2

254 1 0
                                    


"Sayang.."

Tersentak Zalia apabila pinggangnya dipeluk oleh suaminya. Jauh rupanya dia termenung dibalkoni biliknya. Terasa dagu Reza dilabuhkan diatas bahunya. Pelukan dieratkan. Tangan naik mengusap jemari suaminya yang berada diperut.

"Sayang menung apa ni? Sampai abang masuk bilik pon tak perasan."

"Tak ada apalah. Saja je sayang ambil angin kat luar ni. Abang dah lama balik?" Soal Zalia, sedikit ralat kerana tidak menyambut suaminya tadi.

"Dah setengah jam abang balik. Sembang dengan mak sekejap kat bawah."

Zalia hanya diam sahaja. Sudah masak dengan keadaan itu. Setiap kali pulang kerja, suaminya itu akan berjumpa ibu mertuanya dulu. Kemudian barulah giliran dia dan anak mereka. Pernah sekali Reza terus mendapatkan anak isterinya dulu sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, terus naik hantu ibu mertuanya itu. Lancang saja dia menuduh anaknya itu melebihkan isteri daripada ibu sendiri.

Kadang kala Zalia sendiri pelik. Kelakuan ibu mertuanya itu seolah cemburu dengan mereka suami isteri.
Namun dia pendamkan sahaja rasa tidak puas hatinya memandangkan wanita itu merupakan syurga buat suaminya.

"Bestnya anak papa tidur. Ni buat papa geram nak cubit ni.." kata Reza sambil duduk dibirai katil. Pipi gebu anaknya yang ralit tido didalam baby cot dicuit geram.

"Athea meragam sikit hari ni. Sayang nak buat kerja pun susah..asyik merengek." Adu Zalia sambil mendapatkan suaminya.

"Alolo..sian dekat ibu. Meh abang urutkan." Sambil bercanda Reza mengurut bahu Zalia lembut.

Terpejam mata Zalia menikmati urutan dari suaminya. Nikmat rasanya apabila diurut saat tubuh kepenatan. Baru saja nak feeling, terasa tangan suaminya semakin menjalar ke bawah. Mengeliat kegelian Zalia dengan usikan suaminya itu.

"Abanggggg.."

"Abang rindulah." Ujar Reza perlahan. Jarinya bermain di pangkal leher mulus Zalia.

"Abang ni, dah la baru balik kerja. Mandi pun belum kan," tertahan-tahan Zalia bersuara. "Arghhh" Zalia terjerit kecil apabila tubuhnya dicempung secara tiba-tiba. Dia menekup mulutnya sendiri, bimbang mengejutkan lena si dara kecil yang diulit mimpi.

"Terkejut sayang. Apalah abang ni, tak bagi signal dulu," kata Zalia separuh bercanda. Dada suaminya dipukul manja. Lelaki itu hanya ketawa kecil.

"Dah sayang cakap abang belum mandi kan. Jom la mandi sesama," kaki di atur menuju ke bilik air.

Tidur lena ya sayang papa. Papa and ibu going to have a hot and steamy bath. Senyuman suka tersungging dibibir Reza sebelum dia menutup pintu tandas.

********************

Masya Allah... Dah macam sarang tikus singki ni, padahal semalam aku dah cuci semuanya, rungut Zalia sendiri. Hatinya mendongkol geram melihat keadaan singki yang dipenuhi pinggan mangkuk dan cawan yang kotor. Diatas table top pula bertaburan plastik pembungkus Maggi berserta sisa mee segera.

Sedaya upaya dia menahan sabar. Kalau diikutkan, mahu saja dia sumbat plastik Maggi itu kedalam mulut celupar adik iparnya itu. Namun dia masih bersabar kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Usai saja dia membersihkan semua kotoran, Zalia memulakan tugasnya untuk memasak. Memandangkan hari ini merupakan hari minggu, dia mahu memasak nasi lemak untuk santapan suami tercinta.

Dalam ralit bersilat di dapur, telinganya menangkap suara bayinya menangis. Api dapur diperlahankan sebelum dia bergegas menuju ke bilik.

Bayinya yang menangis didalam baby cot segera didukung. Ditepuk perlahan belakang anaknya untuk meredakan tangisan yang semakin kuat. Seketika dia memandang kearah suaminya yang masih lena berlingkar diulit mimpi. Sedikit pun tidak terganggu dengan tangisan si anak.

"Abang, tolong tengokkan Athia kejap. Sayang tengah masak ni." Kaki suaminya dikuis perlahan.

"Hmmm" gumam Reza. Kasar. Selimut ditarik menutup mukanya.

Keluhan terbit dari mulut. Tanpa kata Zalia menggendong bayinya menggunakan baby carrier. Tiada masa untuk berkecil hati, masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

Tepat pukul 9 pagi, semua penghuni rumah teres dua tingkat itu mula memenuhi meja makan. Usai saja melayani Reza di meja makan, Zalia bergerak ke bilik laundry. Niatnya mahu menjemur pakaian yang tidak sempat dijemur semalam. Sementara anaknya sedang tidur, sempatlah dia menyiapkan kerja rumah.

Ya Allah... Apa benda semua ni? Omel Zalia sendiri. Rasa marah, sebak semua bercampur baur dalam hatinya. Geram hatinya melihat pakaian kotor adik iparnya dilonggokkan didalam bakul baju yang sudah dicuci semalam.

Seperti mahu menangis Zalia dibuatnya. Sudahlah dari subuh lagi dia belum berehat. Perutnya juga belum lagi diisi! Kesabaran terasa makin menipis. Laju langkah diatur ke ruang makan.

"Kila, kenapa longgokan baju kotor dalam bakul biru tu? Semua tu baju akak dah basuh semalam. Dah satu kerja pula nak basuh sekali lagi."

"Lah, mana aku tahu baju tu dah basuh."

Menyirap pula darah Zalia mendengar balasan selamba gadis muda itu.

"Yang kamu pergi letak bakul baju yang dah cuci kat situ tu dah kenapa. Dah basuh jemurlah terus. Tak kan tu pun nak kena ajar. Mana la Kila ni tahu yang tu semua baju yang dah basuh.." kata Pn. Hasimah, membela anak gadisnya.

" Takkan tak boleh beza baju yang dah basuh atau belum? Boleh check kan sebelum longgok macam tu." Balas Zalia. Masih tak berpuas hati.

"Lain kali tengok la dulu Kila. Kesian dekat kakak kau tu..dah kena basuh sekali lagi." Sejuk sikit hati Zalia mendengar kata- kata ayah mertuanya.

" Lah.. bukan kena basuh pakai tangan pun kan? Tekan je mesin basuh tu, siap! Tak berpeluh pun lahh." Bentak Kila kuat. Sempat lagi dia menjeling ke arah Zalia yang berdiri disisi meja makan.

"Dah!!" Lantang suara Reza memenuhi ruangan makan. "Nak makan pun tak senang lah. Basuh je la balik baju tu semua. Benda kecik pun nak bising ke?" Pinggan nasi ditolak kedepan dan Reza bangkit berlalu keluar.

Kila turut bangun dari kerusi. "Potong mood nak makan lah!" Bentaknya, turut berlalu.

"Hah tu lah kau. Pagi-pagi dah memekak. Habis hilang selera aku anak beranak."

Bungkam Zalia dengan keadaan itu. Terguris hati kecilnya dengan kelakuan suaminya. Hanya ayah mertuanya yang masih setia duduk dimeja makan. Pandangan dari ayah mertuanya benar-benar mengusik hatinya.

"Mari makan nak..teman ayah makan ya," pelawa En. Arshad.

Berkaca mata Zalia. Hanya ayah mertuanya saja yang melayannya baik. Suaminya juga sudah berubah. Bukan dia tidak perasan, sejak sebulan lepas Reza hanya melayannya acuh tak acuh. Entah dimana silapnya, dia sendiri pun tak tahu.

"Ayah makan la dulu ya..Lia ada kerja lagi dekat belakang." Ujar Zalia sebelum berlalu. Air mata yang bergenang disapu perlahan.





Nota kaki: how about this sugar? Panas hati tak dengan dorang?
                   

Cinta Yang KeduaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin