MINE

682 62 10
                                        

"Twinkled twinkled little eyes,
How I wonder what you found,
Up above the corpse hung high,
Bloody bodies on the ground."

~~~

Sreett...

Aku menutup telinga.

Bunyi yang terhasil dari sejenis objek bergesel dengan lantai simen itu membingitkan deria pendengaranku. Namun apa yang mampu membatasi bunyi nyaring itu adalah bunyi daripada degupan jantungku sendiri. Dapat aku rasai darahku berderau ke seluruh anggota tubuhku. Panas. Suhu badanku menginjak. Panik menguasai segalanya.

Untuk seketika bunyi seretan itu terhenti. Tepat di hadapan pintu bilik di mana aku menyembunyikan diri. Hawa dari ketakutan dan putus asa mulai menerpa jiwa.

Hah! Jangan di sini! Tolonglah!

Hatiku berdoa sekuat hati agar aku diselamatkan, agar aku beruntung saat ini. Apa pun, siapa pun, Tuhan tolonglah aku! Aku tidak mampu berlari lagi.

"Kayla."

Aku menekup mulut. Memaksa diri ini untuk tidak mengeluarkan bunyi walaupun aku sedar desah nafas ketakutanku mulai mencanak. Aku melihat baju yang kupakai. Kemeja putih yang dicemari darah dan tanah menjadi sesuatu yang aku capai untuk menekup mulut dan hidung. Serba sedikit mengurangkan bunyi nafas lajuku yang menderu. Adrenalin menjadi sesuatu yang aku syukuri kerana untuk saat ini, luka di kakiku tidak terasa buat sementara waktu.

"Hmm..."

Lelaki itu menggumam perlahan. Batang besi berkarat yang berada di tangannya melurut ke lantai. Diseret lagi mengikuti arah kesan darah merah yang melata di simen kotor itu. Sesekali batang besi itu diketuk ke atas lantai simen, seiring dengan degupan jantungku yang kian melaju.

Tangan kananku mencengkam luka tembakan yang masih segar manakala tengan kiri kejap menahan kemeja putih yang kupakai untuk menutup mulut dan hidung. Peluru senjata api lelaki itu masih terbenam di betis kiriku. Aku sendiri tahu bahawa aku tidak mampu untuk menampung diriku lebih jauh dari tempat ini. Di bawah meja usang ini aku menyembunyikan diri. Sarang labah-labah yang berada di sepanjang penjuru kiri meja itu membuatkan aku hampir menjerit. Gumpalan tali-tali putih berselirat di sisi kakiku.

Ketakutan sedia ada yang aku alami makin kuat. Aku tahu haiwan berkaki lapan itu bakal muncul di sarangnya sendiri tetapi diriku yang mempunyai makin dikuasai gejala arachnophobia ini tidak mampu melawan perasaan gelisahku. Jeritanku seolah-olah terhenti di kerongkong dek kerana seekor labah-labah turun dari atas meja. Haiwan itu merangkak perlahan ke arah kakiku.

Dia atau labah-labah?

"Aku tau kau ada dalam bilik ni, Kayla! Ke mana kau nak lari?! Aku akan kejar kau sampai mati!" Ucapan itu diikuti hening malam sebelum bunyi derapan langkah kuat mendekati meja usang itu.

Tung! Tung! Tung!

Permukaan meja usang yang menjadi tempat aku melabuhkan diri dipukul bertalu-talu dengan batang besi miliknya. Labah-labah tadi merangkak ke atas ibu jariku kerana merasa terancam dengan pukulan keras tadi. Aku cuba mengecilkan diri. Kedua-dua kakiku disorot ke dada. Sakit yang mencengkam kakiku aku endahkan di samping hormon adrenaline yang memuncak di dalam tubuhku. Meja itu bergetar. Habuk dari meja kayu itu menebar ke sekeliling tempat persembunyianku. Bahkan meja itu juga tidak mampu menahan kekuatan seorang manusia dewasa.

Permukaan meja itu mendap akibat serangan dan pukulan dari lelaki itu membuatkan kepalaku menyentuh sisi bawah dari lantai meja. Aku menelan kembali isakan yang hampir terlepas. Nafas kuat lelaki itu dapat aku dengari disebalik kayu usang yang memisahkan aku dan dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LAZARUS: Mati Hidup SemulaStories to obsess over. Discover now