Terus yeosang terkejut dengan kata yang baru sahaja dilemparkan oleh seonghwa  . "Gila ke? Dia tu dahlah perempuan "bantah yeosang yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan seonghwa  .

"Sang  , apa salahnya kita nak tolong orang? Dia kan sekarang tengah susah , kita kenalah saling membantu kawan "bebel seonghwa membuatkan yeosang mengguling bebola matanya ke atas  .

"Gomawo seonghwa sshii"in ah tersenyum lebar  .

"Kau duduk dekat bilik tetamu,  jangan sepahkan pula "pesan seonghwa  , in ah mengangguk gembira  .

"Wah baik nya hati hyung ni "puji yunho sambil menepuk atas dadanya  .

Yeosang terus masuk ke dalam biliknya dengan muka masam mencuka  , dia tak suka kalau perempuan tinggal serumah dengannya  . Lagi-lagi orang macam in ah tu sejenis yang serabut dan kecoh  .

"Jangan berani masuk bilik sang "pesan yeosang yang baru sahaja nak masuk ke dalam biliknya  .

"Eleh siapa je yang nak masuk "sindir in ah perlahan  . Menyampah pula dia dengan yeosang ni  .

"Macam kau tak tahu perangai budak yeosang tu  , dia memang mengada "mingi menggeleng kepalanya  .

"Hyung pergi kerja dulu lah "minta seonghwa  .

"Eh? Hyung kerja apa pula? "Soal yunho yang tidak tahu . Mereka memandang seonghwa yang berada dipermukaan pintu .

"Jaga anak orang" balas seonghwa kemudian mempamitkan dirinya tanpa mendengar banyak soalan yang bakal akan ditanya oleh mereka  .

"Apa bendalah jaga anak orang macam tak ada kerja lain "

"Entah-entah dia kerja buat anak "teka mingi  .

"Pale bana kau lah "setepek kepala mingi kena hentak dengan beg sandang in ah  . Benda negatif pula yang dia tengah fikirkan  .

"Ahhhhh... Sakitnya "ngaduh perlahan mingi sambil menggosok belakang kepalanya yang terkena pukul  .

                ••••••••••••••

Jieun duduk di pondok halaman rumah agamnya  , seperti biasa dia akan menulis sesuatu dalam buku diari miliknya . Angin pada waktu malam mula menerpa tubuh jieun membuatkan tubuhnya yang sedikit hangat itu terus terasa dingin  .

"Ahhh.. Kenapa malam ni sejuk semacam je? "Omel jieun sambil memeluk tubuhnya , hari ni cuaca suhu sejuk sangat daripada suhu yang semalam .

Jieun mula menyarung jaket tebal pada tubuhnya supaya kurang sikit rasa suhu kesejukkan . Manakala tangannya berggigil-gigil mahu memegang sebatang pen  . Dia meniup perlahan tangannya yang mengigil itu .

"Huhuuu—"kemudian dia menyelup tangannya ke dalam poket jaket untuk menghilangkan rasa kesejukkan ditangan  .

"Patut ke aku masuk  , nampak macam cuaca sejuk sangat pula"jieun akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke dalam rumah agamnya semula . Lantas dia mengemas barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam kotak berwarna ungu  .

Dia mulai turun daripada anak tangga pondok  , baru sahaja dia mahu mengambil langkah pertama , dia terasa ada benda putih telah mendarat pada atas kepalanya  .

"Eo? "Tangannya merasa benda putih yang baru sahaja jatuh atas kepalanya  . Terasa sejuk bila disentuh dengan tangan  .

Jieun mendongak kepalanya memandang langit di atas  , terus dia tercengang  .

"Salji turun? Musim sejuk dah tiba"

"Agasshi  !"panggil seonghwa yang berlari anak menghampiri ke arahnya  .

"Sekarang musim sejuk jadi lebih baik agasshi masuk bilik panaskan badan dengan penghawa haba"kata seonghwa disaat dia tiba dihadapan jieun.

Semakin lama salji mulai turun dengan lebatnya membuatkan suhu menjadi lebih dingin  . Angin dingin mula meniup-tiup menerpa tubuh hangat mereka berdua  . Rambut jieun yang terurai panjang itu turut menerbang mengikut pengerakkan angin  .

"Kita masuk agasshi "ajak seonghwa apabila tubuhnya mula terketar-ketar  , lagipun dia lupa bawa jaket tebal jadi dia terpaksa tahan dengan tiupan angin sejuk  .

Baru sahaja seonghwa mahu mengorak langkah pertama  , jieun terdahulu menarik lengannya  , tubuh seonghwa automatik berpusing menghadap wajah cantik jieun  .

"Kenapa agasshi? "Soal seonghwa hairan. Bila jieun tiba-tiba menarik lengannya  .

"Nah—saya tahu awak terpaksa tahan kesejukkan "jieun meletakkan pack pemanas pada tapak tangan seonghwa  .

"Oh—agasshi punya tak ada ke? Agasshi pun sejuk juga, tak apa saya boleh tahan "ragu-ragu sahaja seonghwa mahu menerima pemberian jieun  .

"Arhh jangan risau  , saya ada jaket hangat so kurang rasa kesejukkan"kata jieun  , seonghwa sekadar mengangguk.

"Gomawo agasshi "ucap seonghwa lalu mengonyangkan pack pemanas itu  , barulah terasa hangat sedikit tubuhnya yang tadinya dingin  .

               •••••••••••••••••

"EO? SALJI TURUN LAH  !"teriak in ah yang duduk di halaman balkoni  , dia memandang salji yang mula turun dengan lebatnya. 

"Wah patutlah aku rasa dingin je dari tadi  , rupanya salji nak turun "in ah tersenyum lebar  . Dia melompat-lompat seperti seorang yang tak pernah melihat salji  , dengan kelakuannya yang begitu  . Ada sepasang mata sibuk memerhatikannya dari jauh tak lain tak bukan ianya kang yeosang  .

"Sah gila budak tu "ucap yeosang sambil kepala diggelengkan perlahan-lahan  .
"Ha kau usya apa yeosang? "Sergah hongjoong yang kebetulan baru lepas keluar daripada tandas.

Terkejut yeosang dibuatnya nasib dia tak mati awal hari ni. Dadanya diusap-usap lembut untuk menenangkan dirinya. "Hyung ni  , suka sangat kejutkan orang.. Mana tahu tiba-tiba sang kena serangan jantung  "marah yeosang  , geram dengan perbuatan hongjoong  .

"Maaf ya sang—"hongjoong menepuk bahu sasa yeosang sebelum mempamitkan dirinya  .  Selepas bayangan hongjoong menghilang daripada pandangannya  , yeosang kembali memandang ke arah bayangan in ah.

Situasi tidak dijangkakan apabila mata mereka bertembung antara satu sama lain  , lantas yeosang mengalihkan ke arah lain  . "Ahhhh—"yeosang menggosok belakang tengkuknya , dia masuk ke dalam biliknya semula. Dengan muka poker dia tu  .

In ah yang berada dihalaman balkoni sekadar memerhatikan sahaja susuk tubuh yeosang. "Dia perhatikan aku ke? Ataupun salji di luar? Huh perasan betul aku ni"

Kepala digelengkan perlahan untuk menafikan andaianya  .

"Malam ni suhu sangat dingin  , rupanya salji akan turun "

              → To be continued

















【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now