"Aku hantar kau sampai depan kelas." Lucas mengangkat keningnya beberapa kali.

Hazel tersenyum lebar.

"Okey!"

"Tapi kan tak kantoi ke kalau aku cabut plastik dekat meja aku itu? Dah lah time macam ini ramai yang dah masuk kelas." tanya Hazel.

"Aku ada pesan dekat Ethan suruh tolong kau cabut plastik itu sekali. Kau datang lambat, so maybe Ethan dah tolong cabutkan sendiri." Lucas tersenyum. Hazel mengangguk kepala.

"Nanti rehat jumpa. Bye." Lucas dan Hazel melagakan tumbukan lalu Hazel melangkah masuk ke dalam kelasnya.

Lucas pula ke bangunan sebelah kerana di situ menempatkan kelas aliran seni bagi setiap tingkatan.

Lucas pula ke bangunan sebelah kerana di situ menempatkan kelas aliran seni bagi setiap tingkatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lucas memerhati bilik pengetua itu. Walaupun sudah banyak kali dia masuk ke situ tetapi tetap sahaja dia memandang sekeliling. Siap dia sudah menghafal posisi barang-barang tersebut.

"Cantik sangat ke bilik saya?" sindir Mr. Freddie. Lucas memandang pengetua sekolahnya itu lalu tersengih.

"Cantik."

Pap!

Terhinjut sedikit bahu Lucas kerana terkejut dengan pukulan rotan di atas meja pengetuanya itu. Garang betul Mr. Freddie ini. Lucas menahan senyumannya.

"Semalam awak dengan geng awak itu pergi mana? Serentak empat orang tak datang." tanya Mr. Freddie.

"Eh ya ke, mister? Sweet lah kami." ujar Lucas dengan nada gurau.

Pap!

"Ada nampak saya main-main, ke?"

"Sikit" Lucas tersengih. Jari telunjuk dan jari ibu dirapatkan tetapi masih ada ruang di antaranya.

Mr. Freddie menahan sabar.

"Baik awak cakap betul-betul. Mana awak berempat pergi?"

"Theo pergi hoki lah, mister. Apa lah mister ini. Mesti lupa."

"Yang lain!" Mr. Freddie sudah menaikkan suara kerana geram dengan Lucas yang tidak serius itu.

"Ethan demam. Jayden ada selesema. Saya pula gastrik. Kita orang dah bagi surat cuti sakit lah mister dekat guru kelas." balas Lucas. Dia tersengih. Sekali-sekala menipu apa salahnya?

Dua hari lepas, Ethan ada mengambil empat helai surat cuti sakit. Berkat Encik Einsteirn menjadi doktor. Sebenarnya itu cadangannya.

Jadi mereka membuat sendiri alasan dan tandatangan. Ethan juga yang lakukannya kerana dia pandai meniru tulisan doktor. Hazel pula ditulisnya pening kepala.

Jadi semalam mereka menyuruh Theo meletakkan surat cuti sakit tersebut di meja guru kelas sebelum dia pergi ke perlawanan hokinya. Bijak bukan?

"Itu saja ke soalan yang mister nak tanya?" tanya Lucas. Mr. Freddie memandang tajam Lucas.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now