"Aku bantah! Kali ni aku nak Haikal yang pimpin bacaan doa!" Sampuk Kemy dengan nada mencabar Haikal.

"Cieehhh~ Kemy nak tengok bakal suami dia pimpin doa~" Usik Rafia.

"So sweet~~" Ucap para gadis yang lain.

"Hmph! Kalau dia nak jadi suami aku! Aku nak tengok mampu tak dia jadi imam di masa hadapan!" Ujar Kemy dengan nada sindiran.

"Sahabat! Tunggu apa lagi? Calon isteri sudah menunggu untuk melihat calon suami sama ada sesuai atau tidak menjadi pemimpin dia nanti!" Ucap Harraz.

"Bismillahirrahmanirrahim~ Alhamdulillahi rabbil alamin. Arrahmaanirrahiim.. Maaliki yaumiddiin. Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin~ Ihdinashirratal mustaqim.. Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin~" Lafaz Haikal yang menjiwai bacaan surah al-Fatihah dengan sepenuh hatinya.

"......."

"Bismillahirrahmanirrahim~ Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini, Ya Allah. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tuju sehingga sempurna hajat kami. Dan jadikanlah perjalanan kami ini sebuah perjalanan yang bermanfaat, Ya Allah. Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaan-Mu agar kami insaf dan sedar bahawa betapa kerdilnya kami di sisi-Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaan-Mu. Berikanlah pengajaran yang berguna agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujian-Mu dalam perjalanan ini. Maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan. Rabbana atii'na fidduninya hasanah, wa fil'aa hiroti hasanah, wa fil'aa azabbannar, wasallahuala'saidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasallam, walhamdulillahirobbil alamin~" Ucap Haikal lalu menyapu wajahnya dengan lembut dan perasaan yang tunduk kepada Tuhannya.

"Aamiinn~ semoga perjalanan kita dapat berkat dan dilindungi oleh Allah sepenuhnya!" Tambah Harraz dengan nada rendah diri.

"Hari ni.. dengan nama Allah, mari kita mulakan perjalanan kita sebagai seorang musafir~" Ucap Rafia dengan semangat.

"Baiklah! Semua dah pakai tali pinggang keselamatankan! Dengan lafaz bismillah~ mari kita mulakan perjalanan kita sekarang!" Sahut Haikal yang langsung menghidupkan enjin.

Toyota Hiace milik pakcik kepada Haikal pun meluncur keluar daripada perkarangan rumah Harraz dan Eira dan mula memasuki jalan raya. Sepanjang perjalanan, mereka semua berzikir bersama-sama dan penuh rendah diri untuk menunjukkan bagaimana rasa cintanya mereka terhadap Tuhan yang disanjungi. Haikal juga sambil berzikir juga turut fokus terhadap pemanduannya. Apabila masuk sahaja waktu solat Zuhur, mereka semua berhenti di perhentian rehat dan rawat (R&R) untuk makan dan solat. 

Kawasan perhentian tersebut terlihat penuh dengan para pengunjung yang juga sedang melakukan perjalanan jauh. Tanpa menunggu lama, Eira dan para gadis segera masuk ke dalam surau untuk menunaikan kewajipan solat mereka secara jamak sebelum makan tengah hari, begitu juga dengan Haikal dan Harraz. Tidak mengambil masa lama untuk mereka selesai mengerjakan solat, dan kini mereka sudah duduk manis di meja makan sambil menikmati makan tengah hari dengan damai.

"Agak-agaknya, berapa lama kita akan sampai ke sana, Eira?" Tanya Fatin yang sedang menikmati nasi berlaukkan asam pedas daging miliknya.

"Tak lama! Sebelum Maghrib.. sampailaa~" Jawab Eira dengan sambil lewa.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now