BAB 1

313 12 1
                                    

*Beep beep beep* Jam berbunyi menandakan tepat pukul 5.30 minit pagi.Seperti biasa Naqib bangun untuk bersiap pergi ke sekolah.Naqib bergegas bangun mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi,Naqib mengambil wudhu untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba untuk solat Subuh.Setelah selesai solat,seperti biasa sebelum ke sekolah Naqib akan menikmati sarapan yang disiapkan oleh ibunya.

"Ibu,guru kelas minta duit yuran PIBG.Cikgu cakap kalau tak bayar nanti tak dapat sijil berhenti sekolah".kata Naqib seraya menjamah sarapannya.

"Cakap dengan cikgu ibu belum ada duit lagi.Duit sewa rumah pun ibu belum bayar lagi".kata ibu yang sedang menyusun kuih-muih yang disiapkannya seawal 3 pagi untuk dijual di gerai rakannya.

Ibunya Puan Elvarette Zachrose membuat kuih-muih untuk dijual untuk membantu menambah pendapatan keluarga mereka.Manakala ayahnya,Encik Adam  Hayden bekerja sebagai pemandu lori dan sering pulang lewat,katanya kerja lebih masa.

Tanpa berkata apa-apa,Naqib menggalas begnya dan mengambil kunci motorsikalnya lalu terus bergerak ke sekolah.

Lebih kurang jam 7 pagi Naqib pun tiba disekolah.Setelah meletakkan motorsikalnya di tempat letak kenderaan,dia berjalan menuju ke tapak perhimpunan untuk meletakkan begnya.Setelah itu Naqib bergerak menuju ke pintu pagar sekolah dek kerana tugasnya sebagai seorang pengawas yang ditugaskan untuk berjaga dia pintu pagar sekolah.

"Good morning Naqib".sapa Kelly iaitu seorang gadis berbangsa cina yang ditugaskan bersamanya di pintu pagar.Dia juga rakan sekelas Naqib.

"Good morning".balas Naqib sambil melihat jam tangannya.

*Kringggggggg...*

Kedengaran bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan jam tepat pukul 7.30 minit pagi.

Pelajar yang datang ke sekolah selepas pukul 7.30 minit pagi akan ditulis nama dan direkodkan di dalam SISTEM SALAHLAKU DIRI MURID(SSDM).

Seperti biasa dari jauh kelihatan beberapa orang pelajar yang datang lewat ke sekolah.Naqib mengeluarkan pen dan buku nota kecil untuk menulis nama mereka yang hadir lewat ke sekolah.

Kebanyakkan pelajar berasa gentar setiap kali melihat Naqib.Ini kerana sikapnya yang sering mencari kesalahan pelajar di sekolah itu.Mereka risau nama mereka akan dimasukkan ke dalam SSDM.

Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang berjalan menuju pintu pagar dengan pakaian yang tidak kemas dan tidak mengikut peraturan.Tidak lain tidak bukan mereka adalah pelajar kelas belakang yang sering membuat masalah di sekolah.

"Wei..wei..wei hari ni siapa yang jaga pintu pagar?".tanya Aliff salah seorang daripada pelajar tersebut.

"Hari ni hari apa?".tanya Azri.

"Isnin kan?".soal Khairul.

"Kalau hari ni hari Isnin maknanya yang jaga pintu pagar...NAQIB!".kata Haziq.

"Habislah mesti dia report dengan cikgu disiplin lagi kali ni".kata Azri dengan nada resah.

Setibanya mereka di pintu pagar,tanpa menyoal alasan mereka terlambat ke sekolah,Naqib terus menghulurkan pen dan buku nota untuk mereka menulis nama.Ini kerana Naqib telah hadam dengan alasan mereka yang kononnya bangun lambatlah,motorsikal rosaklah padahal mereka lepak di tepi kedai runcit di hadapan sekolah.

"Lambat lagi?Apa pulak alasan korang kali ni?Jangan cakap korang pergi melawat kucing jiran sebelah mati tadi".Naqib berkata dengan nada tegas.

"Erm..tak boleh ke kau lepaskan kitorang kali ni?Kitorang janji lepas ni kitorang datang awal".rayu Khairul kepada Naqib.

TOPENG SENYUMANWhere stories live. Discover now