[1]

3K 171 90
                                    

Sebulan telah berlalu sejak kejadian gelap yang melenyapkan salah satu Elemental dari BoBoiBoy.Element Tanah.

"Eiii!Apa ni!!!Bagi balik Baja Thorn lah!!Solar tembak nanti!" Solar menahan amarah.Ais hanya tersengih nakal sambil melarikan Baja tanaman Thorn yang dibawa Solar.Thorn hanya mengurut dahinya.Makin dilayan makin pening dia dengan adik beradiknya.

"Solar!Tak perlulah kejar si Ais itu.Nanti dia tertidur,kita ambil semula." Thorn tersenyum.Kepala Solar diusap.Solar mengeluh kesal.Ais yang sedang mengendong baja itu dijeling tajam.Ais hanya bersiul.Senyuman sinis terukir megah di bibir Ais.Kening pengendali Ais itu dijongket.

Solar mengengam penumbuknya.Geramnya dia dengan Ais itu hanya Thorn yang tahu.Solar mendengus lalu mengangguk lemah.Thorn tersenyum girang.Tangan Solar diraih lalu mereka berdua berjalan pergi ke Taman Botani Mini Thorn itu.

"Ahahahaha!Kejarlah kalau dapat!!!" Suara nyaring itu bergema di dalam rumah.Ais hanya memandang rumah itu senget.

"TAUFAN!!!AKU BUNUH ENGKAU!!AKU PASTI BUNUH ENGKAU!!!HARIMAU API!!!KEJAR DIA!!!"

"HALAMAK!!TIDAK!!!"

"Semoga umur Taufan pendek." Itu sahaja ucapan Ais.Ais berjalan keluar dari kawasan rumah itu.Baja yang diambil tadi sempat diletakkan kembali di pintu Taman Botani Mini itu.

"Ah~Masa untuk ambil udara segar~" Ais berjalan tenang.Tangannya diregangkan.Dia memandang susana sekeliling.Baginya,mendengar kicauan burung mahupun titisan air sangat menenangkan.

Malang sekali,badannya berlanggar dengan seseorang.Disebabkan jejaka misteri itu sedang berlari,perlanggaran itu memberi impak yang agak kuat menyebabkan kedua dua mereka terduduk.

"Aduh!"

"Akh!Woi!Mata kat mana?!" Ais menengking geram.Tiba tiba sahaja dia terkedu pabila melihat mata jejaka yang melanggarnya.

Iris Emas.

Ais memandang mata jejaka itu lama.Tangannya perlahan lahan mengusap pipi jejaka itu perlahan.

"Ais..." Jejaki itu bersuara perlahan.Terketar ketar dia menyebut nama jejaka beriris biru itu.

"Kita...Pernah berjumpa ke sebelum ini?" Sakit.Sakit hati jejaka itu dengan ayat yang baru dilontarkan Ais tadi.Air jernih perlahan lahan keluar dari tubir matanya.

"A-aku ni..Gempa!BoBoiBoy Gempa!Takkan korang...Tak ingat aku?!"

Gempa..?

BoBoiBoy Gempa...?

"Kau ni siapa?!Jangan berani sentuh aku!" Tangannya ditarik kasar.Gempa terkedu.

Korang dah janji takkan lupakan Aku...
Korang dah...
Janji...

Gempa tergamam.Topi yang dipakai Gempa di bawa ke depan.

"M-maaf...Rasanya ini satu salah faham...Urm...Saya...Nama saya...Rizal- eh tak!Qys.Aqys Ilham...Saya sedang mencari seseorang bernama...Tok Aba..." Gempa mengatur ayatnya perlahan.Topi yang dipakak itu direndahkan.

"Ah...Tok Aba...Kebetulan.Itu atok aku.Apapun.Aku BoBoiBoy Ais.Tak tahu macam mana kau boleh kenal...Biarlah.Ha...Kau jalan sana...Belok kiri lepastu jumpalah rumah Tok Aba.Tengok je rumah yang keluar asap.Itu rumah Tok Aba." Ais menjuih juihkan bibirnya ke satu arah sambil menerangkan jalan.Rasanya tak perlu kot Ais.Itukan Gempa XD.

"Ah.Ye.Terima kasih." Gempa menunduk hormat.Ais hanya memandang sepi.Ais menguap perlahan.Tangannya diregangkan.

"Oh ya." Sebelum sempat Gempa mengorak langkah,Ais berkata perlahan.Tangan Ais diletakkan di belakang.Gempa meneguk air liurnya kelat.Terasa seperti berhadapan dengan Halilintar sekarang.

We LOVE You! |BBB GempaWhere stories live. Discover now