Ali: Jangan takut. Aku takkan buat perkara teruk lah.

Nada nya lembut membuat ku berasa tenang. Jadi aku mengambil keputusan duduk sebelahnya.

Alicia: Kenapa ni Ali?
Ali: (Mengeluh) Aku tahu yang aku ni dah buat kau risau dan terseksa selama 3 tahun semasa aku pergi. Sebenarnya aku nak minta maaf.

Aku tak percaya, Ali yang dingin dan serius meminta maaf pada aku. Aku hanya tersenyum nipis.

Alicia: Tak Ali. Kau tak salah pun. Aku cuma tak boleh terima kenyataan kau tak ada dengan aku. Sebab kau kawan aku.

Ali menatap ku dengan senyuman manisnya. Ali cuba untuk cakap sesuatu, tapi dia ragu-ragu.

Alicia: Kenapa kau ni Ali? Cakap je.
Ali: Aku.....

Belum sempat Ali nak cakap, Ejen Dayang masuk ke dalam bilik rawatan. Dia tersenyum melihat kami berdua.

Dayang: Alicia, boleh keluar sekejap. Saya nak periksa keadaan Ali.

Belum aku menjawab atau bergerak, Ali menyampuk. Dia meminta aku tetap duduk di situ dengan meminta kebenaran Ejen Dayang, dengan senyuman Ejen Dayang membenarkan. Sambil di check, Ali menanyakan pelbagai soalan.

Ali: Keadaan ejen lain macam mana?
Dayang: Tak seteruk mana. Just luka-luka kecil.
Ali: Boboiboy dan kawan-kawan?
Dayang: Pun sama, juga mereka akan balik ke dimensi mereka 3 hari lagi.
Ali: Kenapa cepat sangat?
Dayang: Mereka ada misi lain, jadi mereka kena balik secepatnya mungkin.
Ali: Oh....

Aku yang sebelah Ali hanya memerhati apa Ejen Dayang buat dan apa yang mereka bincangkan. Kemudian Ejen Dayang pula tanya soalan.

Dayang: Baiklah Ali, ini saya tanya kamu jawab ya.
Ali: Baiklah.
Dayang: Nama kamu?
Ali: Ali Bin Ghazali.
Dayang: Umur masa kamu dapat IRIS?
Ali: 8 tahun.
Dayang: Nama mama kamu?
Ali: Aliya.
Dayang: Nama musuh kamu masa tu?
Ali: Trez, Dos, Neonemus, Siete, Sies, Aeron dan Uno.
Dayang: Nama Geng Mamak Maju?
Ali: Rajesh, Rahul, Razman dan General Rama.
Dayang: Ini special sikit. Nama manja Alicia?
Ali: Haha. Icha.

Pada mulanya aku tak hairan sangat dengan soalannya, tapi bila sampai nama musuh mula aku hairan. Bukan Ali cuma ingat masa dia mula-mula dapat IRIS ke? Kenapa dia boleh tahun musuh dia dulu? Nama Geng Mamak Maju? Juga nama manja aku? Dekat sini tiada siapa berani panggil nama manja aku kecuali Geng Mamak Maju.

Dayang: Baguslah. Nampak nya Memory transfer berjaya, Ali.
Alicia: Memory transfer? *tanya aku hairan*
Dayang: Oh Ali tak bagitahu kamu lagi ke? Sebenarnya semua data yang berada dalam IRIS telah membantu memulihkan ingatan Ali, dengan kata lain. Ali sudah ingatan semuanya. Baiklah saya keluar dulu.

Aku masih tak percaya apa aku dengar. Ali dah ingat semuanya. Selepas Ejen Dayang keluar, aku menatap Ali yang dari tadi menunduk di sebelah ku. Mungkin itulah yang dia ingin beritahu aku.

Alicia: Ali. *panggil ku lembut*

Ali memandang ku dengan riak muka bersalah. Aku tahu dia tak bagitahu aku awal2. Mesti dia takut aku marah.

Ali: Kau marah aku?
Alicia: (Menggeleng) Tak lah aku sangat gembira kau dapat ingat kau semula.
Ali: Tapi........bila aku dapat ingat semula ingatan aku. Aku baru sedar yang aku banyak kali menyusahkan kau. Bila misi gagal bukan aku sahaja kena marah malah kau juga. Aku juga bukan fikir perasaan kau tapi aku pentingkan diri. (nada serak)
Alicia: Ali.
Ali: Baru sedar yang sebenarnya, aku terkena azurium dan membuat pembedahan itu adalah satu cara untuk aku berubah. Tapi bila aku pergi, aku telah tinggal orang aku sayang keseorangan.

Ali meluahkan apa yang di pendamkan yang selama ini. Dia memang orang yang cuai dan menyusahkan. Tapi dia sorang je lelaki yang berani rapat dengan aku. Ali sekarang menagis perlahan membuat ku berasa kasihan. Aku memeluknya tanpa ada sedikit pun rasa malu, tapi Ali juga membalas pelukkan.

'Adventure Of Love' EA X BBB (COMPLETE)Where stories live. Discover now