Bab 4

151 13 0
                                    

"OMG!! Takkanlah kita betul betul akan siasat dan perhatikan group tuh?!" Syiraz bermundar mandir didalam bilik pengawas. Cikgu Qhairul pula awal awal lagi sudah keluar selepas memberi penerangan tentang kumpulan Devil of Z itu. Jadi, tinggallah mereka sahaja didalam bilik pengawas.

"Calm down Syiraz. Tak ada apa apa yang akan jadi. Kita cuma perlu perhatikan kumpulan tu jer." Ujar Fitri.

"And... Siasat apa yang mereka buat!" Sambung Azfar. Flying kiss dihadiahkan khas buat girlfriend tercintanya. Kahkahkah.

Fitri ketawa kecil. Menyempat jer Azfar nih! Tak malu betul!

"Kau kalau nak sweet takyah kat sini! Merana hati ini melihatnya. Sob sob..." Izz buat buat menangis.

"Tahulah ada buah hati." Tambah Farhan.

Azfar berdecit. Orang single memang macam tu eh? Perangai gila entah apa apa. Haktuih!

"Eh! Habis Ayris tu apa? Bukan buah hati kau?" Serentak, Farhan dan Ayris pandang Rafiq. Pandangan tajam diberi.

"Tak hingin!"

"Tak nak aku!"

Keduanya menjawab serentak tetapi berlainan jawapan. Masing masing menjeling sama sendiri sebelum berpeluk tubuh.

"Aku lagi tak hingin!"

"Aku lagi tak nak!"

Masih lagi serentak,berlainan jawapan.

"Ish!"

Serentak lagi. Dan...

"Tak payahlah ikut aku!!"

Serentak lagi. Ayris dan Farhan berperang mata.

"Orang tua tua cakap,kalau lama sangat bertentang mata nanti turun ke hati... Boleh jadi jodoh!" Izz mula mengusik. Lepas itu,buat highfive dengan Azfar dan Rafiq.

"Orang tua tua ada jugak cakap, kalau selalu sangat bergaduh. Nanti jadi jodoh." Rafiq juga menambah. Buat lagi highfive! Yeah!

Izyan,Fitri dan Syiraz pula hanya mampu ketawa. Kelakar!

Automatik Ayris dan Farhan alihkan pandangan. Tak nak berjodoh!

"Terbelah sekolah kalau aku berjodoh dengan mamat nih!" Omel Ayris. Tetapi masih lagi dapat didengar oleh Farhan.

"Kau fikir dunia tak terbelah bila aku berjodoh dengan kau?!" Farhan membidas. Tak nak mamat ni.

"Huh! Kalau aku berjodoh dengan kau, mahunya terbelah planet utarid!"

"Kalau aku berjo-"

"Hey! Stop it!" Suara Izyan.

Ayris dan Farhan diam. Takowdd!!

"Aku jodohkan korang sat gi! Tak sedar lagi yang diri tu dilantik jadi KP dan PKP! Masih lagi nak bergaduh! Kelas sama dari tingkatan 3 sampai sekarang. Tapi tak pandai nak berbaik!" Sudah! Aura singa Izyan dah keluar. Siap bercekak pinggang lagi.Sesuai sangatlah dia jadi AJKT. Garang! Semua pelajar takut.

"Sorry Izyan..." Ucap Ayris.

"Janji tak gaduh dah..." Farhan menyambung. Ayris dijeling menyampah. Jelingan itu dibalas juga oleh Ayris.

Izyan dan yang lain pula tahan tawa. Yalah tu tak gaduh lagi. Gaduh mata masih lagi ada tuh! Tak dapat pakai janji diaorang berdua nih! Haha.

"Okey...Aku maafkan." Kata Izyan senada. Tengah tahan nak lepas gelak. Kelakar sangat tengok Ayris fan Farhan ni. Macam budak budak! Sedangkan umur dah 17 tahun. Haih....Apa nak jadi kawan ku yini oii...

                         







"HAI Nerish..." Terus Ayris mendongak. Buku ditutup. Berhenti membaca. Dan pandang lelaki yang menyapanya. Ohh...Farish Zarkasyi. Kembar seiras Farhan. Ataupun merangkap kawan baiknya juga. Macam mana Ayris tahu itu Farish? Sebab kalau Farish, dia akan pakai kaca mata. Tak macam Farhan jembalang tu. Tapi kalau nak dibandingkan Farish dan Farhan, Farhan lebih famous berbanding Farish. Sedangkan mereka berdua muka sama. Handsome pulak tu! Nama pun kembar,mestilah muka sama. Haha. Tapi tak tahu pula kenapa Farish ni tak terkenal sangat macam abang kembar dia. Mungkin Farish nampak macam nerd sangat kot. Dan tak berapa nak peramah. Farish kenal Ayris pun dari tingkatan 3. Itu pun sebab Ayris tu.... Rahsia! Haha.

"Hai Farish... Duduklah." Pelawa Ayris. Sekarang ini masa rehat, jadi tak kisahlah kalau mereka berdua dapat berjumpa.

"Mana kawan awak yang lain?" Soal Farish. Wajah putih bersih Ayris dipandang. Sangat mendamaikan hatinya!

"Diaorang pergi ronda block akademik. Takut ada budak yang tak keluar rehat." Jawab Ayris. Sandwich yang baru dibeli disuap masuk kedalam mulutnya.

"Tiga tiga sekali?"

"Eh! Tak! Fitri dengan Izyan jer. Syiraz ke tandas sekejap." Sengih Ayris. Membetulkan kesalahannya.

Farish angguk kepala.

"Saya dengar, awak jadi PKP. And KP pulak Farhan." Melayang terus mood Ayris bila dengar nama jembalang itu.

"Hmm..." Itu sahaja balasan Ayris. Farish ketawa kecil. Comel betul!

"Tak gaduh ke?" Tanya Farish. Ingin mengusik.

"Macam biasalah... Cukuplah Farish, tak nak cerita apa apa kaitan pasal dia." Rungut Ayris cemberut.

Farish ketawa lagi.

"Yalah...Tapi saya nak awak tahu, Farhan tu tak sejahat yang awak fikirkan."

Hah! Ini yang Ayris suka tentang Farish. Dia terlampau baik dan berfikiran positif. Tak macam Farhan jembalang tu! Perangai jauh beza. Apa apa pun, Farhan tetap jahat macam jembalang dimata Ayris. Kahkahkah.

"Baik Farish..." ringkas jawapan Ayris membuatkan Farish ketawa lagi. Haih... Awak sempurna sangat Nerish.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now