Bab 4

32 3 0
                                    

Damiya Aresya melangkah keluar kedai 7Eleven selepas selesai membeli Ramen Samyang Chessee. Bertapa gembiranya dia kerana tidak sabar untuk balik dan masak mee segera itu. Sudah lama dia tidak menjamah mee segera dari Korea.

Sedang leka berjalan sambil bermain telefon bimbit yang diberikan oleh lelaki yang dijumpainya dua bulan lepas tiba-tiba dia berasa seperti ada seseorang yang mengekorinya dari arah belakang.

Damiya menoleh ke belakang, benar ada dua orang lelaki mengikutinya dari belakang. Dirinya sudah berasa seram dan badannya mula sejuk dan menggigil.

Lantas jari-jemarinya mula menari-nari di atas skrin telefon untuk menaip nombor telefon milik abangnya, Fareez. Telefon ditekup ke telinga.

"Angkat lah abang. Please" rayu Damiya perlahan. Kaki dihayunkan dengan laju.

Panggilan dibuat untuk kali ke dua.

"Hello abang! Tolong datang dekat Miya sekarang. Ada orang ikut. Miya takut. Cepat abang" kata Damiya sambil menggigil ketakutan lantas telefon dimatikan.

Belum sempat bertidak, dua orang lelaki datang dari belakang dan menghalang Damiya untuk terus berjalan.

"Apa masalah korang ni?! Tepi lah!" jerit Damiya sekuat hati agar dapat didengari orang sekeliling.

Dua orang lelaki itu menayangkan senyuman sinis kepada Damiya.

"Nak pegi mana ni?  Nak kitorang hantar?"

"Tak payah! Dah tepi" jawan Damiya lalu menolak lelaki itu ke tepi.

Kemudian dia berlari sekuat mungkin menuju ke tempat yang mempunyai ramai orang.

Jalan yang berada di hadapannya dilintasi tanpa sedar.

Tiba-tiba kereta datang dari arah kanan dan menekan hon dengan kuat. Ia membuatkan Damiya tergamam dan terkejut akan kenderaan yang sudah menghampirinya. Matanya dipejam rapat.

Aikk, kenapa aku still berdiri? Kereta tu dah ditahan dengan Thanos Endgame ke? Kata hati Damiya.

Matanya dibuka perlahan. Belum matanya dibuka sepenuhnya, tiba-tiba dia dibebel.

"Ehh, awak ni dah lama ke hidup?! Dah cukup sangat ke bekalan nak bawak ke akhirat tu?! Haa?! Puas dah hidup?! Dah yakin mati nanti stay dalam syurga?! Ehh, sedar laa yang awak tu ada keluarga! Nak mati tu mati seorang jelah! Tak payah menyusahkan orang! Nasib baik saya nampak awak tadi! Buatnya bersepai kepala awak atas jalan tu macam mana?!" marah seorang lelaki yang berada di hadapanya.

Damiya merenung wajah lelaki itu. Ini bukan ke..

Dia lah yang beli 'hadiah' dekat isteri dia dua bulan lepas tu! Macam mana dia ada dekat sini?

"Resya, sedarlah yang awak tu ramai yang saya termasuk saya. Saya sayang awak. Keluarga awak pun sayang awak. Jangan la buat kitorang macam ni" pujuk lelaki itu dengan nada yang lembut.

Alahaii, cair laa saya macam ni, wak. Ehh jap!

What? Kau sayang aku?


Ketukkan pintu dari luar mengejutkan Damiya.

Haihh mimpi rupanya. Baru nak berangan.

"Bertuah punya anak dara, Damiya Aresya awak tak bangun tidur lagi? Ya Allah, dah pukul 8.30 pagi dah! Nak tunggu durian jatuh atas kepala ke baru nak bangun?" bebel Puan Nafsiah apabila melihat anak perempuannya masih sedang melingkar di dalam selimut. Selimut yang membaluti badan kecil gadis itu ditarik.

Anak Tauke Sayur?Where stories live. Discover now