4

87 1 0
                                    

Not bernilai Rm50 sebanyak empat keping digenggam kemas. Zalia sedaya upaya menahan perasaannya. Dia cuba bertenang kerana tidak mahu mencetuskan perbalahan.

"Abang, dua ratus ni tak cukup bang. Susu dan pampers Athia dah berapa. Nak belanja dapur lagi. Mana cukup bang.." berhati-hati Zalia bersuara.

"Itu je yang ada. Pandai- pandai lah berjimat. Abang bukannya kerja cop duit. Tak cukup tu awak tambah lah." Sedikit keras Reza bersuara.

"Nak jimat macam mana lagi bang? Memang yang abang bagi ni tak cukup. Macam mana saya nak jimat? Nak biar kan anak kita tu kelaparan? Macam tu?"

"Abang belikan mak rantai emas baru boleh pula. Bila saya minta duit belanja abang cakap tak de duit!" Keras Zalia bersuara.

"Dekat adik abang pon abang boleh belikan smartphone baru. Ada pula duit abang ya?" Sindirnya lagi.

Reza bingkas dari duduknya. Mencerlung matanya menikam wajah Zalia yang duduk di meja solek. Panas hatinya mendengar omelan si isteri.

"Awak jangan nak mengungkit. Yang abang belanja tu mak abang, adik abang. Bukan orang luar. Tak boleh ke abang nak berbelanja duit gaji abang untuk keluarga abang sendiri?" Tengking Reza.

Zalia turut berdiri. Menghadap suaminya yang berang. Sabarnya sudah mencapai tahap maksima. Semudah itu suaminya menutur kata seolah dia bukan sesiapa!

" Keluarga? Habis tu saya dengan Athia ni siapa? Orang luar ke? Bukan keluarga abang ke? Saya ni isteri abang, Athia tu darah daging abang. Kenapa kami kena mengemis seperti orang luar sedangkan kami ni tanggungjawab abang?"

"Tak boleh ke abang lebihkan anak isteri abang dulu? Cukupkan keperluan kami sebelum orang lain? Tak boleh ke bang?"

"Macam-macam dah saya berkorban untuk abang, untuk keluarga abang. Ini yang saya dapat. Saya cuba buat yang terbaik tapi saya dah tak tahan. Saya penat. Penat nak hadap semua drama ni!" Bentak Zalia geram.

Dang!! Reza menendang meja kecil yang berada di sisi katil. Serentak Athia yang berada di dalam baby cot turut menangis. Cepat- cepat Zalia mendapatkan bayinya lalu dibawa ke pelukan. Dia cuba menenangkan Athia sedangkan hatinya juga turut berperang hebat.

"Mengungkit!! Itu je lah yang kau tahu. Penat kau je yang kau fikir. Penat aku macam mana?" Suara Reza melengking kuat. " Sebab duit kau nak bising. Aku habiskan duit dekat mak bapak aku. Syurga aku!!"

"Habis tu abang ingat abang boleh masuk syurga ke kalau buat Lia dan Athia macam ni?"

Pang!! Satu tamparan sulung singgah di pipi Zalia. Terundur badannya ke belakang. Mujurlah Athia kemas berada dalam pelukannya. Pedih pada kulit pipi namun tidak terlawan pedih di hatinya.

"Kurang ajar!! Aku menyesal lah kahwin dengan kau ni! Tak sedar di untung " bentak Reza sebelum berlalu. Pintu bilik dihempas kuat menandakan hatinya yang panas.

Zalia jatuh terduduk di atas lantai. Setitis air mata gugur dan kelamaan bertukar menjadi tangisan yang pilu. Semakin berlagu tangisan mereka dua beranak memenuhi ruang bilik itu.

Ting! Bunyi dari telefon Reza yang berada di atas katil menyedarkan Zalia. Sedaya upaya dia cuba menahan tangisannya. Rasa ingin tahu menerjah hatinya lalu telefon milik suaminya itu dicapai.

    Thanks for the presents B. Tak sabar nak jumpa malam ni ❤️❤️.

Ya Allah!! Ujian apa lagikah ini. Zalia mengongoi sayu. Satu persatu ujian menimpa dirinya. Hanya tangisan pilu saja yang mampu di luahkan untuk meredakan rasa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Yang KeduaWhere stories live. Discover now