"Saya dah lewat.. Kita cakap lain kali sahaja "jieun mula bangkit daripada kerusi tetapi dihalang oleh seungyeon . Jieun tidak memandang wajah seungyeon dihadapan nya  . Dia pandang lantai dibawah  .

Seungyeon turut sama berdiri dihadapan nya  . "Saya masih sayangkan awak walaupun sudah bertahun-tahun kita tak berjumpa , sayang saya terhadap awak tak pernah pudar.. Lee jieun "tutur seungyeon , dia pandang jieun yang menunduk kepala ke bawah  .

"Mian  , hati saya dah lama tertutup untuk awak..sekarang hati saya terbuka untuk seseorang yang saya mula sayang..dan bukannya awak lagi.."Kata jieun lalu dia beredar daripada situ meninggalkan seungyeon .

                  •••••••••••••

"BWOAH KAHWIN  !"hampir tercekik seonghwa bila kawannya dua orang tu nak berkahwin tak lama lagi  .

Yeosang dan in ah mengangguk ."haah nanti kau datang lah majlis kami hujung minggu ni.. Lagipun orang tua kitorang semua dah restu dengan hubungan kitorang ni "kata yeosang sambil tersengih-sengih dihadapan seonghwa.

"Jadi korang dah tak tinggal sini lagi lah? "

"Tak  , kitorang dah beli rumah sewa.. Lepas kahwin kitorang pindah.. "Kata in ah pula  . Seonghwa angguk kecil . tak sangka pula dua ekor yang mulanya musuh tiba-tiba boleh bersama pula  . Lebih-lebih lagi nak kahwin pula  . Waduh kesianlah orang single macam seonghwa ni  .

"Nanti datang ya  , yang lain semua datang.. "

"Iyelah  , kalau ada freetime aku datanglah majlis korang tu"kata seonghwa lalu menggeleng kecil.

"Bye kami blah dulu "minta yeosang dan in ah  , mereka terus keluar daripada cafe tersebut  . Ini pun yeosang yang suruh dia datang sebab nak kata sesuatu  , rupanya nak jemput dia ke majlis kahwin  .

"Asal aku cemburu pula dengan diorang tu "omel seonghwa terasa sendu pula dia ni  ..

"Aku pun tak sangka yang yeosang tu nak kahwin "mencelah yunho dan mingi  , btw ni cafe milik yunho . 

"Korang dia jemput sekali ke? "

"Ofcourse lah dia jemput kita kan kawan rapat dia.. "Balas mingi sambil menghirup air kopi yang dibuat olehnya  . Mentang-mentang tu cafe yunho  , suka hati dia je nak buat apa  .

"Apalah hyung ni "sampuk yunho.

                ••••••••••••••

"Saya masih sayangkan awak jieun "

Ayat-ayat yang dilemparkan oleh seungyeon mula terngiang-ngiang di dalam kotak ingatannya . Adakah benar kata-kata seungyeon yang dia masih sayangkan jieun ataupun hanya pura-puraan sahaja  , itu yang jieun fikirkan sekarang. 

"Aku benci bila kau muncul dalam hidup aku.. "Jieun mula bersuara  , dia merenung langit yang berwarna putih kebiruan .
Dia tak suka bila seseorang itu hanya berpura-pura suka pada dia malahan langsung sedikit pun tidak cintakan dia  , dia benci dengan semua tu lagi-lagi lelaki itu yang pernah mungkir janji dengannya  . Lagilah dia benci sepanjang hidup dia  . Sedikit pun hatinya langsung tak tersentuh dengan kata-kata rayuan seungyeon  .

Tengah syok jieun termenung lama , tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk oleh seseorang.

"Jieun boleh aku masuk tak? "Tanya suzy yang berada diluar pejabat jieun.

"M.. Masuklah "sahut jieun.

Suzy pun menapak masuk ke dalam pejabat jieun  .

"Ada apa? "Soal jieun  .

"Ni ada orang nak jumpa kau  , aku pun tak kenal siapa lelaki tu.. Aku dah bagitahu yang kau sibuk sekarang tapi di mendesak aku nak jumpa kau juga.. Nak bawa dia masukkah? "Jelas suzy panjang lebar  . Jieun mentaut dahinya hairan  , siapa pula yang nak jumpa dia tu  .

"Hurmm. "Jieun mengangguk kecil  .

"Sekejap aku panggil dia "suzy mula menapak keluar semula  .
"Siapa pula yang nak jumpa aku? Takkan seonghwa tapi suzy mesti kenal "omel jieun pelik  .

Tidak lama menunggu  , pintu pejabat jieun dikuak oleh seseorang. Jieun sudah tertanya-tanya siapa yang nak jumpa dia tu  . Bila dia dapat lihat kelibat insan tersebut  , jieun merengus geram  .

Ya  , ianya seungyeon lagi—

"Jieun—"panggil seungyeon lembut sambil langkah dia maju kehadapan menghampiri jieun  .

Jieun tidak berkata apa-apa tetapi dia mengundur-undur langkahnya ke belakang setelah seungyeon makin dekat dengannya  .

"Kau nak apa datang sini ha? "Jieun mula menyoal seungyeon.

"Saya.. "

                       →to be continued















【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now