"Urmm—by the way awak kerja apa eh? "Soal juyeon lagi .

"Saya.. Bekerja di rumah "balas jieun selamba  , dia bukan kisah pun ada kerja ke tak  . Janji dia boleh bernafas di dunia ni . Pfftt—

Juyeon mengangguk perlahan  , bibir bawahnya digigit lembut.  Suasana menjadi sunyi menyepi semula hanya kedengaran bunyi air pancuran sahaja  .

"Saya rasa ...."ayat jieun tergantung setelah anak matanya tertangkap pada susuk tubuh yang agak dia kenali  . Juyeon disebelah hanya menunggu sahaja ayat yang mahu disampaikan oleh jieun  .

"Kalau mereka tanya saya ke mana  , awak tolong sampaikan dekat mummy dan daddy saya.. Yang saya balik dulu  , lagipun hari dah lewat "minta jieun yang sudah terpinga-pinga  , entahlah apa yang dia nak cepatkan sangat.

Juyeon tercengang seketika. "Eo? Araesso "balas juyeon  , terus jieun meninggalkan kawasan situ  , dia mengejar bayangan seonghwa yang baru sahaja nak masuk dalam perut kereta . Mungkin seonghwa penat menunggu dia  , kesian.

Seusai tiba ditempat kereta seonghwa parkir  , jieun mengaturkan nafasnya yang sudah tercungap-cungap . Selepas aliran pernafasannya kembali normal  , dia memandang wajah kacak seonghwa yang terkaku didepan pintu kereta  , mungkin dia terkejut sebab jieun tiba-tiba muncul  .

"Oh agasshi  "seonghwa kembali seperti biasa . Dia berlari ke arah jieun  . Pintu kereta seat belakang dibuka olehnya  .

"Agasshi dah nak balik kah? "Soal seonghwa disaat pintu kereta sudah terbuka luas  .

Lantas jieun masuk ke dalam perut kereta  , soalan  yang dilemparkan oleh seonghwa dibiarkan tertunggak macam tu je  . "Tutup pintu "pinta jieun  . Tanpa membuang masa  , seonghwa menutup pintu kereta dan dia pula kembali ke seat pemandu semula  .

"Tuan dan puan lee tahu kah yang agasshi nak balik? "Soal seonghwa lagi  .

"Awak ni nak balik ke tak? Ke nak tunggu dekat sini sampai esok ?"sindir jieun . Dia mengipas berkali-kali wajahnya menggunakan tangan  . Letih pula sebab lari  .

"—baiklah agasshi "balas seonghwa  , dia mula menghidupkan enjin kereta  . Selepas enjin dipanaskan  , seonghwa menekan minyak kereta pula . Laju sahaja keretanya meninggalkan kawasan situ  .

                  ••••••••••

Disepanjang perjalanan mereka berdua hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang dipasang  , manakala mereka berdua hanya berdiamkan diri sahaja . Seonghwa fokus memandu dihadapan manakala jieun melelapkan matanya yang mula terasa berat  .

"Seonghwa , Park seonghwa "panggil jieun dalam keadaan mata yang masih dilelapkan  .

"Ya Agasshi "sahut seonghwa setelah namanya dipanggil oleh jieun  .

"Urmm ........"

"Boleh tolong belikan coffe latte untuk saya ?"minta jieun.  Tiba-tiba pula tekaknya terasa haus dan mengidamkan air kopi  . Sudah bertahun-tahun dia tidak merasai kepahitan air kopi semenjak En. Byungon tiada  .

"Boleh  , nanti saya berhenti dekat mana-mana cafe yang buka 24jam  "balas seonghwa  , dia fokus memandang kiri dan kanan  , mana tahu ada ke cafe yang masih buka lagi . Hairan juga dia dengan majikannya ni  , lewat malam manalah ada cafe yang buka .

"Seonghwa—"panggil jieun lagi  .

"Ah ya agasshi "sahut seonghwa lagi  .

"Tolong berhenti dekat kedai 24jam "pinta jieun  . Terus tak jadi dia nak minum air kopi malam ni  , baru sedar yang cafe tak buka pada larut malam  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now