[ 023 ]

43 17 0
                                    


    | ♬ATEEZ-THANKS YOU |

                ••••••••••••••••••

Jieun merenung pokok bunga yang segar dihalaman rooftop syarikatnya  , hatinya sedikit tenang bila melihat keindahan suasana bandar seoul . Dengan burung-burung yang berkicauan di atas udara  . Ya  , jieun kalau marah dia akan tenangkan dirinya dengan memerhati suasana di sekitarnya  .

"A.. Agasshi "tegur seseorang. Terus lamunannya terhenti setelah munculnya kehadiran seonghwa bersama dengan tangannya memegang erat bungkusan plastik makanan yang dibeli olehnya  , niatnya nak ajak jieun makan tengah hari disebabkan perut dia lapar.

"Oh.. Agasshi nak makan? Saya ada bawakan ayam goreng.. "Kata seonghwa sambil menunjuk bungkusan ayam goreng  .

Jieun tidak berkata apa-apa malahan dia membalas dengan anggukkan kecil  . "Jom kita makan sama-sama "seonghwa menghulurkan sebahagian daripada ayam yang telah siap dipotong ke arah jieun  .

"Gomawo—"balas jieun lalu dia mula mengunyah ayam goreng itu sehingga lumat didalam mulut  .

"Agasshi sedap tak? "Soal seonghwa ceria  , dia fikir jieun tu kanak-kanak kah nak tanya bagai..

"Ayam semestinya sedap.. "Balas jieun , fokus menikmati kerangupan ayam goreng  .

"Urmm—agasshi saya beli air dekat bawah ya  , terasa haus pula..nanti saya kembali semula "minta seonghwa  , jieun angguk kecil  .

Bayangan seonghwa mulai menghilang daripada pandangannya  , nasib ada cafe dekat tingkat 3 tak adalah mengambil masa yang lama untuk seonghwa  . Sementara menunggu seonghwa  , jieun sibuk menikmati makanannya sehinggalah anak matanya terpandang sesuatu  .

Ianya adalah smartphone milik seonghwa yang tiba-tiba skrin bernyala dan jieun ternampak wallpaper pada telefon seonghwa adalah muka dia dan seonghwa  , waktu mereka dekat taman wonderland.

Jieun menelan kelat ayam yang dikunyah dalam mulutnya itu  . Dia memandang skrin telefon seonghwa sehinggalah skrin tu terpadam sendiri  .

"Eo? "Jieun mahu mencapai telefon milik seonghwa tetapi niatnya terbantut apabila tibanya kehadiran seonghwa yang selesai membeli air mineral  .

"Mian , kalau lambat..nah  , saya belikan untuk agasshi sekali "seonghwa meletakkan botol mineral pada hadapan jieun  . Jieun tersenyum kelat  , didalam hatinya sudah tertanya-tanya . Adakah seonghwa suka dia? Pfft, perasan jieun  .

"S—seonghwa "panggil jieun perlahan  , seonghwa melirik anak matanya memandang wajah cantik jieun dihadapannya  . Pada masa yang sama  , tiba-tiba jantungnya mula berdegup kencang bahkan seperti ingin tercabut  . Lama juga dia termenung memandang jieun yang berdiam diri tu  .

"Oh"jieun mula bersuara kian mereka berdiam  . Suasana janggal  .

"Awak.. Awak ada suka seseorang kah? "Soal jieun ragu-ragu . Seonghwa mengeluh perlahan  .

"Oh  , entahlah agasshi.. Pada masa yang sama  , saya suka orang tu tapi.. Saya takut kalau dia tak suka saya.. "Balas seonghwa sambil tersengih kecil  .

"Kalau awak suka dia  , kenapa awak tak luahkan sahaja perasaaan awak.. Mana tahu dia suka awak juga ke? "Kata jieun . Hatinya dah berdebar-debar  , tiba-tiba pula dia orang yang seonghwa suka tu ke.. Eh—jieun berangan pula  .

"Hurmm..kalau saya luah pun  , mesti dia tak suka saya..jadi, saya taknaklah bertepuk sebelah tangan.. "Seonghwa menunduk wajahnya pandang bungkusan ayam  .

"Oh—"ringkas sahaja balasan jieun. 

"Dan boleh saya tanya...siapa perempuan yang awak suka tu? "Soal jieun . Terus seonghwa terkedu dengan soalan jieun  .

"Ianya rahsia "balas seonghwa  , jantung dia dah nak tercabut bila jieun tanya soalan macam tu  . Ya, dia suka jieun dalam diam tapi dia tak yakin dengan dirinya  .

"Oh—okey"jieun termati kata  .
Nak kata apa lagi dia tak tahu dah  .

"Dan.. Seonghwa.."panggil jieun .

"Hurmm? "

"Dari pandangan awak? Saya ni sejenis macam mana?"soal jieun . Seonghwa memandang jieun yang duduk dihadapannya  .

"Hurmm? Saya tak faham,  maksud agasshi macam mana? "Soal seonghwa yang kurang faham dengan soalan jieun.

"Apa pendapat awak tentang diri saya? "Soal jieun lagi.  Seonghwa berfikir sejenak  , dia perhatikan gadis dihadapan dia manakala jieun sudah tertunggu-tunggu dengan ayat yang bakal akan dilemparkan oleh seonghwa.

"Saya rasa urmm, dari luaran awak nampak dingin tapi dalam masa yang sama awak baik...dan c-cantik?awak lemah lembut bila layan saya itupun kadang-kadang.. Dan saya rasa itu je kot "jelas seonghwa , itu sahaja yang dia dapat beritahu  . Ayat tu je yang terngiang di dalam fikirannya  .

Jieun melepaskan keluhan berat  , hampa dengan jawapan seonghwa yang terlalu ringkas dan normal baginya  .

"K—kenapa agasshi tanya? "Soal seonghwa pula  .

"Saja.... "Jieun tersenyum kelat. Kecewa gituuu—

"Sebenarnya , awak lebih baik daripada pandangan saya dan awaklah gadis yang telah mencuri hati saya sekarang.. "Desis hati seonghwa.

                •••••••••••••••

Anak mata wooseok melilau mencari kelibat seseorang yang berada di bar mini  , cari punya cari akhirnya dia jumpa juga bayangan susuk tubuh yang sangat dia kenali  . Seungyeon yang berada di meja bar minuman  . Wooseok menghampiri seungyeon  .

"Stress je mesti minum tak ada kerja lain.. Ni kau asal tiba-tiba mabuk pula.. Mesti ada sesuatu yang tak kena an? "Soal wooseok lalu mengambil tempat disebelah seungyeon  .

"Dia.. Dia dah tak suka aku dan dia langsung tak nak tengok muka aku lagi  , apa salah aku?"sayu sahaja nada suara seungyeon berkata walaupun matanya redup-redup saja sebab dia dah masuk dalam alam khayalan  . Gitu gue merepek gais—

"Urmm.. Dia dah tak nak tengok muka kau  , so kau tak payah lah munculkan diri depan dia lagi  , hurm? "

"Kau senang je cakap  , hati aku masih tak tenteram tau tak.. Dia tumbuk muka aku.. Kau apa tau "bentak seungyeon.

Hampir tersembur air yang baru sahaja diminum oleh wooseok  , pfft kena tumbuk.

K tak lawak..

"Hahaha  ! Aku rasa memang tak patut pun kau merayu dekat dia lagi sebab kau dah tak ada harapan.. So, mengalah jelah yeon  . Kalau kau masih berdegil juga  , tak pasal tubuh kau pula kena boom dengan dia.. "Kata wooseok sempat lagi dia ketawakan seungyeon  . Patutlah dia perasan yang pipi seungyeon warna ungu macam lebam  .

"Kau tak faham aku~~"sendu je hidup seungyeon  . Dia minum segelas lagi wain. 

"Ishh,  kau ni dah lah mabuk.. Rasa menyampah pula layan kau ni...sia-sia je aku beri kata-kata yakin tapi malangnya.. Langsung dia tak maafkan kau...pfft — kau ni terima jelah kenyataan yang dia tak suka dekat kau lagi "dalam nada selamba sahaja wooseok berkata . Dia memang pandai cakap je  .

"Kalau boleh an  , aku nak sumbat je ni masuk dalam mulut kau tu "ugut seungyeon
yang acah-acah mahu sumbat gelas dalam mulut wooseok  .

"Pape rojer gue balik dulu  , ni aku dah siap telefon pemandu untuk hantar kau balik.. K bye"
Wooseok mempamitkan dirinya  . K wooseok memang tak faham perasaan orang sekarang ni—

                 →to be continued





【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now