15

94 16 3
                                    

Aerin's

" Ahhh penatnya.... "

Kipas dihidupkan dan dihalakan ke arah aku.

Aku duduk sebentar di sofa ruang tamu rumah minhee. Peluh yang mengalir didahi aku kesat menggunakan hujung lengan baju.

Mesti pelik kan kenapa tiba2 je aku penat ni. Tadi aku kemas satu rumah ni memandangkan aku bosan sangat lepas minhee pergi kerja tadi.

Kau bayangkan la rumah minhee yg besar ni aku kemas sorang2 je. Tapi aku rasa bangga sikit sebb aku boleh buat kerja rumah.
Acah2 macam suri rumah berjaya gitewww....

Dalam kepanasan yg melanda aku ini, mataku sempat lagi memandang satu bingkai foto besar yg tergantung gah di dinding rumah aku.

Gambar perkahwinan aku 3 bulan lepas. Kelihatan minhee yg sedang memeluk erat pinggangku dengan lengannya dan kami tersenyum bahagia.

Tapi sayangnya itu semua hanya lakonan yg dipasang oleh kami.

Semua yang menghadiri majlis perkahwinan ini berasa syukur tak terhingga terutama sekali omma dan appa.

Maafkan aerin omma, appa. Aerin tipu kalian berdua. Aerin cuma nak tolong minhee sahaja. Aerin janji akan bawa calon menantu yg sebenar suatu hari nanti.

Air mata yg hampir mengalir aku kesat cepat2 sebelum ia tumpah. Sorry la ter emo kejap sebb aku rasa bersalah tipu parent aku tapi pada masa yang sama aku nak tolong minhee.

Aku bangun ke dapur and masak ramen. Nak makan sorang je wak. Takkan nak masak shell out pulak.

Jujurnya aku rindu dengan parents aku sebab ye la sejak bergelar isteri orang ni aku tak melawat mereka lagi. Lagipun minhee terlalu busy dengan kerjanya di ofis.

Harap ade la hari yang minhee tak busy. Takde la aku sunyi sangat kat rumah ni.

Cakap pasal sunyi ni kan aku teringat pulak waktu awal2 perkahwinan aku dan minhee.

Flashback

Klik!
Pintu rumah agam dibuka oleh minhee. Dia masuk dan menggantungkan kunci di tepi pintu.

Dan aku pula masih melopong di luar rumah. Cantik gilaaa rumah ni. Dengan dekorasinya yang ala2 kebaratan itu membuat kan aku wow sekejap.

Rumah ni dah la 2 kali lagi besar dari rumah aku.

"Eh aerin kenapa awak berdiri kat luar je tu? Jom la masuk,"teguran minhee menyedarkan aku dari lamunan tadi.

Aku pun masuk dengan bagasi aku ditangan.

" Ni rumah awak ke minhee?," soal aku yang masih tak percaya.

"Ya ni rumah saya.Wae? Awak tak suka ke?," minhee jawab dengan raut yg kelihatan bersalah.

"Ani.. awak tak rasa ke rumah ni besar sangat? Mesti awak sunyi kan duduk sini sorang2... Kesian awak," aku menyatakan rasa kesian aku pada minhee.

Walaupun selama ni aku terkurung kat rumah tapi at least aku ade ahjumma lee and pekerja yang lain. Tak lupa juga dengan anak ahjumma lee, si eunsang yang kengkadang datang untuk membantu ommanya.

"Sunyi tu memang la sunyi tapi saya dah ada awakkan sekarang? Buat apa nak sunyi2 lagi. Awak akan temankan saya kan? ," soal minhee dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya.

" Ya saya akan teman awak," balas aku.

"Thanks aerin. Jom la naik tingkat atas, biar saya tunjukkan bilik awak," ajak minhee. Dia naik keatas dan aku mengikutinya dari belakang tapi agak lambat.

Bagasi aku berat banget. Malu pulak nak suh minhee tolong sebb bagasi aku lagi satu pun ada kat tangan dia.

Aku tak tau la apa ahjumma lee ngan omma sumbat dalam ni semalam. Aku dah kemas sendiri and letak barang yg perlu je tapi dorang berdua berkeras jugak nak tolong kemas barang aku.

Nasib aku la kena heret benda ni sampai atas.

Sebaik sampai ke atas, minhee toleh kebelakang dan pandang aku. Aku pulak acah2 cover muka penat ni sebb tanak dia risau.

"Ok, bilik pintu warna putih ni bilik saya, dan pintu yang warna soft blue pulak tu bilik awak," terang minhee.

"Oh maksud awak.. kita tidur asing.... ye?," soal aku gugup.

Minhee tergelak kecil bila mendengar soalan aku.
Kenapa?
Lawak ke kalau aku tanya pasal tu? Aku cuma takut untuk malam ni sebab malam ni kan malam pertama..kami....ahhh apa yg kau pikirkan ni aerinnn....

"Yup kita tidur asing sebb saya tanak pulak awak rasa tak selesa. Ini penting untuk privasi kita berdua. Tapi kalau awak ada masalah pape awak boleh je masuk bilik saya,"terang minhee lagi.

Dan aku pun mengeluh kelegaan. Nasib baik asing. Kalau kitorang sama-sama.... Ok stop pikir kotor😐

"Disebabkan esok saya dah start kerja, saya nak bagitau awak yg awak cuma perlu buatkan saya sarapan je"

"Kenapa pulak?"

" Sebab saya start kerja pagi dan akan balik malam. Saya tahu awak akan rasa bosan jadi saya izinkan je awak nak keluar gi hangout ngan kawan2 ke, tapi inform kat saya dulu tau. Awak tanggungjawab saya sekarang ni"

"Oh macam tu...," sedikit sebanyak aku sedikit hampa sebb aku excited nak memasak.
Tapi tak pe la kalau minhee cakap macam tu. Aku tanak susahkan dia lagi.

"Aerin, saya masuk bilik saya dulu tau. Kalau ada pape masalah panggil je sya," minhee pun masuk dalam biliknya.

Dan aku pun masuk la bilik aku. Takkan bilik minhee pulak 😆

Punggung dilabuhkan sebentar di katil. Mata aku melirik ke arah bagasi aku.

Ya tuhan, banyak nya barang yg aku kena kemas malam ni. Dengan bekalan makanan yg omma bagi seperti tiada hari esoknya.
Confirm sampai esok pun aku tak siap kemas lagi.

Hah cakap pasal esok ni kan, apa aku nak buat esok?

Tak sabar nak tunggu apa yang jadi esok.....
Dah baik aku kemas barang aku sikit2.


Apa yg akan jadi pada aerin hari esok???
Bahagia atau merana yang menanti?
Nantikan sambungannya....😉

Love App 💘 ~Kang Minhee ~Where stories live. Discover now