TLK 6 ~ Rahsia

1.9K 145 20
                                    

"Seminggu dari sekarang. Bersedia dan peejalanan kamu bermula."

Kata kata Kirito bermain di fikiran mereka. Masing masing melepaskan keluahan.

"Aku tak nakkkk!!" Rengek Crystal. Kaki dihentak hentak tanda protes.

"Kau fikir kirorang nak sangat?" Zyd menongkat dagunya dengan tangan kanan.

"Nak buat macam mana. Kalau dah A, A lah. B, B lah. Tak boleh bantah." Kata Xander.

"Tapi apa Horcrux tu ada berapa sebenarnya?"

"Ada 5 keseluruhannya. Mahkota Raja Noah merangkap pemerintah kerajaan Arellysis yang pertama, tongkat sakti ahli sihir diraja puak Witch and Wizard iaitu Tok Putih, loket masa Raja Mermaid 300 tahun yang lepas , permata Crystal Island dan pedang pahlawan hitam."

"Cop cop cop. Kerajaan Arellysis hilang 1000 tahun yang lepas. Jadi kenapa ada Horcrux yang muncul selepas kehilangan kerajaan tu?" Soal Zyd.

"Masa. Kau kena ingat yang kita boleh kawal masa. Mungkin bumi tak boleh tapi kita boleh. Tak mustahil dorang rentasi masa ke beberapa ratus tahun yang akan datang dan jadikan barang barang ni Horcrux." Terang Fryzz lagi.

"Tapi kenapa dorang menghilang? Beribu tahun kita ingat dorang dah pupus tapi parents kita jumpa dorang ." Soalan yang keluar dari mulut Allys membuatkan mereka terdiam seribu bahasa.

"Aku rasa dorang bukan saja saja menghilang." Semua mata terarah pada Fynna.

"Maksud kau?"

Fynna memandang mereka.

"Ikut aku pergi library." Fynna terus bamgun berlari menuju ke library.

"W-wei tunggu lah!" Yang lain terus bangun mengejar langkah Fynna.

⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️⚜⚕️

"Aku tak jumpa full version tapi aku hanya jumpa lite. Mungkin ini boleh bantu." Satu buku tebal yang agak usang diletakkan diatas meja.

"Ini.. Lite?" Zyd memandang buku itu dengan pandangan seram. Fynna menjelingnya sekilas. Muka surat diselak cuba mencari sesuatu.

"Here." Tangannya terhenti di satu muka surat.

"Sejarah Dark Land? Kita nak tahu pasal Arellysis kenapa pergi pula?" Ujar Crystal.

"Haish. Tengok ni. Dia tulis 5990 tahun yang lepas, bermulanya empayar kerajaan Dark Land. Dan kalau kau perasan.." Ayatnya dijeda. Muka surat lain diselaknya.

"Pemerintah terakhir Arellysis Kingdom mula memerintah 6010 tahun yang lepas. 20 tahun sebelum Dark Land muncul dan mereka hilang jejak serentak dengan kemunculan Dark Land. Kau tak rasa pelik ke?"

"Pelik? Kenapa pula?" Xander menyoal dengan muka blur.

"Kau tak rasa ke kehilangan Arellysis ada kaitan dengan kemunculan Dark?"

Masing masing terdiam mendengar kata kata Fynna. Otak ligat memikirkan teori itu.

Bum

Bahu diangkat tanda terkejut dengan hentakan tangan Fryzz.

"Kau pahal gila?!" Zyd mengurut dadanya.

Aishar World: The Lost KingdomWhere stories live. Discover now