakan teknik tertentu untuk mengidentifikasi penjenayah dengan menganalisis keperibadian dan karakteristik perilaku berdasarkan analisis kejahatan yang dilakukan. 

Untuk membuat criminal profiling atau dalam bahasa Melayunya profilan jenayah, ada tiga cabang ilmu berkait dalam proses penghasilan criminal profiling itu sendiri iaitu psikologi, forensik dan kriminologi.

Dari sudut psikologi, profil jenayah dibuat untuk mengetahui keadaan mental, demografi dan sebab jenayah dilakukan. Ia lebih menumpukan pada latar belakang dan kisah hidup pelaku. Dari sudut forensik pula, profil jenayah dibina berdasarkan bahan bukti di tempat kejadian dan memberi tumpuan kepada cara dan kesan jenayah tersebut.

Kemudian dari sudut pandang ilmu kriminologi, profil jenayah dibuat untuk mengetahui bagaimana jenayah boleh berlaku. Ia tidak mengambil kira pembentukan ciri-ciri penjenayah; sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada pembinaan kronologi kejadian.

“Patutlah mudah benar dia tahu saya ni polis. Ingatkan puan yang beritahu dia.” Saat ini, barulah Hana faham kenapa identitinya mudah benar ditebak oleh lelaki itu. Tapi satu lagi yang dia tidak faham iaitu kenapa Eve, Ren Hau dan Grace juga boleh tahu identitinya.

“Tak ada kerja aku nak bongkarkan identiti kau kat dia,” balas DSP Haireen.

“Saya ingat macam tu sebab Eve dan geng dia awal-awal lagi tahu saya ni polis,” kata Hana lagi.

DSP Haireen terus tersengih melihatkan Hana. Buat seketika, dia menggeleng seraya mengeluh perlahan. Hana, Hana. Banyak benda lagi gadis itu perlu belajar untuk menjadi polis terbaik.

“Aku tak hairan pun mereka boleh tahu identiti kau,” katanya pula.

“Kau kena ingat satu aje Hana. Rayyan itu bukan orang biasa-biasa. Luarannya orang nampak dia sebagai Pengarah Jabatan Sumber Campbell Corporation dan juga ketua bodyguard syarikat tu. Tapi, dia ada rahsia lain,” beritahu DSP Haireen dengan senyum senget.

“Hah? Identiti dia sebagai criminal profiler tu ke?” Semakin Hana berasa ingin tahu.

“Itu satu. Yang satu lagi, selain Ren Hau, Grace Bai dan Syafiq Azzim, dia ada ramai lagi orang bawahan terlatih. Semuanya bukan calang-calang bodyguard. Sebab tu Campbell Corporation ni gah dengan kawalan sekuriti yang ketat, baik online ataupun offline.” DSP Haireen berjeda sebentar.

“Dengar kata, ada hacker yang bekerja dengan dia. Orang bawahan dia tu pula rata-ratanya bekas polis dan tentera yang memilih untuk bersara awal. Mereka semua ni memang Rayyan rekrut khas untuk jaga keselamatan keluarga Campbell dan syarikat tu sendiri,” sambungnya pula.

HELLO, ABANG BODYGUARD! [REVAMP]Where stories live. Discover now