CCUK : 01

665 61 38
                                        

Every night in my dreams

I see you, I feel you

That is how I know you go on




BLOUSE coklat muda yang tersarung di badannya itu dia belek untuk kali terakhir sebelum beg tangannya diambil di atas meja solek dan dia membawa langkah turun.

"Mak Teh? Nenek mana?" Ujar Laura sebaik sahaja dia turun dan mencapai sekeping roti yang berintikan jem strawberi itu.

"Puan baru aje keluar tadi Cik Bunga. Dia kata nak pergi pejabat awal." Kata Mak Teh yang merupakan seorang pembantu rumah yang sudah berkhidmat dengan keluarga Laura selama sepuluh tahun.

"Okaylah. Saya pun nak gerak dah ni. Assalamualaikum Mak Teh!" Pamit Laura sambil memasang kasut di hadapan pintu utama.

Sebuah kereta yang sudah lama menunggu di hadapan dia dekati. Kelihatan tunangnya, Haiqal sudah lama menunggu sambil berdiri di tepi pintu kereta.

"Sorry you I lambat." Kata maaf dia tutur kan kepada Haiqal.

Haiqal hanya tersenyum nipis lalu menjawab.

"It's okay."

Selepas kedua-dua mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta, mereka memulakan perjalanan menuju ke Syarikat milik Nenek Laura. Iaitu Mawar Holding.

"Err... You hari ini kita dinner sama-sama nak tak?" Soal Laura dengan harapan yang lelaki itu akan menjawab dengan jawapan yang dia mahukan.

Tetapi malangnya jawapan yang keluar daripada mulut Haiqal adalah tidak.

"Malam ini tak boleh. I busy." Katanya sambil mata masih tertumpu kepada jalan raya.

Laura menghembus nafas perlahan. Bibir tercebik sedikit. Dia tidak nafikan yang tunangnya itu sangat susah hendak dibawa keluar sejak dua menjak ini.

Alasan yang diberi sentiasa sama iaitu sibuk. Laura juga berfikir-fikir sendiri. Lelaki itu sibuk tentang kerja ataupun sebaliknya?

Dia memang tidak mahu masuk campur urusan sebegitu tetapi sebagai tunang dia harus tahu.

"Do you have a meeting with a client?"

"Yes." Jawab Haiqal pendek.

Setelah hampir dua puluh lima minit memandu sehingga sampai ke hadapan bangunan Mawar Holding, Laura memberi salam tetapi tidak dijawab oleh Haiqal.

Dia melangkah ke dalam Mawar Holding dengan hati yang tidak senang. Dia merasakan sesuatu dengan sikap Haiqal itu.

Sampainya dia di dalam bilik pejabatnya kelihatan seorang wanita seumur dengannya sudah berdiri sambil merenung dirinya tajam.

Laura mengangkat kening sebelah sambil duduk di kerusinya. Wajah wanita di hadapannya itu dia pandang sebelum memberi salam.

"Assalamualaikum." Katanya sambil tersenyum manis.

"Waalaikumussalam. Sekarang ini dah pukul berapa? Apasal kau lambat? Kau tahu tak yang kita ada banyak kerja? Aku tahulah kau tu bos tapi bos pun kenalah tepati masa. Masa tu kan emas." Ujar Adila panjang lebar. Senyuman manisnya pagi tadi sudah hilang.

"Okay-okay chill lah. Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Datang bulan?" Laura cuba berbasa-basi dengan mengusik sahabatnya itu.

Adila berdecit perlahan. Fail berwarna biru itu diletakkan di atas meja.

"Ini idea-idea design yang aku dah siapkan. Kalau ada yang tak kena, kau ubah lah sikit-sikit."

"Alright. Nanti aku gabungkan dengan idea aku. Thanks Dila."

"Welcome."

Selepas kelibat Adila sudah hilang di sebalik pintu bilik pejabatnya itu, fail di hadapannya di buka dan kertas di dalamnya dibelek perlahan.

***

"Pa, I don't want to take care of it. Let Faziq do it. I will just manage Grandpa's Cruise." Kata Farieq dengan berani sekali. Dia tidak suka diarah dan dia juga tidak suka mengarah.

"Papa memang dah agak itu jawapan kamu. Okay, kalau kamu dah cakap macam tu Papa dah tak boleh nak kata apa. Kamu buatlah apa yang kamu rasa kamu nak buat." Ujar Dato' Fazlie yang amat mengenali sikap anak bongsunya itu.

"Thanks sebab faham Farieq Pa. Okay, Farieq keluar dulu."

"Kamu pula bila nak faham Papa?"

Terhenti langkah Farieq lalu dia menoleh semula ke belakang. Mata Ayahnya itu dicari.

"I'm sorry Pa." Kata Farieq lalu melangkah keluar dari bilik pejabat.

Dato' Fazlie hanya mempu mengeleng-gelengkan kepalanya. Sikap anak bongsunya dengan anak sulungnya itu amat berbeza sekali.

Di dalam bilik pejabat, Farieq mencapai telefon bimbitnya di dalam kocek seluar dan mendail nombor telefon seseorang.

"Kau dah siapkan semua?" Katanya kepada orang di dalam talian.

"Dah. Aku dah buat semua yang kau nak. Jadi kau bila nak datang sini?"

"Maybe dalam dua tiga hari lagi. Kau tunggu aje aku dekat situ. How is Cruise doing? Okay?"

"Semua okay bro. Kau jangan risaulah. Aku akan jaga sementara kau belum ada dekat sini."

"Thanks Im. Kau memang boleh diharap."

"Small matter bro. Kau tu cepatlah datang sini. Aku sebenarnya tak boleh nak uruskan lama-lama."

"Pfft! Kau jangan buat lawak lah. Macamlah aku baru kenal kau sehari dua. Dahlah cau." Selepas mendapat balasan daripada Zahim, Farieq terus memutuskan panggilan.

Dia masih berdiri di hadapan dinding kaca bangunan milik Ayahnya itu. Kerjanya memang sedikit jika ingin dibandingkan dengan abangnya, Faziq.

"Well. I'm not Faziq."

Cruise Cinta Untuk KitaHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora