Hazel tersenyum lebar. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ethan kerana telah membuatkan sarapan untuknya.

"Apa ini? Selama 11 tahun aku berkawan dengan kau, tak pernah lagi kau buat breakfast untuk aku." rungut Lucas. Dia menjeling Ethan tidak puas hati.

"Layak ke kau?" balas Ethan sarkastik.

Lucas mendengus geram. Sakit hati mendengar jawapan Ethan itu. Hazel dan Theo tertawa.

Hazel mengerling ke arah Jayden. Lelaki itu sejak tadi hanya diam sahaja. Kalau jejaka itu ada sekalipun, kehadiran lelaki itu sama sahaja seperti tidak ada. Sekadar diam dan hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berempat.

"Kau orang tak datang awal, ke? Bukan ke kau orang ada acara hari ini?" tanya Hazel pelik. Dia sampai terlupa bahawa mereka berlima sudah terlambat hendak ke sekolah.

"Kita dah lambat nak pergi sekolah ini" sambung Hazel lagi. Kalut dia dibuatnya tetapi tidak bagi empat jejaka itu. Mereka hanya berjalan santai dengan iringan siulan yang dibuat Theo.

"Relax lah. Awal lagi, pretty." ujar Theo. Hazel mengerutkan dahinya.

"Tapi..."

"Shh." Bunyi sahaja lembut tapi tangannya menekup mulut Hazel kuat.

"Umph!" Hazel menepuk-nepuk tangan Theo. Theo tertawa setelah melepaskan tekupan.

"Bisinglah."

Semua memandang ke arah Lucas. Selepas Ethan memberi ayat yang menyentapkan jiwa raganya, terus sahaja dia berubah menjadi si badboy yang terpengaruh dengan perwatakan dingin Jayden.

"Oh gosh! Did you said 'bisinglah' a few seconds ago?" ujar Theo tidak percaya. Si kaki drama memulakan wataknya.

"Shut up!" Theo menekup mulut tidak percaya apabila dimarahi Lucas. Wajah Lucas kelihatan masam sahaja.

"Lucas! Where are you?" Bahu Lucas dipegang lalu digoyang-goyangkan ke depan dan ke belakang dengan laju oleh Theo.

Pap!

"Ha! Kan dah mendapat!" Puas hati Lucas dapat mengetuk kepala Theo. Pening kepalanya dibuatnya apabila digoyang-goyangkan Theo sampai begitu sekali.

"Sampai hati you baby!" Masing-masing membuat muka geli apabila Theo menunjukkan riak ingin menangis dan mengeluarkan suara ala ala maknyah miliknya.

"Drama king." komen Jayden yang hanya diam sejak tadi.

"Ehem." Theo berdehem ingin membetulkan suaranya.

"Agak-agak boleh dapat Music Hit Award tak? Terror kan aku berlakon?"

Hazel membuat muka pelik. Tak tahu lah Theo buat-buat tidak tahu atau memang tidak tahu. Music Hit Award adalah anugerah untuk penyanyi dan lagu terbaik.

"Aku tahu kau bebal tapi jangan tunjuk sangat. Simpan dekat bawah katil untuk masa hadapan. Music Hit award itu anugerah untuk muzik."

Jayden menepuk bahu Theo beberapa kali selepas mengatakan ayat sindirannya itu. Dia melangkah mendahului sahabat-sahabatnya yang lain.

"Woah!" Theo memegang dadanya yang seperti dipanah dengan kata-kata sindiran Jayden itu. Seperti yang dinyatakan tadi. He is a drama king.

"Eh jom cepatlah! Dah lambat!" Hazel berlari anak mengejar langkah Jayden bersama Ethan. Theo dan Lucas sahaja yang berjalan santai sahaja.

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now