Prompt - Dihantui oleh bunyi yang seram👀

31 5 1
                                    


   2020

" Saya mengisytiharkan bahawa perintah kawalan pergerakan dilanjutkan lagi 2 minggu"

Kaca televisyen direnung dalam . Nampaknya aku terkandas kat sini lagi 2 minggu . Apa lagi yang boleh aku buat buat kat sini . Dahla tinggal aku sorang je . Perdana menteri yang masih bersidang di media itu direnung lagi . Mengenangkan nasib yang melanda diriku ini . Takpe , demi Malaysia aku sanggup !

👻👻👻👻👻

Hari ini sudah masuk hari ketiga bagi fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan . Bagi menghilangkan kebosanan yang melanda , aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer . Sedang aku sibuk menyiapkan assignment di komputer ribaku , terdengar ada bunyi sesuatu di sudut dinding bilikku . Aku cuba untuk mengabaikan bunyi yang menggangguku . Aku menyumbat earphone ke dalam telingaku namun bunyi yang menakutkan itu lebih kuat berbanding lagu yang dimainkan .

" Hua ngantuknya . Tidur dulu lah"

👻👻👻👻👻

Pada malam itu , niatku sebernanya hendak menyiapkan tugasan yang tertangguh akibat bunyi seram tadi . Apabila terkenangkan kisah petang tadi , dia membatalkan niatnya dan melakukan aktiviti lain yang boleh mengisi kebosanannya .

Punat on alat kawalan jauh ditekan . Berita terkini tentang kes Covid-19 muncul di kaca televisyen . Nampaknya semakin hari semakin bertambah kes positif Covid-19 . Rakyat Malaysia , tolonglah dengar cakap ! Aku nak balik !

Sedar tak sedar sudah hampir pukul 10 malam . Drama yang ditayangkan itu dilihat dengan penuh perasaan teruja . Sedang aku melayan perasaan melihat drama itu , terdengar bunyi yang sama seperti petang tadi dari arah bilikku .

Tum ! Tum ! Tum !

Bunyi yang menghantuiku petang tadi kini kembali . Bunyi yang menakutkan itu ku amati . Ya ! Aku yakin bunyi itu datang dari dinding bilikku . Dinding ? Ada apa dengan dinding tu ?

Aku cuba memberanikan diriku . Aku bangkit dari sofa dan berjalan tenang menuju ke arah bunyi yang menghantuiku itu . Semakin lama jarak antara aku dan dinding itu semakin dekat . Perasaan ingin tahu aku juga semakin tinggi .

Aku meraba raba dinding itu . Mungkin ada kata kunci yang boleh aku cari . Aku mengambil lampu UV untuk mengesan tulisan tersembunyi . Tepat jangkaanku ! Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ada coretan rahsia di dinding
" Help me !"

Aku yakin ada sesuatu yang tersembunyi di dalam . Aku juga yakin pemilik asal rumah ni tau kisah disebalik semua ni .

Nombor telefon Den didail .

" Yow Haziq ! Kenapa ni tiba je call aku?"

" Den , kau taknak bagitau aku apa sebernanya yang jadi kat rumah ni?"

👷🏻‍♂️👷🏻‍♂️👷🏻‍♂️👷🏻‍♂️👷🏻‍♂️👷🏻‍♂️

2013

" Kau ni hidup kerjanya menyusahkan aku je tau tak"

" Ris , tolonglah i merayu jangan buat i macamni . Kan i dah kata kita kawin je . Susah sangat ke you nak ikut cakap i . Anak kita dalam perut i ni dah tunggu dah"

Ris yang sedang sibuk menggali dinding itu menahan marah yang amat !

" Kepala hotak kau lah . Kau dengan anak kau dah boleh mampus dalam ni"

"Sampai hati kau Ris buat aku macamni ! Aku janji aku akan balas dendam !"

Sebelum Ris sempat menghumbannya kedalam dinding itu , Nia sempat menulis sesuatu di dinding itu . Muka Ris penuh dengan kepuasan apabila dinding itu siap diturap dengan simen .

👻👻👻👻👻

" So macam tu lah ceritanya . Aku minta maaf sebab rahsiakan dari kau . Ada apa apa yang jadi kat kau ke?"

" Astaghfirullah...."

#DudukRumah
SeramMY

Duduk Rumah Bersama Wattpad Where stories live. Discover now