TLK 9 ~ Lelaki Misteri

2.4K 169 97
                                    

"Wargh!" 

Buat kali kesepuluh mereka menjerit akibat terkejut.

"Kali ni siapa?! Mahu tercabut jantung aku tahu bila tiba tiba ada badut keluar!" Zyd sudah menjerit kegeraman.

"Err itu aku. Maaf." Crystal tersengih bersalah. Fryzz menggeleng perlahan. Fynna yang berada disebelahnya dipandang.

"Fynna, kau ok tak?" Soalnya. Fynna tidak menjawab. Hanya menutup matanya.

"Fynna.."

"Kau ok ke tak-"

"TAK AKU TAK OK! Aku nak balik! Menyesal tahu aku ikut?!" 

Yang lain terkejut mendengar jerkahan Fynna.

"Bonda! Fynna nak balik! Tak nak tinggal sini!" Air mata mula keluar. Yang lain mula menggelabah.

"Woi woi jangan nangis!" Allys menggosok gosok belakang Fynna perlahan cuba menenangkannya.

"Bising. Korang ganggu aku tidur." Satu suara garau menyapa mereka.

"Sudah ilusi apa pula kali ni?" Zyd menoleh kebelakang. Kelihatan seorang lelaki yang berkerubung muncul dari pokok.

"Woi, kau blah lah! Aku dah penat dengan ilusi bodoh ni! Sesiapa saja tolong berhenti fikir pasal mamat ni." Bebel Zyd.

"Bukan aku." Serentak mereka berlima menjawab. 

"Habistu korang nak cakap aku yang-"

Zapp

Kata kata Zyd terhenti apabila sebilah pedang laju meluru kearahnya. Pokok yang berada tepat ditepinya terus tertikam.

"Aku bukan ilusi, budak mentah." Katanya dingin. Pedang itu direntap.

"Ok tak lawak. Siapa kau?" Soal Allys. Lelaki itu memandang kearahnya.

"Aryan Hanz, si pemburu harta."

⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕⚜⚕

"Arellysis Kingdom? Kenapa kau nak kesana pula?" Soal Xander. Dahi dikerutkan tanda tidak faham.

"Ada tertarik dengan kerajaan tu. Dan aku nak tengok sendiri tempat dimana kerajaan tu berada." Jawab Aryan.

"Korang pula? Apa yang korang buat dekat hutan ni?" 

"Sama macam kau. Kami nak cari kerajaan tu. Kerajaan kami dilanda masalah dan kami nak minta bantuan." Jawab Crystal.

"Tapi bukan ke puak puak kat sana dah mati?"

"Tak. Dorang hanya bersembunyi. Ibu bapa kami pernah pergi kesana beberapa tahun yang lepas."

"Kalau macam tu tempat tujuan kita sama. Aku rasa tak ada masalah untuk aku ikut korang."

The Aces memandang sesama sendiri. Bahu diangkat tanda tidak kisah.

"Kami ok je. Aku Fryzz. Ini Zyd, Xander, Allys, Crystal dan yang terakhir sekali adik kembar aku, Fynna."

Fynna menundukkan sedikit badannya. Masih bersembunyi di belakang Fryzz.

"Maaf. Dia memang macam ni."

Aryan Hanz mengangguk tanda tidak kisah.

"Kau pergi kesini sorang sorang ke?" Soal Allys.

"Pertama kali, ya. Sampailah aku jumpa Rio."

"Rio?"

Aryan bersiul kuat. Suasana sepi seketika sebelum suara kuda mendengus mula kedengaran.

"Ini Rio. Kuda sementara aku?" Kepala kuda hitam itu diusap lembut.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Jul 15, 2020 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Aishar World: The Lost KingdomOnde histórias criam vida. Descubra agora