02

67 4 6
                                    

Soojin mengemas bilik baru nya di tingkat bawah dan menyusun buku buku dan baju di dalam almari.

Soojin POV

Aku melihat sekeliling bilik,entah berapa lama aku perlu duduk kat rumah ni dengan rasa serba salah?haishh sebab kehadiran aku ni lah abang angkat aku bergaduh.

Soojin melihat jam di dinding sudah pukul 3.30 petang bermaksud sudah tiba waktunya untuk bersiap pergi kerja iaitu di kedai serbaneka bandar Seoul.

----------

Jihoon berjalan ke belakang rumah lalu duduk di atas kerusi meja kopi berhadapan dengan eommanya yang sedang bersantai sambil meminum secawan kopi.

"Eomma shii,kenapa eomma nak jaga anak angkat pula?"

Jihoon tanpa segan memulakan perbualan dengan eommanya yang sedang menghirup secawan kopi.

"Eomma buat semua ni ada kebaikan,kamu tak suka ke?"

"Erh,bukan tak suka eomma tapi benda ni berlaku tiba tiba dan eomma tahu kan Daniel tu siapa"

"Daniel bukan siapa siapa eomma jaga dia dari kecil sampai besar,dan kamu sepupu dia bukan orang lain"

Jihoon membuat eommanya berasa dingin dengan pertanyaanya.

"Tapi eomma...."

"Dah lah,daripada kamu bercakap pasal hal ni baik kamu fikirkan tentang perkhawinan kamu dan tunang kamu"

"Haiiiihh,yela eomma"

--------------

Daniel singgah ke tempat lepak gengnya lalu duduk di atas sofa dan mengosok pipinya.Yohan iaitu rakan baiknya datang menyapa Daniel.

"Kau kenapa?kenapa dengan pipi kau bengkak semacam?"

"Jihoon,dia tumbuk aku tadi"

"Jihoon?sepupu kau?"

"Yelah,aku rasa macam nak libas je kepala dia tadi,haih geram akuuu!"

Daniel mengetap bibirnya dan tanganya masih lagi mengosok pipinya yang bengkak itu.

"Daniel,macam mana dengan Tuan J?jadi ke kau nak serang dia malam ni?"

Yohan bertanya tentang perancangan untuk menyerang mangsa terbaru mereka.

"Apa pulak tak jadi,jadi lah dia lama kot tak bayar hutang aku alahai,kau bagitahu kat mana tempat dia lepak"

"Setahu aku dia selalu lepak kat kelab malam bersama perempuan kau nak serang dia kat sana ke?"

"What?taknaklah,aku tak buat kecoh kat tempat macam tu gila ke?"

Daniel mencapai botol kaca yang berisi air oren di atas meja lalu meneguknya.

"Kalau macam tu,hari lain lah kau serang"

"Eh,jangan lahh aku nak dia malam ni juga,hari lain aku kena kerja"

"Suka hati kau lah,kau fikir lah dulu apa apa bagitahu aku"

Yohan berlalu pergi meninggalkan Daniel kerana malas memberi pendapat kepada rakan baiknya itu.

----------

Soojin mengelap meja kaunter sambil menyusun stock di rak belakang kaunter.Setelah selesai menyusun Soojin duduk termenung sambil menongkat dagunya di atas meja kaunter.

Soojin POV

Alahai lambatnya duit nak cukup,haih berapa lama aku perlu terkandas kat sini,aduh aku rindu eomma dan appa agaknya macam mana diorang sekarang?

Tukkk~

Seorang pelanggan meletakkan sebotol tin air di atas meja kaunter menyebabkan lamunan Soojin terhenti lalu Soojin mengambil tin air itu untuk discan.

"Berapa harganya cik?"

Soal pelanggan itu sambil membelek duit dalam dompetnya.

"Semuanya.....eh??Daniel?"

Tidak disangka pelanggan itu ialah Daniel iaitu abang angkatnya.

"Huh?apa?"

Selamba Daniel memandang muka Soojin dengan matanya terjeling jeling.

"Wahhh,tak sangkat jumpa abang angkat kat siniii haiii,apa khabar?"

Soojin tersenyum senyum ke arah Daniel kerana ingin membuat Daniel berasa gembira tetapi malangnya riaksi muka Daniel hanya biasa biasa sahaja.

"Huh?tanya khabar?ehh maaf aku tak berminat lah nak jawab dan maaflah aku takde adik angkat"

"Eh,Daniel uishh dinginya atau nak Soojin panggil oppa?"

Soojin masih lagi tidak berputus asa untuk berbual dengan Daniel.

"Semak lah!tak jadi aku nak beli air!"

Daniel tiba tiba menjadi marah lalu meluru keluar dari kedai.

"Ehh Daniel!!!Daniell!!ala apa yang aku cakap kat dia tadi??hurmm marah pula"

Soojin cuba memanggil Daniel tetapi diendahkan Daniel yang berjalan keluar dari kedai.

------

Di kelab malam dipenuhi ramai pengunjung yang sedang menari,kelihatan Tuan J sedang berseronok melayan perempuan.

"Erh,Encik Tuan J kan?"

Datang seorang pelayan lelaki menyapa Tuan J.

"Ahh!apa pula?aku tengah berseronok ni"

"Boleh ikut saya?"

"Haishh,baiklah sekejap sahaja ya"

Tuan J mengikuti pelayan itu ke belakang kelab tanpa ada sesiapa di situ.

Dushh~

Satu tendangan mengena perut Tuan J.

"Ahh!siapa kau?"

Tuan J jatuh tersembam di atas lantai.

"Aku Daniel lah,kau dah lupa aku ke?"

Senyuman sinis di bibir Daniel terukir dengan mukanya yang tidak berpuas hati dengan Tuan J.

"Daniel!?aku dah cakap kan beri aku masa,aku akan bayar tolonglahhh!!"

Tuan J merayu sambil memeluk tubuhnya yang kesakitan itu.

"Dah aku taknak cakap banyak,aku nak uruskan kau malam ni jugak!"

"Jangan!!"

Tuan J cuba mengudur ke belakang malangnya dia dikejar dan dipegang oleh Daniel,lalu Daniel memukul dan menumbuk Tuan J bertubi tubi.

---tbc---

Brother 🌿| Kang DanielWhere stories live. Discover now