"Kenapa kena libatkan aku dalam ni? Bukan salah aku sebab perempuan tu yang cari pasal-"
"Tolong jangan pentingkan diri boleh tak? Kau sedar tak ni semua salah kau Park Jisung?! " Renjun menengking Jisung, membuatkan yang lain hanya terdiam.
Jisung mendecit perlahan. Dia meramas rambutnya, kasar.
Sampai sahaja di tempat itu, mereka keluar dari kereta, pistol dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jaemin berjalan di hadapan dan yang lain membuntuti dari belakang.
Bunyi tembakan dilepaskan membuatkan mereka memandang antara satu sama lain.
"Bodoh, hampir kena aku!" desis Chenle perlahan, dia memegang dadanya akibat terkejut.
Jisung mara ke hadapan dan melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang baru keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Mana perempuan tu? " Jisung menyoal, dia melangkah mendekati lelaki yang terbaring di atas lantai dengan darah yang berlumuran di sekitar perutnya.
Seorang lelaki dari arah bertentangan menyerang Jisung. Jisung yang sedar kehadiran lelaki itu mengelak, tumbukan dihalakan ke arah lelaki itu.
Renjun dan Jaemin mara, manakala Chenle, Haechan dan Jeno berlawan dengan yang lain.
"Bukan kau budak mentah. " dia menumbuk muka Jaemin, namun Jaemin sempat mengelak. Jaemin menendang kasar lelaki itu sehingga jatuh.
"PARK JISUNG EODISSEO?! " satu suara yang tiba-tiba menjerit membuatkan Jisung yang sedang berlawan, memalingkan pandangannya ke arah lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis, kemudian dia menunjukkan Yemin yang berada di tepinya.
Mata Jisung membulat melihat keadaan Yemin ketika itu.
"Ya Yeon Byungjoon! Lepaskan dia! " Renjun cuba mendekatinya, namun lelaki bernama Byungjoon itu melepaskan tembakan ke arahnya dan mengenai lengan Renjun.
"Argh! " Renjun mendecit kuat, dia memegang lengannya yang sudah berlumuran darah itu.
"Renjun-ah! " pantas Jaemin mendekati Renjun, mengangkat Renjun menjauhi mereka.
Jisung menendang semua yang berada di hadapannya, mendekati Byungjoon. Pistol dihalakan ke arah Byungjoon.