1

397 1 0
                                    

"Zalia..senduknya mana? Makan dah hidang tapi senduk pula tak letak..semua nak aku ajar ke?"

"Ya mak..sekejap.." kelam kabut Zalia mencapai senduk di dalam bekas khas berada di tepi sinki. Api dapur diperlahankan dan dia mendukung bayinya yang berusia 8 bulan menuju ke ruang makan.

"Lain kali bila hidang makanan tu..letak siap siap senduk sudu pinggan mangkuk semua..barulah tak menyusahkan.." bebel Pn. Hasimah.

"Ya mak..lia terlupa tadi..kalut dengan  Athia menangis." Ujar Zalia perlahan.

"Awak pon..benda kecik macam tu pun nak suruh Lia yang buat.. anak dara awak tu buat apa? Apa lah susah sangat nak ambil senduk kat dapur tu." Tukas En. Arshad. Terdiam si anak dara pemalas yang sudah pun menikmati sarapannya.

"Eh, Kila ni muda lagi. Bukan tugas dia nak buat semua kerja ni. Lagipun apa guna saya ada menantu kalau tak boleh tolong buat kerja rumah. Abang nak tolong?" Balas Pn. Hasimah sedikit meninggi. Geram bila hal anak kesayangannya diusik.

Zalia menelan liur kelat. Dia sesungguhnya tidak selesa dengan keadaan itu. Perbalahan mulut antara mertuanya yang dirasakan berpunca dari dirinya. Cepat- cepat dia mahu melarikan diri dari situasi kekok itu.

"Mak abah jemput makan. Lia nak ke dapur dulu." Ujarnya sambil berura- ura mahu meninggalkan ruang makan itu.

"Makan sekali Lia. Reza dah pergi kerja?"

"Lia dah makan dengan abang Reza tadi sebelum abang pergi kerja. Lia kedapur dulu bah.."

En. Arshad hanya memandang sayu kepada menantunya yang beransur meninggalkan ruang itu. Jatuh rasa kasihan kepada wanita muda itu. Bukan dia buta untuk tidak nampak layanan isteri dan anak- anaknya terhadap menantunya yang satu itu.

*******************

Tubuh lesu dibaringkan diatas tilam yang bercadar bunga-bunga. Wajah bayinya yang ralit bermain jemari sendiri ditenung. Terukir satu senyuman dibibirnya. Hilang terasa penatnya apabila melihat wajah putri kesayangannya yang girang.

"Doakan ibu kuat ya sayang." Bisik Zalia lirih. Terasa pedih di sudut hatinya namun rasa itu dipendam saja.

Beberapa minit melayan karenah Athia, Zalia bangkit bersiap untuk klinik. Hari ini Athia ada temujanji bulanan. T-shirt diganti dengan sehelai blaus polos bewarna biru dan dipadankan dengan sehelai seluar bewarna krim. Dia merias wajahnya ala kadar sahaja. Seusai mengemaskan rambutnya, dia mengambil tas tangan dan mengangkat Athia keluar.

"Lia pergi klinik dulu mak," katanya apabila melihat ibu mertuanya berada di ruang tamu. Wanita itu ralit menonton tv bersama anak daranya.

" hah, keluar ni jangan lama-lama. Kalau tak makan tengah hari nanti siapa nak siapkan?"

Zalia tersenyum pahit. " Lia dah siapkan semuanya mak. Tinggal panaskan aje bila nak makan nanti."

"Leceh nak kena panaskan bagai. Semaklah!" Si dara pemalas menyampuk.

Malas melayan ocehan si adik ipar yang menyakitkan hati. Zalia cepat- cepat menuju kearah pintu. Kebetulan sebuah kereta Toyota Vios tiba dihadapan rumah. Cepat saja dia memboloskan diri kedalam kereta merah itu.

Zalia menyelesakan duduknya didalam kereta. Anaknya masih ralit memandang kiri dan kanan. Meneroka pemandangan baru barangkali. Matanya memandang kearah pemandu dan pada masa yang sama si pemandu turut memerhatikannya melalui cermin.

"Sampai bila kau nak macam ni?" Soal si pemandu agak keras. Wajah Zalia dipandang melalui cermin. Jelas terpancar kelesuan di wajah wanita muda itu. Hilang sudah serinya yang dahulu.

"Aku okay lah..kau tak payah risau lah" sela Zalia perlahan. Pipi tembam anaknya dicubit geram.

"Okay apanya macam ni. Tu muka tu..serabut je aku tengok, muka yang ada masalah. Aku ni kawan kau dari dulu lagi tahu..sekali aku tengok aku tahu kau okay ke tidak."

"Kau ni overacting la Ju. Aku okay je la. Kau je yang risau melebih." Tukas Zalia. Menyesal pula dia mengadu nasib kepada temannya dahulu. Semuanya gara-gara tidak tahan memendam rasa lalu dia meluahkan segalanya kepada sahabatnya itu.
" thanks tau tolong hantar aku hari ni" ucapnya untuk mengubah topik.

" hmm.. aku okay je. Kau cakap je nak pergi mana.. aku boleh hantar. Haa satu lagi..asal aku ni dicop jadi Grab kau hah?"

"Biarlah..saja aku malas nak bagitahu."

"Yang si Reza ni dah sibuk mengalahkan menteri dah kenapa? Asyik kau sorang je yang bawak Athia bila appointment. Kehulu hilir seorang diri macam budak ni tak de bapak. Agaknya kalau aku tak ada, berpanaslah korang dua beranak menunggu grab." Makin rancak pula si Ju membebel.

Zalia hanya menayang wajah tanpa perasaan. Dia sudah lali dengan mulut Juliana yang laser itu. Sikit pon dia tidak makan hati dengan kata- kata sahabatnya itu. Yang membuatnya makan hati ialah Reza, suaminya sendiri.

Memang benar yang dikatakan oleh Juliana. Suaminya sentiasa sibuk sehingga dia terpaksa menguruskan semuanya sendiri. Dia hanya wanita biasa, bukannya wanita besi. Dia turut merasa kepenatan apabila setiap hari menjaga kebajikan suaminya, melayan karenah bayinya yang semakin membesar disamping terpaksa menguruskan hal keperluan dirumah. Siapa tidak penat jika malam terpaksa bersekang mata menjaga bayi dan awal paginya dia terpaksa menguruskan semua kerja rumah dari memasak, mengemas dan mencuci pakaian.

Nafas berat dihela perlahan. Dia cuba memujuk hatinya sendiri supaya redha. Sedaya upaya dia bertahan demi sebuah ikatan perkahwinan. Semuanya rela ditelan walau hatinya walang.

"Kau tak rasa ke yang kau buat keputusan terburu-buru dulu? Ya lah, kau kenal Reza sekejap je kan, lepastu terus kahwin."

Tersentap hati Zalia mendengar soalan maut Juliana.

"Kalau kau kahwin dengan Ha.."

"Stop it Juliana. Aku tak suka kau cakap macam ni. Macam mana kau tahu kalau aku kahwin dengan Hariz kehidupan aku lagi better dari ni? Aku terima jodoh aku dengan Reza. Kita tak sempurna Ju, aku tak sempurna, kau tak sempurna, begitu juga dengan Reza. Aku terima semua ni atas ujian rumah tangga aku, aku akan pertahankan selagi aku mampu.."

Serba salah pula Juliana apabila melihat sahabatnya itu mula bergenang air mata. Terbit rasa bersalah disudut hatinya. Sepatutnya dia memberi sokongan kepada Zalia. Bukannya terus terusan menekan wanita itu.

"Sorry babe.. please jangan nangis. Aku tak suka tengok kau nangis. Aku mintak maaf ya kalau aku dah sakitkan hati kau. Aku belanja kau makan eh..takmo nangis- nangis ya.." sekotak tisu dihulurkan kepada Zalia.

"It's okay. Tapi please lepas ni jangan nak sebut nama dia. Aku tak suka." Ujar Zalia tegas.

"Aye aye captain" Juliana mengangkat tabik seraya bercanda.

Perjalanan diteruskan diselangi dengan tawa kecil mereka berdua. Bila jarang bertemu, ada saja yang hendak diborakkan.





Nota kaki:
hi there, first time writer here. Feel free to comment okies ❤️.. thanks sugar

Cinta Yang KeduaWhere stories live. Discover now