Eunbyul mengangguk, dia dapat agak mesti brownies tersebut sudah habis.

Chincha? Urmm.. tak apa lah. Lagipun dah masuk tengahari mesti ramai orang beli.” Eunbyul menarik senyuman.

Momma mianhae baby.. tak dapat makan brownies sekarang.

Eunbyul mengusap perutnya yang berlapiskan bathrobe labuh paras betis.

“ Aku tak nak pergi jauh sebab takut tak sempat. Lagi 45 minit majlis.... ” Seonhwa menyatakan keadaan sebenar. Sebentar tadi pun bukan main kesesakan lalu lintas.

Eunbyul menepuk-nepuk lengan Seonhwa. Tidak mahu kawannua itu rasa bersalah.

Seonhwa memandang Hyesun si bini Seokjin yang sarat mengandung itu berbual dengan yang lain. Setahu dia, Sunny ada buka sebuah kafé.

“ Kau nak aku bagitahu eonnie Sunny? Mana tahu café eonnie ada brownies. ” Soalan Seonhwa mendapat gelengan daripada Eunbyul.

“ Jangan..jangan aku okay je. Kau bersiap lah dengan yang lain.” Senyum Eunbyul. Ditolaknya Seonhwa supaya pergi.

Nak kahwin kena senyum takut ketat muka!

Seonhwa pasrah dan berlalu pergi. Sempat pipi gebu Eunbyul dicubit.

Mia hanya gelak kecil melihat jelingan padu Eunbyul melalui biasan cermin.

“ Taknak aku suruh abang aku pergi belikan? Taehyung mesti berdesup laju punya pergi beli. ” Mia memberi cadangan.

Tahu sangat yang abang nya yang satu tu. Sayang sangat dengan Eunbyul. Kadang-kadang dia cemburu juga lihat Eunbyul dimanjakan lebih oleh tiga orang abangnya itu.

“ Tak apa, aku belum sampai tahap nak meroyan sebab tak dapat makanan mengidam.” 

“ Jungkook je tahu tahap meroyan aku bila makanan yang aku mengidam tak dapat. Kau bayangkanlah Mia, aku boleh mengidam nak makan kek coklat pukul 3 pagi bulan lepas. Puas Jungkook cakap esok dia carikan.”

Mereka saling tergelak kecil.

“ Pastu macam mana? Jangan cakap kau pergi redah dapur. ” Teka Mia. Simpulan sanggul dikemaskan.

Eunbyul senyum meleret.

“ Kau rasa? ”

“ Aku rasa kau buat kek tu. ” Yakin Mia.

“ Bingo! ” Eunbyul menepuk tangannya. Seorang Cha Eunbyul akan usahakan apa yang dia nak!

Masih Segar ingatannya tentang memori tersebut. Walaupun Jungkook

“ Baby jangan ikut perangai momma tahu! Degil! ”  Mia bercakap dengan perut Eunbyul.

Telefon Eunbyul yang berada atas meja solek bergetar. Tanpa membuang masa Eunbyul mencapai telefon.

Melihat nama pemanggil, melebar senyuman Eunbyul.

Eheee!






♥️Gookie♥️ incoming call






Eo, Jungkook call. ” Nada suara Eunbyul kedengaran ceria.

“ Jawablah. Dah siap ni. Habis je kau call aku tolong kau tukar baju. ”  Mia menepuk bahu Eunbyul dan berlalu pergi.

Telefon dilekapkan di telinga sebaik sahaja Mia memberi ruang kepadanya.

“ Baby, mwohani? ” Suara Jungkook yang manja itu membuatkan Eunbyul mengukir senyum. Jelas kedengaran betapa riuhnya keadaan bilik itu dengan suara Seokjin dan Taehyung yang membuat konsert.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now