Aku hanya gadis biasa yang takut dengan kegelapan malam. Gelap seperti sebuah lorong yang tiada penghujung. Apa yang kau mampu lihat hanyalah kegelapan serta ketakutan yang amat. Dan sekarang aku berada di lorong tersebut!! Sial!! Itu saja aku mampu ungkapkan perasaan aku ketika ini. Jantung seperti hendak tercabut menghadapi phobia aku yang paling ngeri ini.
Dengan kudrat yang masih ada aku hayun kakiku kedepan. Walaupun yang aku mampu lihat hanya kegelapan. 'Mungkin ajal aku dah sampai kot', gumam ku dalam hati. Air mata hendak saja gugur tapi aku tahan dan teruskan perjalan yang semakin aku rasakan sia-sia. Hampir tiga puluh minit aku berjalan tapi satu habuk pun tidak kelihatan.
Air mata yang aku tahan akhirnya gugur juga. Teresak- esak aku menangis. 'Kenapa aku tidak mati sahaja', akal jahatku mula berbisik. Aku teringat kembali peristiwa pahit yang menyebabkan aku takut pada gelap. Walaupun sedaya upaya aku cuba lupakan, peristiwa itu pasti akan menghantui aku.
...
Lima tahun lepas
...
"Adik jangan keluar tau", kata ibu sambil cuba memasukkan aku di dalam sebuah almari besi kecil. "Tapi ibu dalam ni gelap, adik takut lah". Aku harap kata-kataku itu mampu buat ibu bertukar fikiran supaya tidak menyuruh aku masuk ke dalam almari yang gelap dan sempit itu. Lagi satu, kenapa ibu suruh aku sembunyi ya? Dan wajah ibu seperti berada dalam ketakutan.
"Ibu takut apa?", kataku. "Adik anak yang baikkan, jadi ikut saja apa yang ibu suruh". Ujar ibu lembut dan sedikit cemas. Aku sudah tidak mampu membantah lagi, aku masuk ke dalam almari tersebut. "Ibu jangan tinggalkan adik ya?",ujarku. Ibu hanya tersenyum mesra kepadaku dan aku lihat air mata ibu sedang bertakung.
Pang!!
Bunyi pintu utama kami dibuka dengan ganas. Terkejut aku dibuatnya dan wajah ibu bertambah cemas. "Adik jangan keluar tau walau apa pun berlaku,ibu dan ayah sayang sangat dengan adik". Ujar ibu cemas. Itulah kata-kata terakhir ibu yang aku dengar sebelum ibu mengunciku di dalam almari.
Aku berdoa dalam hati semoga semuanya baik-baik sahaja, kerana aku masih tidak tahu kenapa aku dikurung di dalam almari yang gelap ini. Ibu menutup suis kipas dan lampu sebelum keluar, ketika itu jujur aku katakan sangat gelap.
Bunyi pergaduhan diselangi suara ayah dan lelaki yang aku tidak kenali mungkin." Kau nak apa lagi hah!! kalau kau masih tak puas hati bunuh aku sorang saja, tak perlu libatkan keluarga aku setan!!". Ujar ayah keras. Ayahku seorang yang penyabar dan jarang marah.
Siapa yang membuat ayah mengamuk seperti itu? "Aku takkan biarkan kau hidup senang!!". Suara garau yang menyeramkan itu buat aku terkejut. Kenapa hati aku mengatakan perkara buruk bakal berlaku malam ini.
Bang!!
Bunyi tembakan kedengaran. " Abang!!!!". Aku yakin suara itu suara ibu menjerit. "Apa dosa kami dekat kamu semua hah! Bodoh!!, ujar ibu lagi. Kemudian yang aku hanya mampu dengar suara ibu menjerit dan gelak ketawa beberapa orang lelaki. Air mata aku jatuh. Apa yang berlaku kepada ibu? Aku hanya mampu ungkapkan di dalam hati dan aku sangat inginkan jawapannya.
"Cari di semua tempat, aku pasti dia sorokkan anak dia kat rumah ni!",Kata seorang lelaki. Aku menutup mulutku agar esakan aku tidak terkeluar. Air mata semakin laju mengalir. Mereka cari akukah? Pang!! Pintu bilikku dibuka. Namun belum sempat lelaki tersebut ingin menghidupkan suis lampu, aku lihat samar-samar melalui lampu dari luar ayahku menumbuk kepala lelaki itu.
YOU ARE READING
KACAU
Mystery / ThrillerKACAU/DISTURB/BOTHER Dear readers, enjoy your reading with fear and fun... "Ap..apa kat be..belakang kau t..tu?" "W..wei, kau jangan nak takutkan aku.." "A..aku tak ti..tipu.." "Ayshett.." ... "Kau pernah main Ouija tak?" "Hah, apa benda tu? Game eh...
