13

90 13 5
                                    

Aerin p.o.v

"Nama saya Jung Aerin. Umur saya 21 tahun,"aku memperkenalkan diri kepada parent minhee. Seram pulak aku tengok muka tuan kang ni.

Seperti yg aku ngan minhee rancangkan semalam, hari ni kami pergi menghadap parent dia.

Gaiss selamat kan aku dari appa minhee plisss.
Dari tadi dok tenung aku.
Macam nak makan aku pun ade.

Setelah 20 minit kami main tenung2 mata dengan appa minhee, akhirnya appa dia bersuara juga.

"Berapa ringgit minhee bayar awak untuk menipu kami?,"soal tuan kang sinis dan aku tergamam.

Minhee pulak dah membulat mata dia bila appa dia cakap camtu.

Eh pakcik ni...aku ikhlas nak tolong anak dia kot.

"Err awak kalau ye pun jangan la cakap macam tu kat dia. Maafkan kami ye aerin,"omma minhee meminta maaf kepadaku.

"Ahh gwaenchana ahjumma.... Untuk pengetahuan encik,Minhee tak bayar saya dengan duit pun cuma dia kasi saya kasih sayang yg melimpah ruah sepanjang kami bersama ni,"aku menjawab soalan tuan kang tadi dan dengan yakinnya tu semua penipuan aku.

"Betul ke dia girlfriend kamu ni minhee?," soal tuan kang dengan matanya yang memandang tajam kearah minhee.

Err kenapa pakcik ni tanya centu pulakk. Aku tak layak ke nak kawin ngan minhee. Aku tau la muka aku ni cam dak kampung tapi hikss.. ai sedih la diperlakukan sebegini (╥﹏╥)

"Ok kalau macam tu.... "

Ok kalau centu apa?

Haissh tuan kang ni buat saspen la benti kat tengah2 ayat.

"....... kalau macam tu bila tarikhnya?"
Tuan kang tersenyum memandang aku.

Hah tarikh ape ni?
Tarikh befday aku ke?

Omma minhee ngan dia pun saited happy siap tepuk tampar lagi and aku blur tak paham.

"Err maaflah kalau menanya tapi tarikh apa yg encik maksudkan ni? Saya tak paham" dan aku pun bertanya dengan polosnya.

"Aisshh awak ni. Tarikh kawin kita la" terang minhee dengan saitednya. Dan dia peluk aku erat.

Dia peluk aku wei!
Jap ni lakonan ke bebetul ni?
Kenapa dia tak bagi signal dulu?
Perlu ke aku balas balik?

And akhirnya aku pun balas balik.

Parent minhee hanya tersenyum melihat kemesraan kami berdua.

***

Author p.o.v

Aerin dan minhee sekarang ni berada di kafe.

"Saya tak sangka appa terima awak,"ujar minhee saited.

"Maksud awakk?"

"Kalau awak nak tahu appa saya ni jenis memilih sikit orangnya. Selama ni kalau saya nak kapel ngan dak sekolah saya pun appa yg putuskan kami. Sebb dia kata dia nak yg terbaik untuk saya. Sampai saya pun terpaksa kapel sorok2 ngan sohyeon kat UK,"terang minhee panjang lebar.

" Oh yeke... Haha tiba tiba saya rasa tak layak untuk awak,"balas aerin merendah diri.

"Eh tak la. Jangan cakap macam tu. Awak cantik kott. Rugi siapa yg tanak kat awak," minhee memuji aerin bila dia perasan yg aerin rasa down.

" Thanks. Tapi saya still tak la secantik girlfriend awak,"aerin hanya merendah diri padahal dalam hati tu dah dok bersorak dah orang puji dia cantik. Heh ingat aku tak tau?

#authorsixsense

"Apa pulak cakap macam tu. Awak nak tau tak yang awak ni-- "
Belum sempat minhee menghabiskan ayatnya, phone minhee berbunyi menandakan ada panggilan yng masuk.

Minhee mendapati nombor itu ialah nombor yg tidak dikenali.

"Oh sebentar ye wak," minhee bangun sebentar untuk menjawab panggilan.

"Hello?"

"Hi! Ini ialah panggilan daripada syarikat kami, love app. Adakah ini no. Kang minhee? ," suara seorang perempuan kedengaran.

"Ah na.. nae ini saya kang minhee,"balas minhee.

"Seperti yang telah ditetapkan, tuan dan bakal isteri tuan haruslah datang ke bangunan pejabat kami untuk menandatangani perjanjian. Lokasinya telah kami hantar di wasap. Sila datang segera sebelum perkahwinan kalian berlansung, sekian,"jelas suara perempuan di talian tu.

Minhee kembali duduk di meja.

"Wae? Siapa yg call tadi tu?," aerin menyoal minhee.

"Orang love app. Dorang cakap kita kena dtang syarikat dorang untuk tanda tangan perjanjian. Saya free je kalau nak pergi sekarang tapi awak? "
Minhee memandang wajah aerin untuk mendapatkan kepastian.

"Kalau awak ok saya ok je"

"Kajja kita pergi uruskan sekarang,"minhee bangun dan tak lupa juga dia untuk menarik tangan aerin sekali.

Love App 💘 ~Kang Minhee ~Where stories live. Discover now