"Okey." Lucas bersandar di pagar yang memisahkan tempat duduk penonton dan trek larian serta padang yang berada di tengah-tengah.

"Theo mana?" Pelik apabila wajah kawannya yang seorang itu tidak ada.

"Training hoki." balas Jayden ringkas.

"Tournament hoki dah nak dekat, ke?" tanya Lucas teruja.

"Katanya lepas cuti sekolah." balas Jayden.

Lucas tersenyum.

Mereka bangkit berdiri apabila semua murid sudah beransur ingin pulang. Mereka jalan seiring.

"Yow!" Theo memeluk leher Hazel dan Jayden yang berjalan bersebelahan.

"Game hoki aku dah dekat." ujar Theo teruja.

Dia memang meminati sukan hoki sejak di sekolah rendah lagi. Dia pernah memenangi sukan itu sehingga ke peringkat kebangsaan.

"Dah fikir tahun ini nak buat macam mana?" tanya Theo.

Hazel memandang Theo. Dia tidak faham langsung apa yang lelaki itu katakan.

"Nanti aku fikir." balas Lucas.

Theo membalas pandangan Hazel. Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.

"Nanti kau tahu, pretty." Hidung Hazel dicuit. Hazel mengangguk.

Mereka berlima tiba di tempat letak motor pelajar. Hazel hanya berdiri di sebelah Ethan sahaja. Lengannya dipegang oleh lelaki itu.

"Ada lepak dulu, tak?" tanya Theo. Dia naik ke atas motornya. Helmetnya dipegang.

"Ada. Pergi makan dulu." Theo mengangguk.

"Hazel naik siapa?" tanya Theo kepada Hazel.

"Aku hantar dia. Mama suruh dia balik awal. Kau orang pergi cari tempat dululah. Nanti inform." balas Ethan bagi pihak Hazel.

"Okey lah. Bye, pretty! Take care! I love you!" ucap Theo dengan senyuman manis terhias di bibirnya.

Hazel tergelak lalu mengangguk.

"Eee! Mana boleh! Hazel aku punya lah!
I love you Hazel!" Lucas turut mengucapkan perkataan sayang itu. Tidak mahu kalah dengan Theo.

"Awal lah" ujar Jayden yang sudah memakai helmet itu.

"Hish ya lah! Ingat tahu pretty aku sayang kau! Muah!" kata Theo siap buat flying kiss lagi. Hazel tergelak.

"Aku pun sayang kau!" Lucas juga tidak mahu kalah. Hazel mengangguk mengiyakan.

Terhibur dengan telatah Theo dan Lucas. Hazel melambai ke arah Theo, Lucas dan Jayden sebelum mereka bertiga berlalu pergi. Bunyi bising dari motor-motor berkuasa tinggi itu semakin hilang.

"Naik." arah Ethan kepada Hazel setelah dia naik ke atas motor miliknya.

Hazel hanya menuruti sahaja. Ethan menghidupkan enjin motornya lalu motornya digerakkan.

Dia memberhentikan motornya tidak jauh dari perhentian bas. Hazel dan Ethan turun dari motor. Mereka berdiri di bawah pohon yang tinggi berdekatan dengan perhentian bas itu.

"Tunggu sekejap." kata Ethan.

Hazel hanya mengangguk saja. Pelik juga apabila mereka berdiri di situ. Ethan memandang sekilas skrin telefonnya.

Tidak lama itu sebuah kereta berjenama Honda berhenti berdekatan dengan motor Ethan. Ethan menarik lengan Hazel.

"Aku call Grab untuk kau. Aku tahu kau nak pergi satu tempat. Aku tahu rahsia. So aku call Grab." terang Ethan.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now