Bab 2

40 3 0
                                    

Naura mengetuk pintu bilik Damiya. Kemudiannya pintu itu dikuak dari luar. Terlihat Damiya sedang seronok menaip sesuatu di telefonnya. Entah apa yang ditaip.

"Nak apa?" tanya Damiya tanpa memandang wajah kakaknya. Mata hanya fokus pada skrin telefon.

"Esok kau cuti kan?" Tanya Naura lalu melabuhkan duduk di sebelah adiknya.

Damiya memandang kakaknya.

"Haah, kenapa?" tanya Damiya.

"Jom teman aku. Pegi Pulau Perhentian. Lepas tu kita balik Pahang. Aku ada aktiviti sikit dengan students dekat sana" beritahu Naura.

Bersinar terus mata Damiya apabila mendengar dari kakakmya bahawa dia ingin ke Pulau Perhentian. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke sana.

"Bila?"

"Esok. Kau kemas laa barang-barang kau. Esok pagi kita bertolak ke sana. Esok tu kita balik Pahang. Kebetulan aku ada krusus dekat sana empat hari" jelas Naura.

"Cantekkkkk. Onzz" balas Damiya riang.

Tak sabarnya!




Selepas solat Subuh, Ziyad mencapai telefonnya yang berada di atas meja.

Di skrin memaparkan bahawa meseg yang dihantar semalam sudah dibalas

Waalaikumsalam. Hai awak.

Tersenyum Ziyad. Lantas dia membalas meseg tersebut.

Sebenarnyakan, lepas saya baca posting awak, saya ada benda nak cerita. Saya tak tahu nak ceritakan kepada siapa. Sudi ke dengar?

Selepas tiga minit, mesegnya dibalas.

Saya okey je kalau awak selesa untuk bercerita. Saya tolong yang saya mampu insyaAllah.

Ziyad memulakan ceritanya kepada gadis yang bernama RESYA itu.

Selesai sahaja bercerita, gadis itu memberi satu kata-kata agar Ziyad fikir-fikirkan.

Awak, saya bukan nak awak putuskan hubungan. Tetapi bagi saya itu jalan yang terbaik. Awak dah cuba berikan dia peluang. Tetapi dia still buat perkara yang sama.

Sekarang adalah masa untuk awak jaga hati awak. Gunakan masa ini untuk perbetulkan diri awak dan jaga hati sendiri.

Cuba okey. Saya doakan awak dapat menjalani hidup awak dengan lebih baik. Amin.

Terima kasih sudi dengar cerita saya. Dan terima kasih atas pendapat yang awak berikan. Saya hargai sangat. Saya harap suati hari kita dapat berjumpa. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum

Ziyad tekad. Cukup lah selama empat tahun dia dipermainkan oleh perempuan itu.

Ziyad mencapai kunci kereta dan walletnya lalu melanglah keluar dari bilik. Kaki mengatur langkah menuju ke restauran di hotel bertaraf empat bintang itu.




Damiya melangkah turun dari kereta. Tanpa membuang masa dia mula melangkah dengan laju menuju ke pantai.

Cantiknyaa! Kata hati Damiya riang.

Samsung S9 miliknya yang berada di dalam kocek seluar dicapai lalu ikon kamera dibuka. Lantas dia bersuafoto seorang diri.

Sedang seronok bersuafoto, tiba-tiba Damiya dilanggar oleh seorang lelaki dari belakang. Telefon kesayangannya yang diberikan oleh Hasmiza, rakan baiknya terjatuh di dalam air.

Lantas Damiya menunduk dan memandang ke arah makhluk Allah yang baru sahaja melanggarnya. Tangan digenggam geram.

"Eeee! Boleh tak jalan tu tengok orang sama. Jangan nak main rempuh je?! Saya punya besar macam batu belah batu bertangkuk takkan laa awak tak nampak?! Pantai ni luas lah! Sibuk nak jalan dekat sini juga! Habis dah telefon saya! Herhh!" Damiya melepaskan geramnya kepada empunya badan yang melanggarnya sebentar tadi. Damiya menunduk lalu mengambil telefonya yang sudah selamat mendarat di dalam air itu.

"Ehhh, mak cik Kiah! Awak tu yang sibuk sangat selfie sampai tak ingat dunia lepas tu nak salahkan saya? Amboi amboi amboi, manisnya mulut. Sedar sikit ehh, jalan ni bukan jalan awak. So suka hati mak tiri saya punya jiran la nak jalan di mana pun" balas lelaki itu.

Damiya sudah tidak dapat menahan api kemarahannya. Lantas dia menggenggam pasir lalu membalingkan kepada lelaki itu.

"Damn! What the hell are you doing?! Awak ni dah melebih lah! Muka cantik tapi adab ke pulau! Fine! Salah saya, saya minta maaf. Bagi sini phone number sesiapa. Nanti saya gantikan phone baru dan call guna nombor yang awak bagi" kata lelaki itu lalu menghulurkan telefonnya kepada Damiya. Telefon bertukar tangan.

Damiya menaipkan nombor telefon Naura dan kemudiannya diserahkan kembali kepada pemilik telefon itu.

Setelah memberikan nombor telefon kakaknya, Damiya terus meminta diri untuk ke tempat di mana kakaknya dan para perlajarnya berkumpul.






Ziyad memandang kepergian gadis itu. Cermin mata hitam yang berada di pangkal hidung itu di turunkan. Gadis itu, seperti dikenalinya.

Marah nau, haih. Kata hati Ziyad.

Ziyad mula melangkah menuju ke tempat di mana kereta Audi RS5 miliknya yang terparking itu.

Sedang melangkah tiba-tiba Ameera datang dari arah depan dan menghalang pergerakkannya untuk terus berjalan.

"Kau nak apa lagi?" tanya Ziyad acuh tak acuh. Perkataan saya dan awak sudah bertukar.

Ameera memandang Ziyad yang sudah menahan marah itu.

"Tak ada peluang untuk saya ke? Tolonglah faham yang Izat itu hanyalah rakan lama saya" jelas Ameera lagi. Ziyad tersenyum sinis.

"Kawan lama? Kau ingat aku tak tahu ke siapa kau dengan dia? Kau ingat aku tak tahu apa status dia? Aku dah bagi kau banyak peluang lah, Meera. Aku pun penat juga dengan perangai kau. Aku dah bagi semua tapi kau masih nak khianati aku? Tak cukup ke apa yang aku bagi dekat kau selama ni? Cukup lah eh sampai sini. Aku harap hubungan kita sampai sini je lah. Aku harap kau dapat lelaki yang lebih baik dari aku dan kau hargailah dia betul-betul" kata Ziyad panjang lebar.

Sungguh dia berasa kecil hati dan terkilan akan perbuatan Ameera. Cukuplah selama empat tahun dia berkawan dengan Ameera. Kini biarkan dia berehat buat sementara. Dia benar-benar putus asa dengan sikap Ameera yang langsung tidak menghormatinya sebagai teman lelaki.

"Aku dah suruh pekerja aku hantarkan kereta untuk kau balik ke KL sendiri. Lepas ni please jangan ganggu aku. Aku pergi dulu" pesan Ziyad kepada Ameera.

Ameera yang sudah teresak menangis hanya dibiarkan.

Dia bukanlah hendak berlaku kejam terhadap wanita, tetapi dia juga mempunyai hati dan perasaan. Hati dan perasaannya juga perlu dijaga.

Normal lah jika wanita menangis lelaki pujuk kan? Lumrah sepasang pasangan la kan? Tetapi jika dia sahaja yang beria menjaga hati wanita itu, siapakah yang akan menjaga hati dan perasaannya sendiri?

Ziyad betul-betul tawar hati dengan Ameera.

Ziyad menyambung langkahnya lalu ditenggelamkan dirinya di dalam perut kereta. Injen kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan menuju ke kedai telefon berdekatan.

Gadis yang dilanggarnya itu bermain di fikiran. Macam mana pun dia perlu menggantikan semua telefon milik gadis itu.

Anak Tauke Sayur?Where stories live. Discover now