TLK 3 ~ Battle

2.1K 176 8
                                    

Fynna menggigit bibirnya gemuruh. Pelajar pelajar yang berada di Colosseum itu diperhati.

"It's okay to be nervous. Aku faham." Fryzz muncul di tepinya.

"Boleh tak kalau aku undur diri?"

Fryzz mengeluh. Budak ni..

"Kau ingat tak lelaki yang aku tumbuk pagi tadi?" Fynna memgangguk membalas pertanyaan Fryzz.

"Dia kelas last. Kalau kau undur diri kau akan pergi kelas last. Kau nak ke satu kelas dengan lelaki tu? Nak? Nak? Nak?"

Pantas sahaja Fynna menggeleng laju.

"Sebab tu kau kena menang. Biar satu kelas dengan aku." Fynna hanya mengangguk pasrah.

"Jangan guna kuasa Light kau. Nanti terbongkar rahsia kita. Guna Angin sebagai Main Power kau dan Past Life and Tumbuhan sebagai Side Powers. Keturunan pula Fairy. Ini untuk penyamaran kita."

"Kau guna apa?"

"Aku guna Api sebagai Main Powers. Tanah dan Weapon Controllers sebagai Side Powers."

"Kawan kawan kau tahu siapa kita?"

"Xander dan Zyd sama macam kita. Adik beradik Bonda The Legends Warriors juga. Automatik dorang juga ialah waris. Alllys dan Crystal pun tahu tentang benda ni dari mula memandang Bonda dan Ayahanda bestfriends parents dorang."

Fryzz menerangkan satu persatu kuasa kawan kawannya. Fynna hanya mengangguk faham.

"Fryzz, Fynna!!" Mereka berdua menoleh ke tepi. Fynna mengalihkan badannya di belakang Fryzz apabila melihat kelibat rakan rakan abangnya.

"Urat malu kau terputus ke apa nak menjerit bagai?" Soal Fryzz dingin. Zyd tersengih busuk.

"Bad news." Allys memandang wajah Fryzz serius.

"Apa?"

"Musuh sejati kau relakan diri untuk lawan dengan adik kau." Ujar Xander pula tidak kurang dingin.

Fryzz mengetap rahangnya menahan geram.

"Aku nak bunuh syaitan tu sekarang." Belum sempat dia melangkah pergi, suara pengacara menghalangnya.

"Selamat pagi kepada semua pelajar! Hari ini ada kemasukan pelajar baharu iaitu Fynna, jadi marilah kita bersama sama melihat perlawanan yang akan dimilakan sebentar lagi!!"

Fryzz berdecit perlahan. Fynna dipandang. Terselit kerisauan di pandangan matanya itu.

"Dia pengguna kuasa Tanah, Mind Controller dan Teleport." Ujar Fryzz. Fynna memandang wajah abangnya.

"Dijemput Fynna dan lawannya untuk naik ke medan sekarang!"

"Aku pergi dulu." Fryzz mengangguk. Fynna terus menaik tangga untuk naik ke medan.

"Fynna." Panggil Fryzz. Fynna menileh kebelakang.

"Belakang." Fynna mengerutkan dahi tetapi hanya mengangguk. Kaki dibuka semula.

Matanya bertembung dengan lelaki tadi. Kelihatan senyuman sinis terukir di wajahnya dan itu sahaja sudah membuat gadis itu gentar.

"Ready."

Aishar World: The Lost KingdomWhere stories live. Discover now