"haih.." keluh wani. "Haa apa tu haih haih" sergah sepupu wani, syamimi.
Dah namanya siti Syazwani, mana tak melatahnya lailahaillallah.
"O MAK KAU TERBANG PI PLUTO BALEK ESOK!!" melatah wani. Terus ketawa mengilai macam puntianak sesat lah si syamimi tu.
"Kau kan... dah tau aku melatah macam ni pun masih nak kena kan aku hmph, aku sedih tau tak" terang wani. Mana tak sedih nya cik akak oi.. Boiprend mintak clash. Wani dengan boyfriend nya sudah lama bercinta, lebih kurang tiga tahun.
Syamimi hanya memerhati sepupu kesayangan nya itu dengan muka yang sayu. Siapa tak sedih tengok orang yang kita sayang sedih kan? "Ya la ya laaa aku mintak maaf erk.. aku cuma nak ceriakan kau ja.. kesian tau aku tengok kau macam ni.. makan tak lalu.. mandi pun macam tak mandi dah.. busuk tau tak aku duduk sebelah kau" pujuk syamimi dengan nada menyindir d hujung kata. Wani hanya menjeling sepupu kesayangan nya itu. Nasib sayang, kalau tak.. dah lama dibaham anak bertuah tu.
"hmm ya la.." jawab wani dengan nada yang malas. Setelah lima minit berdiam diri, akhirnya wani memecahkan kesunyian "sya.. tengok bulan tu. cantik tak?" tanya wani sambil mendongak ke langit untuk melihat bulan purnama itu. "cantik.. tapi, cantik lagi cuzzy aku ni" kata sya dengan senyuman yang penuh ikhlas diberikan kepada sepupu nya itu. Mereka hanya ketawa sambil mendongak ke langit.
Syamimi melihat jam tangan nya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. 'alahai sepupu aku ni.. dah bengkak dah mata dia.. aduh apa aku nak bagitau mak ngah nantii' omel syamimi dalam hati. Sudah menjadi tanggungjawab syamimi untuk menjaga wani sekiranya berlaku apa-apa yang tidak patut atas wani. Selalunya, apabila wani mempunyai masalah, dia akan menghubungi syamimi untuk berkongsi masalahnya dan berjumpa d tempat lepak mereka.
"Wani, jom balik.. kesian ibu kau nanti. Mesti dia tengah risau anak bongsu dia ni." kata syamimi sambil mengusap kepala wani. "hm, ok la.. er sya,mata aku bengkak teruk ka?" tanya wani. Dia tidak mahu ibu bapa nya risau dengan keadaan wani yang lesu sebegitu. Sudah pasti dia akan disoal siasat oleh ibu bapa nya.
"tak lah.. okey ja aku tengok. Cuma merah sikit ja la" syamimi memberitahu kepada wani. Syamimi sudah masak dengan perangai wani yang tidak mahu menyusahkan sesiapa terutamanya keluarga nya dan rakan-rakannya. "dah lah tu. Jom balik ok?" tanya syamimi untuk kepastian. Wani hanya mengangguk sahaja.
setelah tiba kat rumah wani..
"assalamualaikum mak ngah! ni sya bawa balik wani!" puan ros dengan keluar dengan tergesa-gesa dari bilik tidur nya. "ya Allah wani! kamu tahu tak mak risau kat kamu ni! haih.. terima kasih ya syamimi sebab jaga baby mak ngah ni" kata puan ros sambil mencuit hidung wani. "hahah no problem la mak ngah.. lagipun memang tanggungjawab sya untuk jaga baby mak ngah yang nakal tahap lahaulawala quataillabillah tu" sindir syamimi. Wani hanya menjeling syamimi. Menyampah dengan perangai sepupu nya itu.
Syamimi adalah anak yatim piatu. jadi, puan ros dan encik ahmad membuat keputusan untuk mengambil syamimi sebagai anak angkat. Lagipun wani mesti sunyi sebab dia adalah anak tunggal. Sejak ada syamimi sebagai kakak angkatnya, wani lebih ceria berbanding sebelum ini. Dulu, dia selalu terperap dalam bilik, budak nerd la katakan. Syamimi yang berusia 17 tahun, beza 2 tahun dengan wani.. namun mereka tetap membahasakan diri mereka 'aku, kau'
Puan Ros juga telah menasihati syamimi untuk memanggilnya dengan gelaran 'mak'. Mungkin syamimi belum menyesuaikan dirinya lagi untuk menerima puan Ros untuk menggantikan ibu kandungnya.
Dalam bilik sya dan wani..
"Weh wani, siapa nama ex kau yang tak tahu malu tu?" tanya syamimi dengan nada geram. Adanya patut dibuatnya adik angkat kesayangannya itu menjadi teruk macam tu. "nama jantan tu? jap aku macam lupa lahh.. aarrhhh okeh aku dah ingat dah nama dia ahmad hariz" dengan nada yang biasa.Tidak terlalu sedih tidak juga terlalu ceria.
"pergh nama bukan main sedap tapi perangai.. bapak ah" dengan nada geram sya. dia begitu tidak berpuas hati dengan hariz kerana telah melukakan hati adiknya itu. "Aku pun tak tahu macam mana la aku boleh suka jantan tu. Aku tak nampak pun mana istimewanya jantan tu di mata perempuan yang tergilakan dia tuh" keluh wani. Semasa dia masih bercinta dengan hariz, dia tidak pernah melihat hariz berlaku curang terhadapnya meskipun gadis hot di sekolah mereka mencuba untuk mencuri hati hariz namun itu hanya sia-sia.
Hanya dengan tanggapan tidak wajar hariz, dia menuduh wani berlaku curang terhadapnya kerana dia melihat wani membuat kerja rumah nya bersama dengan kawan baik nya, daniel. Padahal wani sudah pun memberitahu hariz akan hal itu, dan hariz pun memberikan keizinan kepadanya.
Bukan apa, cuma tak nak hariz salah sangka pula nanti apabila melihat wani mesra dengan daniel. Siapa sangka, wani telah berkali-kali mengingatkan hariz bahawa dia telah meminta izinnya untuk berjumpa daniel. Hariz tetap dengan pendiriannya dan telah memutuskan untuk clash dengan wani. Wani hanya mengiyakan sahaja kehendak hariz itu.
🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭
"waniii bangun laaa solat subuh cepaaat" syamimi berusaha untuk memujuk adiknya itu bangun namun hanya sia-sia. Kemudian terlintas satu idea bernas dari kepala syamimi. 'ooo tak mau bangun eh.. tak pa, tak pa,' syamimi pergi ke dalam tandas lalu mengambil air satu gayung.
Ingat syamimi tu jahat sangat ka nak simbah air tu kat muka wani.Sya mencelupkan tangannya ke dalam gayung lalu merenjis air ke muka wani sebanyak sekali. "hhhh kenapa basah muka aku? banjir ka? aku tidur kat luar ka sampai kena hujan? tapi kenapa tak sejuk?" sergah wani sebaik sahaja dia terkejut dengan renjiskan air itu.
Apa lagi, syamimi ketawakan dia macam orang gila. Subuh-subuh dah buat kecoh si wani ni. Baru sekali kena renjis, kalau banyak kali tadi? Memang disumpah seranah la si syamimi tu. "sya! ish terkejut aku la! kau tau tak tadi aku mimpi indah! aku mimpi aku pergi konsert wanna one tau tak! dorang semua tatap muka aku yang jelita ni tau tak! siap hulur tangan dorang lagi!" marah wani. Maklumlah wannable. (mcm writer la hhehe)
"eleh pergi konsert wanna one konon! mau bangun solat subuh pun macam apa ja aku tengok! ada hati nak berangan pergi konsert wanna one. eh dorang tu dah bubar kut. move on la wanii" nasihat syamimi. Syamimi dihadiahkan jelingan maut dari wani. Sebagai wannable, dia tidak pernah menganggap wanna one telah bubar. Walaupun itu lah hakikatnya😔(tibe masuk wanna one dah kenapa?)
"sya.. aku kan dah cakap.. jangan sebut macam tu la.. sedih aku tau tak. ya la.. aku ambil wudhu jap, tunggu aku eh" wani terus masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan dirinya dengan air wudhu. Syamimi hanya menggeleng melihat perangai wani.Sampai bila la budak manja ni nak berubah. Asyik sangat kat kpop.
🙊 ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤
(assalamualaikum reader! sis baru mencuba yang terbaik untuk buat cerita ni tak hambar heheh hope you enjoy! ❣️🌹)
YOU ARE READING
anugerah
Teen Fictioncinta. sebuah ANUGERAH suci dari Allah.. ianya terpulang kepada hambanya untuk menjadikan nya cinta suci ataupun sebaliknya. -jangan risau, cerita ni untuk semua peringkat umur. semoga memberi manfaat serta menambah keimanan kita sebagai hambaNYA...
