[ 007 ]

49 19 0
                                    


        |♬ITZY - WANNABE |

                 •••••••••••••••••••

"Uh ya  , saya memperkenalkan ini anak perempuan saya  , lee jieun "Puan Lee menepuk bahu jieun yang duduk disebelahnya , manakala jieun sudah mempamerkan wajah bosan  .

"Wow  , lawanya anak perempuan kamu ni  , agaknya memang sesuai kalau dijodohkan dengan anak lelaki tunggal kami "Tuan park tersenyum memandang wajah cantik jieun  , dengar sahaja ayat 'jodoh 'terus membuatkan jieun terasa nak muntah hijau  . Sungguh merepek orang tua ni  .

"Uh—kamu ada anak lelaki kah? Kami tak pernah tahu pula yang kamu ada seorang anak lelaki "Tuan lee dan isterinya Puan Lee terkejut bila keluarga park mengatakan yang mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal  . Sungguh mereka tidak tahu dan baru hari ni mereka baru tahu fasal itu .

Waduh ayat keling—

"Tu sebab korang tak pernah nak ambil tahu  , ishh tak apa saya perkenalkan anak lelaki kami.. "Tuan Park memanggil anak lelaki nya yang berada dimeja tidak jauh daripada meja mereka duduk  .

"Park juyeon  ! Mari sini sekejap  !"

Anak lelaki nya yang perasan apabila namanya dipanggil terus dia menghayunkan langkah ke arah meja keluarga lee duduk  .

Dia menunduk hormat terdahulu. "Ini anak kami  , park juyeon.. "Puan park memperkenalkan nama anaknya dihadapan keluarga park  .

Jieun yang tadinya memandang ke arah lain kini dia  memberanikan dirinya untuk menongkat dagu memandang lelaki kacak dihadapannya  .

Lelaki yang bernama juyeon itu turut sama memandang jieun  , iris mata mereka bertentang buat seketika  . Kamudian  , jieun mengalih pandangan ke arah berlainan  .

"Juyeon  , ini appa perkenalkan anak perempuan keluarga lee  , lee jieun  ..."Puan Park memperkenalkan jieun kepada anak lelaki nya  .

Juyeon mengangguk lalu dia mula menyapa jieun ramah  . "Selamat berkenalan jieun "dia menarik senyuman nipis  . Jieun sekadar berdiam diri  .

"Juyeon kalau boleh kamu bawakan lah jieun jalan-jalan sekitar tempat ni  , mana tahu kamu boleh berkenalan dengannya ke? "Cadang Tuan Park , juyeon sekadar akur dengan cadangan si appa  .

"Iu pergilah ikut juyeon "pinta puan lee  , jieun memandang orang sekeliling meja mereka  . Masing-masing mengangguk menyuruh jieun mengikuti juyeon  . Entahlah kemana nak pergi  . Sekarang dia tengah sibuk cari kelibat seonghwa.  Mana lah lelaki tu pergi sekarang  .

"Uh baiklah "balas jieun perlahan  , dia mula membangkitkan dirinya dari duduk  . Gaun labuhnya dibetulkan supaya tidak kelihatan selekeh  . Iyelah dia dari tadi asyik duduk je.  Nak bangun pun malas  .

Mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan kawasan dewan  , juyeon membawa jieun ke luar kawasan iaitu kolam air pancut  .

Suasana antara mereka berdua agaklah janggal dan sunyi  , masing-masing tidak tahu ingin bualkan apa  . "Umur awak berapa? "Juyeon memberanikan dirinya untuk bersuara  , dia cuba untuk memecahkan suasana sunyi antara mereka  .

"Atas 20-an "ringkas sahaja jieun membalas  .

"Wah  , maknanya kita ni sama lah.. Saya pun atas 20 juga.. "Juyeon tersenyum teruja  . Jieun mempamerkan wajah menjengkelkan  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now