Tokk~tokk

"Agasshi , boleh saya masuk? "Minta seonghwa yang berdiri dihadapan permukaan pintu bilik jieun .

Tanpa menunggu masa yang lama , daun pintu dikuak oleh pembantu wanita bersanggul kemas itu dengan berpakaian yang nampaknya seperti pembantu .

"Sila masuk "kata pembantu wanita itu , membenarkan seonghwa masuk .

Selepas diminta kebenaran , seonghwa masuk ke dalam bilik tersebut dimana jieun tengah duduk di ruang balkoni nya .

Sesaat tiba dihadapan jieun , dia terus menunduk hormat . "Agasshi nak saya bawa pergi mana-mana tak? Kalau nak , saya boleh bimbing ?"soal seonghwa untuk kepastian majikannya . Jika hendak kemana-mana .

Tapi langsung tiada balasan daripada jieun yang sibuk membaca surat khabar tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya .

Dan nasib ada pembantu wanita yang sentiasa berada disisi jieun , dia tolong membalas soalan seonghwa .

"Seonghwa sshi , cik jieun memang tak suka keluar daripada kawasan perumahan ni.. Jadi dia sudah terbiasa berperap di dalam rumah..kecuali jika mood dia baik"Jelas wanita tersebut yang memang agak tahu perangai jieun , seonghwa mengangguk faham.

"Ouh , selamat berkenalan saya lee soram pembantu cik jieun juga"kata wanita yang bernama soram . Lagi sekali seonghwa sekadar membalas dengan anggukkan kepala nya .

Lee soram (rekaan)

Jieun yang duduk di atas kerusi , mula bangkit berdiri . "Uh agasshi nak pergi mana? "Soal seonghwa setelah melihat jieun seperti ingin beredar .

Lagi sekali langsung tiada balasan yang keluar daripada mulut jieun namun dia terus berlalu pergi . Lantas seonghwa berjalan membuntuti nya daripada belakang . Susah betul kalau dapat tuan yang sejenis berat mulut ni .

Seonghwa berjalan dibelakang jieun sehingga lah langkah mereka terhenti setelah berada dihadapan taman bunga .

"Jangan ikut aku , kau berdiri disini sahaja "pinta jieun yang baru nak mengeluarkan suara .
Dia pandang sekilas sahaja wajah seonghwa .

"Baiklah agasshi , tapi hati-hati ya "pesan seonghwa .

Jieun mula mengorak langkah masuk ke dalam kawasan taman bunga miliknya sendiri , ianya semua tanaman yang dihasilkan daripada titik peluhnya sendiri.

Seonghwa berdiri menunggu disitu , anak matanya tidak lepas memandang gerak geri jieun .

Sementara itu , jieun sibuk merenung bunga ros yang berwarna merah pekat . Kotak fikirannya mula teringat kisa lamanya disebalik bunga ros itu .

|| imbas kembali ||

"Tadaaa... Awak suka tak?ini hadiah sempena ulang tahun awak"Kata lelaki itu sambil tangannya membuka mata jieun yang ditutup olehnya .

Jieun merenung kosong bunga ros yang berada di hadapannya . "Awak tak suka ke? "Soal lelaki itu setelah dia perasan akan riak muka jieun yang langsung tak beri sebarang respons pun.

Wajah lelaki disisi nya dia menoleh lalu perlahan-lahan dia mengangguk kepala tanda dia suka dengan hadiah lelaki itu namun bibirnya langsung tak terukir pun senyuman . Ya, jieun sejenis tidak suka senyum.

"Alaa.. Saya teringin nak tengok awak senyum...awak tak pernah nak senyum dekat saya... "

"Merajuklah saya cam gini-"merungut lelaki itu lalu dia memeluk tubuhnya seperti gaya tengah mengajuk dan menyuruh jieun untuk memujuknya.

Perlahan-lahan jieun mengukir senyuman nipis dengan wajah pasrah nya . "Okey.. Dah puas? "Soal jieun pasrah .

"Haa walaupun muka cam minta penampor pun , lawa juga awak senyum.. Cuba kalau setiap hari macam ni.. Senyum barulah cantik "kata lelaki itu lalu ketawa kecil melihat muka menyampah jieun . Jieun mencebik perlahan .

"Sampai hati ehh"

|| imbas tamat ||

Satu keluhan berat dilepaskan daripada mulut jieun . Ingatan silamnya sering terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran nya . Walaupun sudah berkali-kali dia cuba untuk menghilangkan kenangan silam itu namun masih tidak dapat dipudarkan , dengan apa jua caranya tetap sama .

"Aku.. Aku benci kau tapi.. Dalam masa yang sama susah untuk aku lupakan wajah , suara dan diri kau yang sekarang tersimpan di dalam kotak fikiran aku.. "

"Aku berharap sangat.. Aku dapat melupakan semua kenangan kita bersama.. "Omel jieun bersendirian , anak mata masih setia merenung bunga ros yang masih segar walaupun dah bertahun-tahun berada disini .

To be continued

Sorry kalau mula-mula
Tak best dan bosan, author minta maaf ya...

COMMENT ♡











【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now