"Buat kerja elok-elok ... Hahha "jieun ketawa hambar  , lucu pula tengok reaksi wajah seonghwa yang terkejut beruk tu  . Dia menepuk perlahan bahu seonghwa sebelum menapak pergi dengan hati yang tenang. 

Selepas bayangan majikannya mulai menghilang daripada pandangannya  , seonghwa terduduk berlutut kemudian dia menangis tak berlagu. 

"Tali leher kesayangan aku  , sampai hati dia buang macam tu je.. "Seonghwa merenung bekas tali lehernya yang kini berada di dalam tong sampah  , tadinya elok bersih terus mempunyai kotoran akibat dipijak  .

Dari jauh jieun tersenyum puas melihat tingkah laku seonghwa yang tengah berdrama disitu. Dia memeluk tubuhnya  , jahat sungguh jieun ni  .

"Wah first time saya nampak awak senyum lebar macam ni "tegur hyunjae yang kebetulan lalu dikawasan situ. 

Terus senyuman jieun pudar apabila tibanya kehadiran hyunjae  , jieun yang tadinya gembira terus menukar moodnya kepada ice cold semula  .

"Tak mengapa sekurang-kurangnya saya dah dapat lihat senyuman awak  , cantik "hyunjae mula memuji jieun dengan ayat-ayat romantik. 

"Rasa nak muntah hijau pula "balas jieun kemudian mengorak langkahnya yang tergendala tadi  . Sempat juga dia menjeling wajah hyunjae  .

"Saya suka mood ice cold awak! "Jerit hyunjae dari jauh.

Jieun sekadar mengabaikan sahaja si hyunjae tu  , malas mahu dilayan budak lelaki macam tu  .

                   •••••••••

"Agasshi saya ada bawakan tea panas untuk agasshi  , jemput minum "soram menghidangkan cawan tea di atas meja yang terdapat pada balkoni bilik jieun  .

Lantas tangan jieun mencapai cawan tea yang masih panas lalu dihirupkan di dalam mulutnya tanpa meniup.

"Auchh—panas "jieun mengaduh perlahan  , dia menjelir lidahnya yang melecur akibat terkena air panas  .

"Agasshi tiup dulu sebelum minum ya  , nanti melecur pula.. "Pesan soram  , jieun pun mula meniup perlahan air tea supaya suhu panas kekurangan dan senang untuk dia minum .

"Oh ya agasshi . Saya nak beritahu , malam ni agasshi akan turut menghadiri majlis sambutan sempena kenaikan pangkat tuan Park Byungon iaitu kawan cawangan tuan lee di dewan besar company PBG "
Lapor soram panjang lebar menyampaikan kepada jieun.

"Siapa lagi yang turut sama hadir selain mummy dan daddy? "Soal jieun  .

"Saya . Saya akan menemani agasshi sepanjang majlis itu dijalankan,mungkin"balas soram  . Akhir ayat 'mungkin'dia perlahankan supaya jieun tak dengar  .

"Bagaimana dengan pengawai peribadi saya? Dia tak turut hadir kah? Bukankah pengawai kena sentiasa membimbing saya "tangannya mula mengacau cawan tea dengan menggunakan sudu kecil. 

"Oh dia? Saya tak tahu "balas soram dengan suara diperlahankan  .

"Bawa dia sekali "kata jieun , selepas puas mengacau cawan tea dia pun menghirup perlahan  .

"Baiklah "balas soram . "Begitahu dia sekarang "pinta jieun. 

"Baiklah agasshi "soram akur dengan arahan jieun  .

"Dan jangan lupa sediakan persiapan saya untuk ke majlis itu.. "Pesan jieun  . Lagi sekali soram menbalas dengan anggukkan  .

"Saya minta diri dulu "

                   •••••••••

"Eo? Agasshi nak saya ikut dia pergi majlis tu? "Soal seonghwa untuk kepastian  , dia pun tak percaya bahawa jieun minta dia ikut sekali. 

"Iya, ini arahan daripada cik jieun "balas soram sambil mengangguk kepala  .

Seonghwa menoleh ke arah kolam ikan ternakannya , entahlah apa yang dia tengah melamunkan tu  .

"Seonghwa okeykah? "Soal soram apabila melihat wajah seonghwa macam acuh tak acuh sahaja. 

"Eh? Saya okey je lagipun ini arahan cik jieun  , saya tak kisah"balas seonghwa  , dia menarik senyuman nipis  . Manakala di dalam kotak ingatannya  , terbayang-bayang bagimana lah suasana apabila dia berada dekat tempat yang ramai orang berpangkat besar lepastu kaya-raya lagi .

"Seonghwa pakailah baju kemas-kemas  , biar awak nampak kacak di dalam majlis tu nanti..  mungkin cik jieun tergoda dengan awak..hehehe "Soram tersenyum mengusik  , manakala seonghwa memberikan senyuman kelat  . Apalah yang si soram ni merepek dekat dia  . Mungkin ada kalanya benar kata soram itu  .

"Hahaha—okeylah seonghwa sshii  , saya minta diri dulu ya  . Nak siapkan pakaian untuk cik jieun "minta soram  , mereka berdua saling menunduk hormat  .

Kelibat soram mulai menghilang daripada pandangannya , seonghwa merenung lama air pancut yang tidak henti-henti menyembur di dalam kolam ikan  . Kata-kata soram sebentar tadi mula terngiang-ngiang di dalam kotak fikirannya  .

"Mungkin cik jieun akan tergoda dengan awak nanti"

Lantas dia menggeleng kepala  , mana mungkin orang macam jieun akan tergoda dengan dia  . Iyelah jieun tu sejenis perempuan yang sangat luar biasa , lagi-lagi dia tu ice cold. Boleh jadi seram sejuk je seonghwa bila bersama dengan dia . Tapi ada kalanya juga jieun dalam mood baik  .

"Ermm apa-apa jelah "seonghwa tersenyum kelat  , pelik juga tiba-tiba dia fikirkan benda tu pula  .

"Adakah benar kata soram yang jieun akan tergoda dengan aku? Perasan"

                  →To be continued

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now